Friday, November 19, 2010

Bes ke bercinta?? (final)

Salam aidil adha semua... moga pengorbanan yang dilakukan meletakkan kita bersama orang yg bertaqwa.. Let's continue to our story. Final episode, insyaAllah anda akan dapat pengajaran di akhir kisah.

Bermula perkenalan antara aminah dan ahmad dengan memberi salam, terpaut dek kecantikan pada mata. Akhirnya dari mata jatuh ke hati. Begitulah biasanya kisah cinta bermula. Kini Aminah dan ahmad sudah tidak seperti dahulu. kalau dulu, nak keluar dating sorok-sorok. Sekarang, sudah berani berdua-duaan hatta dalam kampus. Ahmad berasa agak bangga kerana berjaya memenangi cinta buta dari aminah. perkenalan lebih kurang tiga bulan, ahmad sudah berani membawa aminah membonceng bersamanya kesana ke mari. Tak perlu segan sebab semua orang dah tahu mereka ni bercinta.

Kini, mereka menuntut di tahun akhir. Ahmad membuat keputusan untuk menetap di luar kampus. Katanya untuk mencuba kehidupan di luar. Jarak perjalanan yang memisahkan antara ahmad dan aminah tidak memungknkan mereka sentiasa berjumpa. Dek ingin menghilangkan kesunyian pada waktu malam, keduanya rajin berchatting. Yahoo massangger menjadi nadi perhubungan utama selain sms dan juga calling.Maklumlah, boleh berwebcam, hilang rasa rindu nak menatap wajah masing-masing. Dan YM ini telah menjadi saksi atas dosa yang dilakukan. Aminah sudah berani berchatting bersma ahmad menggunakan YM tanpa memakai hijab. Semuanya atas dasar sayang dan permintaan dari ahmad. "Saya kan sayang awak, takkan nak tengok wajah dan rambut awak pun tak boleh?" ujar ahmad. Hmm, mungkin memang begini rutin orang bercinta. Atas dasar sayang, dosa pahala hampir tidak dikenali. Dilamun cinta pada saat ini mungkin tampak segalanya indah. Mereka juga sudah tidak segan silu bersentuhan apatah lagi berpegangan tangan. Aminah juga mula merasa bangga. Bangga memperoleh seorang teman lelaki yang menjadi kesukaan perempuan-perempuan lain.

Namun adakah ini pengakhiran mereka? Teman-teman rapat aminah sudah semakin jauh darinya. aminah sendiri yang membuat persahabatan mereka renggang gara-gara tidak dapat menerima teguran dari teman-temannya.. Mana mungkin taman akrabnya membiarkan dia hanyut apatah lagi tiba-tiba aminah terkantoi dengan temannya tatkala ahmad membonceng motor dibelakang aminah. "eh, sorylah.. Tadi aku belajar naik motor, tu yang ahmad duduk belakang. aku takut jatuh. ko pun tau kan aku tak pandai bawak motor", ujar aminah kepada rakannya untuk menutup kesalahannya. Mana mungkin temannya berdiam diri tatkala mengingati semula peristiwa tersebut. Ahmad yang membonceng dibelakang aminah cuba mengambil kesempatan memeluk aminah tanpa disedari. "tapi minah, matlamat tidak menghalalkan cara. ko ingat buat macamtu baru boleh belajar ke? kan ramai kawan-kawan kita yang pandai bawak motor, kenapa tak mintak diorang tolong ajarkan?", ujar teman baiknya. Dan inilah punca keretakkan perhubungan aminah dan teman-teman rapatnya.

Kini hampir setiap minggu aminah dan ahmad keluar. Kadang-kadang pergi memancing ikan. Sekali sekala pergi ke pantai dan air terjun. Nak hilang tension katanya. Paling kurang pun mereka keluar makan. sekali sekala tengok wayang. Namun, apakah kesudahan kisah mereka? mereka bukan suami isteri yang pasti ada kesudahan yang baik. sedangkan orang bertunang pun boleh putus, apatah lagi pasangan bercinta yang tidak ada apa-apa hubungan.

Dan ingatlah pada janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Aku tahu, ramai kat luar sana yang tersepit dengan kisah-kisah begini dan paling sedih, ramai yang tumbang dengan perasaan cinta masing-masing. Bagi mereka yang bercinta, memang bes la kan bercinta tu. ada yang akan care pada kita, yang tanya kita dah makan ke belum. Tapi ingatlah, couple ini tidak akan membawa kepada keredaan Allah dan sekiranya Allah tidak reda kepada kita sudah tentu tiada keberkatan dalam kehidupan kita. Sebab tu lah sekarang ni ramai yang bercerai berai. couple 4-5 tahun, kemudian kahwin. tapi bila berkahwin tiada kemanisan yang tinggal sebab semuanya dah digunakan ketika bercinta dahulu. dan yang utamanya, Allah tarik keberkatan dalam hidup sebab DIA tak reda dengan perbuatan kita.

