Wednesday, April 20, 2011

Kepada Daie, untuk Daie

Selamat pagi.. kita mulakan hari ini dengan ceria mudah2an rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi kita.. Sedar tak sedar hampir 4 tahun menuntut di UM dan tiba saatnya tuk menamatkan pengajian semester ini.. Sedih mode- rasa nak belajar lagi. Rupanya study ni sangat seronok.

Banyak suka duka yang dilalui.. Tak dinafikan mengalami kejutan budaya bila mula2 melangkah ke universiti.. Sungguh, sangat berbeza dengan alam persekolahan dan matrikulasi. dan Alhamdulillah Allah buka peluang utk aku melihat realiti umat di luar. Seringkali aku mempertikaikan, kenapa la aku dapat course fizik nih? maklumlah sebelum ni berada di zon selesa ~ biah yang lebih baik, tak de la risau sangat ditambah dengan kawan2 yang saling memperingati bila buat sesuatu yang salah..

Kat mana pun kita jangan pertikaikan kerana keadaan yang kita lalui Allah letakkan sesuai dengan kesanggupan dan kebolehan untuk kita hadapi.. