Friday, March 25, 2011

=) =( =p tak de perasaan

selamat menyambut hari jumaat, penghulu segala hari.. moga2 kita dilimpahi keberkatan, insyaAllah..

arrgh, dah nak masuk minggu ke 13 utk semester ini... banyak benda yang kena di setelkan sebelum tamat sem ni..
Maaf la sape2 yang tak dapat dilayan kehendak mereka sebab nak setelkan satu perkara yang harus ditempuh..
Critical week for me dengan test dan assignment berlambak2 menimbun..

Isnin 28/3/2011- test solid state + presentation snt (maybe)
Selasa 29/3/2011- test elementary particle physics + viva lab (maybe)
Rabu 30/3/2011-test material science + presentation snt (maybe) 
Khamis 31/3/2011-test elementary particle 

disamping itu sibuk duk writing thesis fyp... Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini. Kurniakanlah apa yang terbaik kepadaku.

Hassan al Banna kata "tanggungjawab dan kerja melebihi masa yang ada".. kita semua dikurniakan 24 jam yang sama, jadi gunakanlah dengan bijak-- nasihat utk diriku sendiri.

Gud luck semua.. exam dah kurang sebulan dari sekarang, gunakan la masa yang ada sebaiknya, jangan sia2kan supaya tak menyesal di kemudian hari.. 
wallahu'alam

25/3/2011
1:06 pm
fc sains

Wednesday, March 23, 2011

Makan ke masak?

tak tau nak post apa kali ni.. banyak sangat fokus utk projek tahun akhir sampai banyak benda yang dah lama tak diupdate termasuk la blog ni.. kali ni jom selami kehidupan dunia bujang. lebih spesifiknya kita citer pasal masak-masak la ye. sekadar sharing dengan semua..

kalau tengok orang bujang zaman sekarang, ramai  yang suka beli makanan kat luar. tak tahula apa yang sedap dengan makanan yang dijual kat luar tu. mungkin rasanya lebih sedap berbanding air tangan sendiri sebab ditambah dengan bahan2 perasa. tak kurang juga memberi alasan tak sempat memasak. ada juga yang memang tak reti memasak. bila duk rumah dengan parents, makanan dah sedia terhidang manalah nak reti memasak kan? 

share sikit tips membeli makanan supaya memberi manfaat kepada kita.
1) kalau nak beli makanan, cari kedai yang bersih.. kadang2 susah juga nak identify kedai yang bersih macam mana tapi dari sudut susun atur dan pengendalian makanan kita dapat identify sama ada pekedai tu pembersih atau tak.
2) pastikan penjual makanan tu pun bersih. tengok kuku dia panjang ke tak. kalau boleh cari yang pakai tudung, rambut dia pun xde yang jatuh dalam makanan. jangan la duk sibuk beli makanan sebab penjual dia cantik, pakai mekap tebal je.
3) cari makanan yang harganya berpatutan. kalau dah tahu makanan disitu kurang enak, jangan sia2 kan duit anda membeli makanan di situ. cari lagi kedai lain yang lebih berpatutan.. lainlah kalau anda tak cerewet pilih makanan. jangan la pulak melabur duit yang banyak semata-mata nak beli makanan sedap.
4) cuba cari peniaga yang tak meninggalkan solat walaupun sibuk berniaga. kadang2 dari air muka dia pun kita boleh identify dia kisah atau tak dengan tanggungjawab sebagai hamba kepada tuhan. peniaga kategori ini ada keberkatan pada makanan yang dia sediakan.
5)yang paling senang, cari bahan mentah dan masak sendiri kat rumah. ini memang betul2 terjamin kebersihan sebab kita sendiri yang masak..

sebenarnya nak masak sendiri tu tak susah berbanding nak fikir nak makan apa hari ni.. lauk2 bujang yang terkenal: telur goreng+kicap, sardin (tak semua orang makan sardin).. kalau ada lebih sikit, ada la lauk ikan goreng ke ayam goreng. sayur tu pun makan kadang2 je. paling banyak, stok makanan segera. common la kawan2, takkan nak makan makanan segera yang dah di jamin tak elok untuk kesihatan. mee segera terutamanya. mungkin boleh nak di makan waktu2 terdesak tapi jangan lah dibuat hidangan setiap hari.. kesian perut yang berkerja untuk menghadamkan mee segera yg terkandung bahan2 lambat cerna.. paling selamat, buat nasi goreng. jimat dan tak susah..