Apa yang perlu kita buat?
Islam ajar kalau nak menghalalkan perhubungan adalah melalui perkahwinan. Kalau dah kahwin, nak naik motor sekali pun takde hal punya. Nak keluar tiap-tiap minggu pun bagus untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. Ni tak, masa couple bagai nak rak. dah kahwin kalau boleh nak jalan sebatu dari isteri dengan anak. Kenapa orang selalu fikir masa belajar tak boleh kahwin sebab tiada sumber ekonomi yang kukuh tapi kalau bercinta dan keluar setiap minggu, banyak pulak duitnya... hmm, fikir-fikirkanlah, sebenarnya tiada masalah pun kalau nak kahwin masa belajar tapi memang kena bijak merancang segala-galanya.. Jangan fikir tunggu ada duit banyak, boleh buat majlis besar-besaran baru nak kahwin. kejarlah keredaan Allah, agar kita beroleh keberkatan dalam kehidupan.

Kalau betul-betul minat pada seseorang, berdoalah pada Allah agar dipermudahkan urusan, berbincanglah dengan ibu ayah. Yakin kan pada mereka bahawa anda mampu untuk bercouple dengan cara yang halal. bertunang jangan lama-lama kerana pasti akan ada halangan yang mendatang dan sudah pasti bertunang bukan tiket untuk melakukan maksiat tetapi ia adalah proses berkenal dengan pasangan yang bakal menjadi teman hidup. Terimalah kekurangan yang ada pada teman hidup itu kerana manusia tidak semuanya sempurna.. Akhir sekali, jangan mencuba untuk merasai kemanisan couple yang tidak halal kerana kelak anda akan merana apabila clash dan akan cuba untuk mencari pengganti. Sudah pasti anda tidak segan melakukan perkara yang dilakukan oleh aminah dan ahmad malah lebih  lagi kerana pengalaman bercinta sebelum ini telah menenggelamkan diri dalam dosa..

Mohon keampuanan Allah, moga coretan ini menjadi peringatan terbaik untuk diri ini. Maaf buat pembaca-pembaca yang terasa dan ingatlah keredaan Allah yang bakal menjadikan kehidupan kita bahagia walaupun tak kaya harta..
wallahu'alam

klang
17/11/2010
7:11pm

Monday, November 15, 2010

Bes ke bercinta?? (part 2)

Huh, x sangka post ini diminati ramai...
genap seminggu, jom kita sambung cerita ini.. Lafaz pertama dimulakan dengan bismillah. Moga coretan ini menjadi iktibar buat semua.

Aminah kini menuntut di tahun tiga.Baginya sudah cukup besar dan matang untuk membuat keputusan. Apatah lagi kini sudah melangkah ke tahun akhir.. Datang sang syaitan membisikkan bisikan kesesatan di hatinya "ala, apa salahnya nak couple. Sekarang ni dah masuk tahun akhir. Bila lagi nak cari calon suami. Takkan nak cari yang picisan tengah jalan. Koman-koman pun ada degree, baru setaraf. Tengok la kawan2 semua, masing2 dah ada....". Hari demi hari, keinginan Minah untuk bercouple semakin kuat. Kalau dulu kawan di sekeliling banyak bagi nasihat, sekarang si Minah nilah yang menjadi penasihat dan doktor cinta buat sahabat2nya. Manakan tidak, dia memang ada kelebihan bercakap dan menenangkan hati yang  berkecamuk terutamanya kalau bab bercinta ni. Maklumlah, dikelilingi dengan mereka yang bercouple, sudah cukup masak dengan perangai si kawan yang bercouple, tahu kelemahan dan kekuatan mereka.

Memandangkan aminah ni dah jadi senior dan masih menetap di kolej kediaman, hampir semua orang mengenali dia. Cukup bertahun-tahun mengaktifkan diri dengan aktiviti2 kolej, hampir kesemua warga kolej pernah bekerja bersamanya. Dengan sikap ramahnya yang pendai mengambil hati orang, semua orang suka berkawan dengan Minah. Yang meng"usha" pun boleh tahan ramainya. Cuma sejak akhir2 ni Minah ada habit baru. Hampir setiap malam berkunjung ke gerai makan yang terdapat di perkarangan kolej atas ajakan kawan-kawannya. Katanya tak mahu hubungan bersama adik2 dan kawan2 lain terputus selepas habis mengendalikan projek-projek kolej. "karang orang kata jual mahal, berlagak.. nanti ko tengoklah, takde yang nak kawan dengan ko baru tahu", ujar teman rapatnya. mahu tak mahu, layan sajalah.

