Thursday, December 31, 2009

Bermulanya semester baru

Salam 'Alayk..
hari ni si semut rasa nak tulis tentang semester baru.
Pejam celik, pejam celik tak sangka dah masuk semester keenam si semut di UM.
Cepat sungguh masa berlalu.. InsyaAllah ada lagi dua semster nak tamatkan pengajian. doakan si semut dapat habiskan study n grad dengan baik..

Cerita pasal semestar baru ni, agak pening nak pilih subjek.. mana taknya nak pilih subjek bukan kena main pilih je. Kena ikut kesesuaian kita sama ada boleh bawa atau tak subjek tersebut..

Setelah diteliti, untuk semester ni mungkin si semut akan ambil 17 jam kredit. Untuk fizik punya subjek si semut ambil kelas solid state, optik, kaedah berangka & komputeran.. Subjek universiti yang wajib pulak statistik. ambil KO-K, web mastering. Luar jabatan ambil matematik asas, dpd institut sains matematik dan bumi & manusia dpd jabatan geologi...maknanya ada 6 paper exam nanti.

Rasa banyak pula tapi kena juga ambil. nanti tak sempat nak habiskan dalam 4 tahun. Doakan si semut dapat good result untuk semua subjek yang diambil..

Sedikit kata-kata semangat:
1. YaAllah ya tuhanku permudahkan lah bagiku urusanku.
2. Setiap kesusahan pasti disertai dengan kemudahan.
3. Minta lah pertolongan kepada Allah dengan solat dan bersabar, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk

Tuesday, December 29, 2009

Berakhirnya PKN '09


Dah lama rasanya si semut tak post dalam blog nih. Si semut nak bercerita tentang Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 (PKN 09) yang baru diadakan di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 25-26 Disember 2009 lepas..
Alhamdulillah, segalanya berlaku seperti yang dirancang walaupun ada beberapa masalah kecil yang berlaku. Memang seronok sebab si semut dapat jumpa kawan2 dan kenalan yang dah lama tak jumpa. Nak jadikan cerita, si semut jumpa dengan kawan satu tadika masa kecik2 dulu.. Nama dia Ummu Hani, ank kpd pak cik nahar (SUA JIM)..Memang dah lama tak beborak tanya khabar dengan dia. Last sekali jumpa masa GRUM (Gerakan Ummah Responsif Madani) awal tahun hari tu. Macam biasalah, saling update perkembangan kawan2 kami yang duk satu sekolah dulu (SRI Hira').

Ok la, sambung cerita PKN 09. Satu pengalaman baru yang si semut dapat ialah jalan nak ke masjid Umar..Sememangnya si semut tak begitu arif dengan keadaan jalan dekat area2 KL nih. Tapi Alhamdulillah, mungkin Allah kurniakan kelebihan kepada si semut sepanjang waktu PKN 09 tak pernah sesat nak sampai ke masjid padahal baru sekali ke masjid. Itu pun berkonvoi ramai2. Maklumla, yang berani nak drive jauh tak ramai. Lagi kalau kena bawa kereta yang tak biasa di bawa. Seingat si semut, lebih daripada 4 laluan berbeza si semut explore tuk sampai ke masjid Umar dekat Bukit Damansara. Apa yang si semut belajar, kalau nak dapat ilmu baru kena berani mencuba.

Tapi nasib tidak selalunya menyebelahi. Waktu PKN 09 berlansung, ada masalah berlaku. Jadi si semut temankan kawan si semut tuk setelkan masalah PKN 09 nih. Kami ronda2 kedai fotostat yang buka dekat PJ malangnya tak jumpa. Mungkin sebab awal pagi kot. Tapi Allah maha Adil, setiap kesusahan disertai dengan kemudahan. Nampak ada satu kedai runcit buka, parking kereta then turun nak beli barang. Tak lama lepas tu nampak kedai fotostat buka. Alhamdulillah, tak sia2 perjalanan kami. Nak fotostat tiba2 ada masalah lain pula. Kedai fotostat tu x de kertas jenis yg kami nak guna. Lepas pusing2 cari kedai yang jual kertas yang sesuai (actually nak kertas keras tuk buat cover buku)dkt area2 PJ, kami still tak jumpa. Habis kedai kat jalan Othman, PJ kami cari kami beralih ke AmCorp Mall. Sebabkan tak jumpa juga apa lagi, cepat2 bekejar ke Mydin USJ..

