Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan bakal berakhir

Ramadhan,
Kedatangan Mu sangat dinanti,
Pemergian Mu ditangisi oleh mereka yang merasai kehadiran MU,

lantaran tidak pasti
masih berpeluangkah aku melalui ramadhan seperti tahun ini
atau mungkin inilah ramadhan terakhirku
ku harap maghfirah dariMU ya Allah
mudah2an KAU menerima segala amalan yang aku lakukan....

amin ya rabbal 'alamin


Sedar tak sedar ramadhan yang tinggal berbaki 3 hari lagi. Namun tak ramai yang menyedari bahawa ramadhan yang bersisa perlu dimanfaatkan sebaik mungkin lantaran sibuk mengejar persiapan menyambut aidilfitri.
-Setiap rangkaian televisyen berlumba-lumba mempromosikan iklan2 rancangan yang bakal disajikan sepanjang hari raya.
-peniaga2 mula menurunkan harga2 barangan persiapan raya bertujuan menghabiskan stok yang ada
-makcik2 mula sibuk menghias rumah, memasang langsir dan menyiapkan juadah sempena hari raya
-warga2 kota mula membanjiri kampung halaman masing2
-kanak2 riang bermain mercun tanpa rasa bahaya

namun,
saf2 jamaah di kebanyakkan masjid mula berkurangan
kalau awal ramadhan dulu solat tarawikh sampai tak cukup tempat
sekarang saf para jemaah semakin longgar

mahukah kita menjadi antara golongan yang mensia2 kan ramadhan yang masih berbaki ini??
Ayuh, mari kita kejar dan lipat gandakan amalan kita
entah esok lusa nyawa kita diambil
tak sempat nak merasa Eidulfitr yang bakal menjelma apatah lagi ramadhan tahun hadapan
mudah2an sempat kita dipertemukan dengan lailatulQadr, InsyaAllah

Ya Allah, terimalah taubat dan amalan hamba2Mu ini

klang
7/9/2010
3.00 a.m

No comments:

Post a Comment