Monday, August 15, 2011

RaMadhaN vs Bola.. Sape menang??

Wah, lama tak masuk dlm blog.. Perasaan malas menulis semakin menjadi2. Bukan malas menulis je tapi malas segala2nya..Nauzubillah, minta dijauhkan dari sifat malas. kena rajin baca ma'thurat, mudah2an makbul doa yang dipohon. Terasa nak share dengan pembaca setia blog ni. Last week, ada attend tazkirah yg disampaikan oleh Ust Badli Shah. tajuk nampak sempoi je - SYOKNYA PUASA.. serious, sangat2 best dan menarik. Selalu dengar tazkirah mesti ngantuk dan membosankan (ye ke? taklah, tiada tazkirah pun yang membosankan tetapi kita yang membuatkan tazkirah itu menjadi bosan bila mana kita tidak bermuhasabah dengan tazkirah yang disampaikan)..

Banyak yang ust share. Ramadhan ni ada 3 fasa:-
1)Kelayakan
2)Semi Final
3)Grand Finale "lailatul Qadr"
mentang2 lah sekrang ni musim bola, memang sume citer ramadhan terkait dengan bola. Tiba2 ust citer pasal bola Malaysia lawan Singapura. Ust kata, "ada baiknya kita tak menang. Awak tau ke, kita lawan dengan singapura ni utk apa? ni sebenarnya fasa kelayakan utk ke world cup 2014... kalau nak tau, world cup 2014 nanti jatuh pada bulan ramadhan. tak dapat saya bayangkan macam mana pemain malaysia nak bermain masa bulan ramadhan nanti"...terbaikla citer yang ust share.. ada banyak lagi tapi tak larat nak taip.

Ramadhan kali ini memang mencabar. kita mungkin tak rasa sangat cabarannya tapi kebanyak negara sedang mengalami musim panas sekarang ni. jadinya, waktu siang yang panas terik tu lebih panjang berbanding waktu malam. Suhu, tak payah nak compare dengan kita di malaysia nih. Boleh sampai bakar kuih raya dalam kereta. ust kata, kawan dia ada yang masak biskut raya atas dashboard dlm kereta. letak waktu pagi, waktu petang ambil memang dah masak. Subhanallah, bertapa berkuasa nya Allah, bagi peluang kat hambanya utk mnjimatkan elektrik. Hanya orang yang banyak berfikir je bijak menggunakan nikmat yang Allah kurniakan.. kalau kita duk tempat yg suhunya cecah 40-55 Celcius mesti kita dah tak tahan kan??

Last but not least, yperkara ang menghilangkan pahala puasa tapi tak membatalkan puasa.. cuba teka apa dia???
1)mengumpat.. kita ni kan suke je duk ngata orang. macam la kita ni perfect sangat. orang tu tak kena ckit dah mula nak buat cerita.
2)berbohong. ada keadaan2 yang membolehkan kita utk berbohong antaranya bila kita nak mendamaikan antara 2 pihak yg bergaduh. mungkin dengan sedikit pembohongan yang kita cipta akan mendamaikan dua2 belah pihak jadi, ini dibolehkan.
3)Buzy body memanjang.. cukup2 la nak jaga masalah orang lain. padahal masalah sendiri banyak lagi.
4)Lelaki yang melihat perempuan dengan pandangan yang penuh syahwat. jadi, orang perempuan semua, anda DILARANG MEMAKAI BAJU YANG MELEKAP. sila cari baju yang berpadanan dengan saiz badan anda, jangan mencari baju utk adik2 kecil ye..

So, jom kita kejar ramadhan yang masih berbaki nih.. Ya Allah, cepat betul masa berlalu kan.. Sedih sangat bila tengok suasana masa isyak tadi. Mungkin hari ni ada perlawanan bola sepak kat TV kot. imam duk tarawih kat surau, orang2 muda duk melepak kat depan TV. siap boleh menjerit2 lagi bila gol. bergegar flat pantai permai hari ni. tak ingat tuhan dah bila dapat tgk orang main bola kan? sekurang2nya kita hormat org2 yang sedang beribadah, tak gitu?? memang patut malaysia tak masuk world cup 2014, sekurang2nya boleh berlatih.. kuatkan barisan pertahanan. lahirkan ramai penyerang2 berbakat macam safee sali tu kan.. dan at least ramadhan 2014 tidak akan mengorbankan orang2 muda dari beribadah (boleh percaya ke?? setakat ni memang ramai orang gila bola. malaysia tak masuk pun, ada negara2 lain yg mantap2)..

kita dah berada di fasa kedua ramadhan.. fasa maghfirah atau nama femesnya fasa keampunan.. moga Allah mengampunkan dosa kita semua. Ramadhan ialah madrasah terbaek utk melahirkan diri kita yang baru, suci dari segala kekotoran. moga dosa kita terampun..jom kejar buat amalan banyak2.. tak payah terhegeh2 buat segala benda yang tak de faedah tu.. Daripada menyanyi baik membaca quran kan? Daripada tidur baik buat solat sunat..

Mata hampir terkatup.. i stop here lah.. see u again on da next post.

Ya Allah pertemukanlah aku dengan MALAM LAILATULQADR.. Ampunilah segala dosa2 ku.. Jadikanlah ramadhan kali inii lebih baik dari sebelum ini.




Pantai permai
15/8/2011
1:46 am

Monday, August 1, 2011

Ramadhan tiba lagi ^_^

puhhh, puhhh... bersawang kembali blog nih. mai nak sapu sawang dengan entri terbaru.. sebenarnya la kan, banyak draft yang dah buat tuk diposkan tapi tak punya kekuatan utk mengedit.. akhirnya draft tu ditelan zaman dan tak sesuai utk diposkan.. melalut sudah kan..

perkongsian hari ini, RaMadhaN.. what's that?? bulan ramadhan la. pejam celik, pejam celik rupanya esok dah nak mula puasa. ni la waktu paling mencabar utk poket2 yang penuh dengan duit. asal masuk bulan ramadhan je orang ramai mesti suka sebab dapat bershopping utk persediaan raya.. cuci mata la katakan. tapi kan, perasan tak berapa ramai je yang membuat persiapan utk menyambut ramadhan?? apa, ingat hari raya tu bes sangat ke?

nak tau tak, ramadhan is much better than raya.. kenapa ye?? ramadhan ni bulan paling istimewa compared to other bulan sebab:
1) ada lailatul qadr.
2) bulan turunnya al quraan.
3) pintu maghfirah dari Allah sentiasa terbuka.
4) boleh uji kekuatan nafsu kita. adakah selama ini kita berat  nak buat perkara2 yang baik disebabkan hasutan syaitan atau diri sendiri.
5) pesta ibadah.. pahala yang Allah kurniakan mencurah2, tggal lagi kita nak ambil atau tidak.


let have a look on our checklist during ramadhan;
-Qiammullayl
-tadarus/tilawah/ tadabbur al-quran
-sedekah diperbanyakkan
-solat tarawikh di masjid/ surau
-banyakkan berzikir
-muhasabah
-ibadah2 lain pun termasuk juga

hopefully this ramadhan is better than before.. boleh dijadikan satu titik tolak utk kita lakukan kebaikkan. anyway, buat mereka2 yg kaki rokok, jadikan bulan ni sebagai bulan utk anda mulakan hidup baru tanpa rokok.. saya dan ramai lagi orang lain tak suka dengan bau rokok..n last but not least, moga kita semua bertemu dengan malam lailatul-qadr..

target ramadhan kali ni, moga saya dapat khatamkan 30 juzuk AQ + dapat qiam setiap malam..

Port Klang
12:50 am
1/8/2011