Kisah bermula.. Saat berkenalan dengan Ahmad, dirasakan ada auranya yang tersendiri. Ahmad pun x kurang hebat perangai sama macam si Aminah ni. Baginya tiada istilah couple dalam kamus hidupnya. Cuma yang ada kawan-kawan yang supportive dan sentiasa membantunya di saat2 susah. Terdetik di hati Aminah "hmm, hebat jugak si Amat ni. Nak kata handsome, ntahla... klu aku kata handsome, orang lain tak tahulah. Tapi agak ada rupa la. Pakej terbaikk.". Yela sangat, perasaan sendiri je. tembok yang menjaga hati yang terbina mulai goyah. kayu-kayunya sudah reput barangkali akibat lama tidak menghadiri kuliah2 umum. kawan2 yang sering mengingatkannya sedia kala sudah mulai hanyut seorang demi seorang Ujian tuhan datang menduga. dari kawan2 biasa, aminah mulai rapat dengan ahmad. Menguruskan projek kolej yang terbaru memungkinkan mereka menjadi rapat. Kalau orang tanya siapa ahmad, pantas dia melontarkan kata-kata bahawa ahmad tu pengarah projek, saya setiausahanya.

Berapa lama sangat boleh tahan? sedangkan iman manusia ada turun naiknya. Pada mulut teman tapi mesra, pengarah dengan setiausahanya... tapi, dalam hati memang dah jatuh cinta pada si ahmad. Bulan berganti bulan, akhirnya kedua2 men'declare'kan diri sebagai couple. Menghambakan diri kepada sang cinta bukannya sukar. Untuk tidak menonjolkan bahawa mereka ni adalah couple, perancangan rapi diatur. Pertemuan empat mata hanya akan berlaku di luar kawasan kolej dan universiti. Jadi masing-masing bebas berkawan dengan sesiapa di dalam kolej. Mula-mula couple, memang banyak ujiannya. kalau nak keluar dating, aminah akan ke fakulti, menunggu kapcai buah hatinya datang menjemput. takut2 kantoi dengan junior2 kat kolej tu yang sanggup berjalan ke fakulti. hmm, sekarang dah pandai membonceng belakang orang yang bukan mahram. Mana perginya adab dan akhlak semasa sekolah dulu?. "ala, naik moto je pun, bukannya bersentuh kulit.. ktorang bukan macam couple biasa", ujarnya bila terserempak dengan sahabat lamanya.

ok lah, kita sambung penutup cerita beberapa hari lagi ye... need time to study, inshaAllah by wekend dis week kita akan saksikan kesudahannya

port klang,
15/11/2010
10.02am

Monday, November 8, 2010

Best ke bercinta??

Tiba2 dapat satu idea nak menulis... isunya, macam tajuk kat atas la.. Mungkin coretan ini khas untuk mereka yang sudi membaca, kalau terasa maaflah tapi memang tujuannya untuk bagi orang yang membaca berfikir.. Let start our story dengan suatu cerita..

Ada seorang hamba Allah ni, Aminah namanya. Alhamdulillah, berjaya mendapat pendidikan terbaik sehingga berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Pendidikan agama pun tak kurang hebat, dari sekolah rendah sampai ke menengah hingga foundation pra-u pun ada subjek agama. Sangat beruntung nak dibandingkan dengan orang2 lain. Aminah ni memang baik, akhlak dan sahsiahnya pun sejuk mata memandang. Semua orang suka berdamping dengan dia. maklumlah, pandai ambil hati orang.

Tahun pertama menjejakkan ke universiti, terkejut dia dengan budaya couple yang berleluasa. Azamnya memang taknak menjebakkan diri dalam kancah couple ni. Terngiang2 di telinganya "couple itu haram" ujar ustazah dekat sekolah dulu. Bukannya tak tahu, couple ni muqaddimah kepada zina. Kan Allah dah berfirman: Jangan engkau dekati zina. Zina bukan sekadar buat tut.tut.tut, tapi boleh jadi juga zina mata. dari mata jatuh kehati. bila dah zina hati, mula lah membayangkan macam2.. Mulalah mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang. 24 jam duk sibuk sms dengan si dia.. Lagi bes bila si dia yang tolong kejut bangun solat subuh (ye lah tu, kalau dah gayut kat telefon sampai 2,3 pagi adanya nak bangun subuh-astaghfirullah, nauzubillah). Kadang2 masa solat pun boleh fikir plan nak ajak dia keluar lepas nih... ishk2..

