Alhamdulillah, selesai merayakan hari kebesaran EidulFitri.. Tahun ni dapat balik ke kampung halaman di Kelantan. My sweet hometown.
Dapatla ziarah saudara mara baik yang dekat mahupun yang jauh. Alang2 dah balik kampung, dapat ikut ziarah kubur. Sedar tak sedar hampir 8 tahun tok ayah dah takde. Sama2 sedekahkan alFatihah utk atuk kesayanganku.
Sebenarnya tahun ni tak ziarah banyak rumah pun. Bukan tak nak pergi ziarah, tapi asal nak keluar rumah je orang datang rumah. Abah kata, "tak payah la g rumah orang, orang dah datang rumah kita".... Yang datang ziarah pun memang waris. Kalau jumpa kat luar, ada kebarangkalian tak kenal.
Tradisi orang kat sini, memang malam raya sibuk sediakan juadah tuk santapan esok hari. Klu kami balik, memang menjadi kewajipan membuat nasi impit, kuah kacang dan rendang.. Mok (panggilan tuk nenek) memang rajin buat tapai, ketupat palas, nasi dagang.. sorang2 pun boleh dia siapkan hidangan tu. Benda yang paling susah nak buat ialah ktupat palas. Buat pulut memang senang tapi nak masukkan dalam daun palas dan dipusing2 sehingga jadi memerlukan kepakaran yang tinggi. Aku dah belajar bertahun2 masih tak pass. Bentuk tak sama macam mok buat. Klu ktupat nasi, lebih senang nak blajar. Satu malam dah boleh belajar menganyam.
Raya ni dikejutkan dengan berita atuk sedara yang diserang strok. Malam raya, abah bersama yang lain pg ziarah atuk dekat hospital tanah merah. jauh tu kalau ikut perkiraan kilometer ditambah dengan kesesakan lalulintas. tapi as muslim, satu tanggungjawab kita sebagai yang masih hidup utk ziarah orang sakit sebagai suatu peringatan bahawa kita tidak akn selamanya sihat. Sama2 doakan moga Allah beri kesihatan yang terbaik tuk atuk yang kami panggil Pok Ya.
Raya ni kurang la sikit ummph nya. Maklumlah, adik kesayangan dah fly ke mesir. Sambut raya kat sana lah dia.. kalau dia ada, meriah la sikit. bak kata orang klantan, "gege gegok" la pagi raya.
Kemeriahan raya tetap terasa. Ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca. Ampun maaf dipinta buat yang mengenali diri ini, sepanjang perkenalan ada salah silap harap tak disimpan dalam hati..
Apapun, harapnya mutabaah ibadah sepanjang bulan ramadan tetap diteruskan meskipun sudah melewati ramadhan. Ramadhan itulah bulan tarbiyah utk kita semua.. Moga Allah tidak menutup pintu hati kita dari menerima hidayah dan maghfirah daripadaNya..
Banggu, Kota Bharu
9.00 p.m
11/8/2010
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan bersolat dan bersabar. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
Saturday, September 11, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Ramadhan bakal berakhir
Ramadhan,
Kedatangan Mu sangat dinanti,
Pemergian Mu ditangisi oleh mereka yang merasai kehadiran MU,
lantaran tidak pasti
masih berpeluangkah aku melalui ramadhan seperti tahun ini
atau mungkin inilah ramadhan terakhirku
ku harap maghfirah dariMU ya Allah
mudah2an KAU menerima segala amalan yang aku lakukan....
amin ya rabbal 'alamin
Sedar tak sedar ramadhan yang tinggal berbaki 3 hari lagi. Namun tak ramai yang menyedari bahawa ramadhan yang bersisa perlu dimanfaatkan sebaik mungkin lantaran sibuk mengejar persiapan menyambut aidilfitri.
-Setiap rangkaian televisyen berlumba-lumba mempromosikan iklan2 rancangan yang bakal disajikan sepanjang hari raya.
-peniaga2 mula menurunkan harga2 barangan persiapan raya bertujuan menghabiskan stok yang ada
-makcik2 mula sibuk menghias rumah, memasang langsir dan menyiapkan juadah sempena hari raya
-warga2 kota mula membanjiri kampung halaman masing2
-kanak2 riang bermain mercun tanpa rasa bahaya
namun,
saf2 jamaah di kebanyakkan masjid mula berkurangan
kalau awal ramadhan dulu solat tarawikh sampai tak cukup tempat
sekarang saf para jemaah semakin longgar
mahukah kita menjadi antara golongan yang mensia2 kan ramadhan yang masih berbaki ini??
Ayuh, mari kita kejar dan lipat gandakan amalan kita
entah esok lusa nyawa kita diambil
tak sempat nak merasa Eidulfitr yang bakal menjelma apatah lagi ramadhan tahun hadapan
mudah2an sempat kita dipertemukan dengan lailatulQadr, InsyaAllah
Ya Allah, terimalah taubat dan amalan hamba2Mu ini
klang
7/9/2010
3.00 a.m

Subscribe to:
Posts (Atom)