Monday, March 21, 2011

~ubat hati~

lama tak jenguk blog ni... kena ambil penyapu sebab dah banyak habuk..
hari ni jom kita cuci sedikit hati yang telah berkarat, moga2 dapat menjadi saham bermanfaat di akhirat kelak..

Ramai orang yang mengeluh tatkala ditimpakan ujian namun tak ramai yang sedar bahawa ujian yang ditimpakan itu sebenarnya membawa 1001 hikmah. baru ditimpa musibah sudah mahu melatah.. mafhum dpd surah yusuf ayat 87, jangan kita berputus asa daripada rahmat Allah kerana hanya orang kafir yang berputus asa daripada rahmat Allah...yakinlah setiap kesusahan itu pasti bersamanya ada kemudahan.

ujian yang ditimpakan atas kita pasti bersesuaian dengan tahap kita kerana Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan orang tersebut. tapi berapa ramai yang memohon dan mengharap hanya kepada Allah.. Mintalah Pertolongan dengan bayakkan solat dan bersabar, insyaAllah kurniaan yang lagi besar menanti kita kelak.

Ubat utk hati yang berkarat:
1) Solat Malam (Qiam)
2) Baca quran n maknanya
3) Puasa sunat
4) Duduk dalam suasana yang baik (biah solehah)
5) Duduk bersama dengan orang yang mampu meningatkan kita dengan Allah
6) jaga amalan dan segala tindak tanduk

wallahu 'alam

21/3/2011
3:44
PPermai

No comments:

Post a Comment