Masuk tahun kedua, tiba2 ramai pulak yang sibuk nak berkenalan dengan si Minah ni. kalau perempuan, memang layan baik cuma kalau lelaki minah akan buat tak tahu je..bertuah badan sebab Allah masih sayangkan si minah ni. Masa ni pun kawan2 selalu bagi nasihat dan sokongan. Pantang ada silap sikit, pasti ada yang akan ingatkan. Kalau masuk waktu, terus bergegas ambil wuduk. Nak jadi seorang yang solat pada awal waktu. Lepas solat siap ngaji. Alhamdulillah, terjaga mutabaah amalnya. Walaupun bukan seorang yang mengikuti usrah atau halaqah mingguan, ada kalanya si minah ni akan menghadiri kuliah2 umum. Sebagai bekalan untuk menguatkan dirinya memandangkan jauh dari keluarga....

p/s- kita sambung cerita ni pada post akan datang... nantikan kesudahannya

klang
10.10p.m
8/11/2010

Saturday, November 6, 2010

Tak lama lagi final exam

Lama rasanya tak nulis... Maklumlah, dah menginjak ke musim study week. Alhamdulillah, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke rumah, my sweet home.. Study week di rumah so different, campur dengan 2 minggu cuti raya, sememangnya menjadikan cuti study tuk sem ni sangat panjang. Anyway, yang tak besnya bila balik rumah, cabarannya banyak.. hanya yang benar2 bermujahadah dapat megharungi rintangan dan kepayahan mengharungi cabaran2 tuk study..

Apa taknya, kat rumah ni lah waktu baik menonton tv. Lepas gian la katakan.Tapi saya rasa bila nak dekat waktu2 periksa ni lah perangai2 pelik datang menyerang. Nak main game, nak bermalasan, nak tengok tv, nak buat semua benda yang kadang2 tak suka... hmm, apa2 lah..

Dan waktu inilah saya kena pandai mengawal emosi dan masa.. teringat firman Allah, Demi MASA sesungguhnya manusia kerugian... Memang agak rugi bila memikirkan masa2 yang telah berlalu tanpa melakukan perkara2 yang bermanfaat. Setiap kali kegilaan nak buat perkara2 yang tak mendatangkan manfaat, setiapkali itu jugalah saya membayangkan saat saya di persoalkan dihadapan Allah apa yang saya lakukan dengan waktu lapang ketika didunia..kadang2 tewas dengan tuntutan nafsu, tapi itulah mujahadah tuk melawan ha nafsu itulah yang dituntut. moga Allah ampunkan kesalahan2 kita.

Nak dekat2 musim periksa ni kena tambah kerajinan tuk membaca buku malangnya i'm not hadrworking person to read a lot of book.. what i do and i think it's give benefit to me is by searching any video related to my subject. Coz i know, i'm not a good reader.. not all subject can be revising by watching a video. mahu tak mahu kena membaca juga.. membaca sahaja tidak cukup sebab subjek2 fizik memerlukan kepakaran dalam penyelesaian masalah secara matematik... sentiasa menerjah ruang fikiran, macam mana lah orang2 zaman dulu boleh wujudkan teori2 yang kadang2 sampai tak tahu apa yang diperkatakan. Kata2 seorang kenalan, "physics is only about an asumption", bergantunglah pada anda untuk menilainya. Mana taknya, antara perkara asas yang perlu diketahui oleh physicist adalah menguasai teknik pembezaan dan kamiran (differentiation and integration). ikut teorinya kedua benda ni adalah hanya untuk suatu anggaran, bukan nilai yang tepat..

Apa yang penting, semakin belajar, semakin banyak benda yang kita tak tahu, dan sememangnya nak membuktikan bahawa Allah memang berkuasa dalam melakukan apa sahaja. Bayangkan atom sahaja boleh jadi satu subjek dan elektron sahaja berchapter-chapter. itu masih belum cukup nak discover kekuasaan Allah dalam mencipta atom dan electron itu.

Teringat firman Allah dalam surah al mukminun, antara ciri2 orang mukmin yang berjaya ialah:

  •  orang2 yang khusyuk dalam solatnya,
  • orang yang menunaikan zakat
  • orang yang menghindari dari melakukan perkara yang sia2
  • yang memelihara kehormatan mereka
nampak macam senang tapi itulah yang kadang2 diabaikan oleh kita semua.. moga coretan ini menjadi muhasabah terbaik untuk saya.. Anyway, bittaufiq wan najah and good luck to all yang akan menduduki peperiksaan. Mintalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan perkenankan. dan ingatlah, apabila kamu telah berusaha bersungguh2 maka bertawakkallah kamu kepada Allah, mudah2an kejayaan menjadi milik kita bersama..

klang
12.49 p.m
6/11/2010