Alhamdulillah, sepanjang menginap dekat rumah sewa ni, tak pernah lagi putus bekalan makanan.. di tambah dengan ahli2 rumah yang pandai masak, superb la kamu semua wahai ahli beit (IV)..untuk semua orang bujang dan duduk di rumah bujang, pastikan anda mendapatkan makanan yang menyihatkan..

Resipi2 lauk yang simple tapi sihat berbanding dengan makanan segera.
1) telur goreng mata kerbau.. nak sedap lagi boleh tambah kicap jadi kuah.. cara- tumis bawang besar yang dihiris beserta hirisan cili. agak2 dah naik bau boleh letak kicap dan sos. kalau terlalu pekat, tambah air sikit. angkat setelah gelegak. jangan tggal dalam kuali, tak pasal2 kering kuahnya..

2)ikan bilis goreng dicampur hirisan bawang dan cili.. bawang n cili masukkan bila ikan bilis dah nak masak.sangat simple tapi membuka selera.

3)sup sayur.. kalau nak sedap tumis bawang putih n merah yang ditumbuk sehingga hampir garing. lepas tu boleh letak hirisan kentang dan tambahkan air.. agak2 kentang dah empuk, masukkan sayur. jangan lupa letak garam. nak sedap lagi boleh tambah air asam jawa tapi jangan banyak sampai jadi masam.

4) sardin.. tumis hirisan bawang besar dan cili. agak2 dah naik bau, boleh letak sardin dalam kuali. untuk mengurangkan bau hanyir, tambah air asam limau kasturi. boleh tambah tomato kalau suka. siap utk dimakan.

5) sambal ayam/ikan.. goreng ayam atau ikan, kemudian sediakan sambal. cara mudah, beli cili boh/giling.. goreng cili sampai pecah minyak (kalau tak pecah minyak maknanya cili belum masak), masukkan sekali bawang yang dipotong dadu/halus. tambah gula, garam n air asam secukup rasa. kalau rasa tak sedap, ada dua sebab je. sama ada cili jadi hangit sebab tak kacau atau nisbah bahan tak seimbang..

kalau dah advance atau rasa dah pandai masak, boleh cuba buat lauk yang lagi masyuk.. buat tom yam ke, kari ke, masak kurma ke, nasi ayam ke, nasi lemak ke, tapi jangan dimasak selalu sebab mengandungi santan..

senang je nak masak ni.. so anda pilih makanan yang macam mana yang anda mahu. selamat masak dan makan makanan yang sihat

23/3/2011
12:00 am
ppermai

Monday, March 21, 2011

~ubat hati~

lama tak jenguk blog ni... kena ambil penyapu sebab dah banyak habuk..
hari ni jom kita cuci sedikit hati yang telah berkarat, moga2 dapat menjadi saham bermanfaat di akhirat kelak..

Ramai orang yang mengeluh tatkala ditimpakan ujian namun tak ramai yang sedar bahawa ujian yang ditimpakan itu sebenarnya membawa 1001 hikmah. baru ditimpa musibah sudah mahu melatah.. mafhum dpd surah yusuf ayat 87, jangan kita berputus asa daripada rahmat Allah kerana hanya orang kafir yang berputus asa daripada rahmat Allah...yakinlah setiap kesusahan itu pasti bersamanya ada kemudahan.

ujian yang ditimpakan atas kita pasti bersesuaian dengan tahap kita kerana Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan orang tersebut. tapi berapa ramai yang memohon dan mengharap hanya kepada Allah.. Mintalah Pertolongan dengan bayakkan solat dan bersabar, insyaAllah kurniaan yang lagi besar menanti kita kelak.

Ubat utk hati yang berkarat:
1) Solat Malam (Qiam)
2) Baca quran n maknanya
3) Puasa sunat
4) Duduk dalam suasana yang baik (biah solehah)
5) Duduk bersama dengan orang yang mampu meningatkan kita dengan Allah
6) jaga amalan dan segala tindak tanduk

wallahu 'alam

21/3/2011
3:44
PPermai