Al kisahnya bermula disini bila dua2 kami tak tahu jalan ke sana. Berbekalkan direction dari jauh dan tawakkal kpd Allah, akhrnya tiba juga di Mydin USJ. Mungkin sebab terlalu gembira dah dapat beli kertas, akhirnya salah masuk jalan (highway) bila nak balik. Spatutnya masuk ke federal highway tapi termasuk kesas highway. Dengan Tawakal sepenuhnya pada Allah, kami ikut sign board dekat highway tu. Kena tol dekat RM5. Mana tak nya. Masuk kesas highway keluar ikut Litrak highway pula. Then masuk NPE highway. Pengalaman baru ronda2 dalam highway memberi pengajaran. InsyaAllah pas ni takkan sesat dekat highway yang sama. Nasib baik si semut jenis suka yang perhati n hafal jalan yang dah pernah lalu. Akhirnya selamat sampai ke masjid jam 3 petang dengan masalah yang dah setel. Lebih 6 jam travel kesana ke mari.

Tapi yang sedihnya PKN kali nih si semut tak dapat nak ikut sepenuhnya. Maklumlah, jadi orang yang menganjurkan. Siap sedia as runner dekat luar dewan since pengarah dan timbalan pengarah duk dalam dewan mengiringi VIP. Tapi Allah bagi juga kesempatan masuk dalam dewan. Dapatlah join slot2 yang menarik masa PKN 09. Cuma slot HS10TK (Himpunan Sambutan 10 Thn KARISMA) mmg si semut x diberi kesempatan masuk dewan lansung.

Ni adalah program nasional pertama yang dianjurkan oleh KARISMA PJ. Terima kasih adik2, kakak2 dan abang2 yang membantu menjayakan PKN 09.. Sempat kenal dengan ajk2 yang baru tapi tak semua. Yang mana pernah datang mesyuarat perlaksanaan mungkin si semut kenal. Mungkin silapnya kami tak ta'aruf nama semua jawatankuasa PKN 09 masa malam berlansungnya raptai. Ni kena ambil pengajaran sebab salah satu objektif adalah berkenalan antara satu sama lain tapi xdpt nak khatamkan ta'aruf dgn adik2 terutamanya akhwt UIA PJ yang baru 1st time jumpa..

Kebetulan lepas habis PKN 09, si semut kemas2 file dan prepare nak buat sijil penghargaan bagi ajk. Rupa-rupanya majoriti drpd hard core ajk pelaksana lahir pada bulan Jun (Timbalan Pgrah 1&2,Setiausaha, Bendahari,Ketua JK Logistik, Ketua JK Pendaftaran, Ketua JK TTK dan beberapa ajk yg lain). Mungkin tu salah satu faktor kami serasi bekerja bersama selain tautan ukhuwah yang erat. Terkejut juga sebab sebelum nih tak pernah concern tarikh lahir org lain. Mungkin Allah ilhamkan tuk tgk tarikh lahir supaya kita boleh tahu perangai masing2 macam mana. Orang kata perangai seseorang boleh dinilai berdasarkan bulan kelahiran, si semut pun tak pasti sejauh mana kebanarannya.. Ada juga ikhwah dpd JK teknikal yg sambut ulangtahun kelahiran waktu PKN 09..

Kepada semua ajk pelaksana jazakumullahu khairan jaza'.. Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian. Si semut doakan agar semua thabat dalam jalan dakwah ini bukan hanya melaksanakan tetapi dapat mengambil input dari apa yg telah disampaikan.Moga kita bertemu lagi di PKN 10 pula sebagai peserta. Di kesempatan lain insyaAllah si semut akan kongsikan apa input yg dapat dari PKN 09 dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Tuesday, December 8, 2009

Raya Haji vs Mabuk Daging

Hari ni si semut nak sambung cerita, pasal raya haji ari tuh. Klu raya haji biasanya mmg meriah di belah Pantai Timur tapi tahun nih si semut rasa kurang sikit meriahnya. Mungkin sebab banjir baru melanda, jadi sambutan pun sekadar yang mampu je lah. Si semut punya family berpakat nak 'tumbangkan' seekor lembu. Alhamdulillah, akhirnya berjaya korbankan seekor lembu.Lembu ni nampak garang tau sebab tanduk dia sangat besar. Tapi dia baik n jinak. Tak tahulah kenapa agaknya masa nak dikorbankan tiba2 dia nak mengamuk. Dia takut tengok orang ramai kot. Mana taknya masing2 pegang tali nak tumbangkan lembu nih.Lepas kena sembelih, lembu ni tiba2 bangun. Terkejut semua orangTapi apa yg penting, ibadah korban telah berjaya dilakukan tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur. Jom kita singkap sejarah tentang korban nih. Sebenarnya klu kita menghayati kisah Qabil dan Habil serta kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan utk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail ia mampu mendidik jiwa dan melatih seseorang individu muslim itu bersikap dermawan dan peka terhadap sosioekonomi dalam masyarakat..

Kisah dua orang anak nabi Adam iaitu Habil dan Qabil yang mana Qabil diperintahkan supaya mengahwini kembar kpd Habil manakala Habil mengahwini kembar kepada Qabil membuatkan Qabil berasa tidak puas hati. Masakan tidak, kembarnya sendiri jauh lebih cantik berbanding kembar si Habil. Lalu Allah perintahkan supaya keduanya menyembahkan korban maka korban siapa yang dipilih, dia berhak utk menentukan jodohnya. Setelah itu, Habil keluar dan kembali dengan membawa kambing peliharaannya manakala Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk. Kedua-dua korban yang dipersembahkan itu diletakkan di atas bukit dan mereka memerhatikannya dari jauh.. Dengan disaksikan seluruh anggota keluarga Adam, akhirnya kambing korban yang dipersembahkan Habil menjadi pilihan sedangkan gandum si Qabil lansung tidak terusik. Dengan hal itu, maka Habil adalah pemenangnya. Tindakan Qabil tidak berhenti di situ, malahan dia sanggup untuk membunuh Habil kerana mengikut tuntutan hawa nafsu. Kisah ini Allah lakarkan di dalam Al-Quran dalam surah al-Maidah bermula ayat 27 hingga 32. Berdasarkan kisah ini, banyak iktibar yang boleh diambil antaranya ialah Korban yang dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas dengan cara memilih yang terbaik untuk menjadi korban akan diterima Allah. So, jangan kita korbankan sesuatu dengan memilih yang buruk atau yang dah rosak. Selain itu, kisah ini dah membuktikan bahawa perempuan itu mendatangkan fitnah. Kalau bukan kerana perempuan, takkan Qabil sanggup membunuh saudara kandungnya, Habil.

Si Semut pelik dengan gelagat orang zaman sekarang. Kenapa harus lebihkan Raya EidulFitri berbanding Raya EidulAdha? sedangkan ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud). Berdasarkan hadis ni, kita dianjurkan untuk merayakan kedua2nya bukan melebih2kan salah satu perayaan sahaja.

Selain itu, diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." Hadis ini menunjukkan kelebihan melakukan ibadah korban.

Berbalik kepada cerita si semut waktu raya haji, memang seronok beraya kat kampung. Yang kurang mampu untuk melaksanakan ibadah korban dibantu dengan cara disedekahkan daging. Maklumlah, seekor lembu harganya dalam RM1500 dan keatas. Seekor lembu bersamaan tujuh bahagian maksudnya paling maksimum 7 org boleh ambil bahagian melakukan ibadah korban atas seekor lembu. Satu bahagian harganya kira2 RM250 keatas, jadi bukan semua mampu nak dapatkan satu bahagian.Gembira sungguh si semut tengok orang melapah daging. tak kira usia, masing-masing saling membantu. Satu benda lagi yang si Semut kagum, cara orang di pantai timur nak berkongsi rasa menikmati ibadah korban adalah dengan cara menjamu orang makan. Si Semut tengok ahli keluarga si Semut sibuk memasak dan memanggil orang datang ke rumah. Lagi besnya, ajak orang datang makan lepas waktu subuh di surau. Jadi orang yang berjemaah kat surau waktu subuh selain dapat pahala berlipat ganda dari Allah juga dapat ber'sarapan' sbb orang ramai berlumba2 nak jamu orang makan. Klu kita, mesti pelik kan tengok orang makan nasi dengan gulai daging pagi2. Apa pun x kisahla macam mana cara kita nak manfaatkan rezeki yang Allah kurniakan asalkan nikmat dan keseronokan dapat dikongsi bersama.

Memang seronok balik beraya di kampung lebih-lebih lagi di Kelantan tapi kalau nak tahu, si semut n family semua balik kerumah dalam keadaan sakit. Tak tahulah kenapa tapi si semut anggap semua orang 'mabuk daging'. Bayangkan perjalanan pulang sepatutnya ambil masa lebih kurang 10 jam tapi jadi 13 jam. Gara2 daging, 4 orang adik si semut muntah2 dalam van. Si semut tak terkecuali jugak. Sampai je masjid, terus cari longkang. Hehehe, nasib baik abah as driver ktorang x mabuk. Dah sampai rumah kat klang abah cakap mood nak memandu pun menurun, abah pun jadi loya tengok anak2 dia sume muntah lagi2 yang tak pernah muntah. Adik si semut yang balik rumah naik bas ekspress pun sama. Masa si semut ambil dia kat stesen dah mcm org sakit sampaikan naik kereta tak tutup pintu, dah sampai rumah baru perasan. Sapelah yang bawa kereta waktu tuh???

Sunday, December 6, 2009

Balik Kampung

Hmmm, hari ni si semut terasa nak share dengan semua tentang perjalanan si semut balik Kampung dan beraya Haji di sana..dengan semangat yang berkobar (mana taknya balik kg dalam 3/4 kali stahun), si semut n family bertolak dalam kul 10.30 pagi. disebabkan x muat nak naik van, 2 org adik si semut "dihantar" balik naik bas.

Perjalanan pagi yang menarik. Ktorg pn tak banyak stop coz smua semangat nak sampai cepat. Slamat la sampai rumah Mok (nenek) dalam kul 9.30 gitu.. Lama x perjalanan ktorg? mana taknya, lebih kurang 500 km + berenti solat, makan dsb. Lupa nak gtau, rumah Mok jauh di Kota Bharu. 2/3 hari sblm nak balik dapat information jalan ke klantan semua ditutup. sbbnya banjir. Alhamdulillah, hari si semut balik x hujan. Cuma dari Gua Musang ke Kuala Krai gerimis sikit. Jalan, jgn cakapla. spatutnya boleh pecut 100 km/j jd 50 km/j. Sbbnya jalan pecah2. Maklumlah bila lepas naik air, jalan pun rosak.
Ni lah rumah Mok.. Dulu rumah kayu, skarg dah jd batu. Yg besnye rumah Mok nih ada tali air kat sebelah kiri, ada ladang getah sebelah belakang dan tak jauh dpd sawah padi. Dulu masa si semut kecik2, slalu mengail ikan, main congkak bawah rumah guna buah getah, pg sawah padi tgk ikan, main nyorok2 pun bes.. Sbb bnyk tempat nak menyorok. Tu kisah dulu. Skarang dah lain. Rumah pun dah bertukar wajah, klu dlu duit kat tangan slalu jatuh bawah rumah. Sampai ada satu hari ktorg wat pertandingan cari duit bawah rumah. Yang menang dapatla beberapa ringgit. Si semut dapat beberapa sen je. Al maklumla, duit syiling yg slalu jatuh.

Belakang rumah Mok cantik sangat. Nak kata padang bukan tapi ruang seakan2 padang. Tunggu ktorg balik baru jd padang kat blakang tuh. Ayoh Su (suami kpd untie si semut) ad bela kambing. Daripada 2 ekor dah jd berekor2. Ntahla, sisemut pun x tau berapa ekor kambing dia ada. Tapi bad news sbb beberapa hari before ktorg balik kambing eksiden. Kena langgar dgn kereta. Si semut pun x tau brapa ekor yg kena langgar tapi senang citer tggl 3 ekor je masa kami balik.k lah... Si semut sambung cerita nanti ye. Hari ni Nak balik kampung Nenek. kat Banting je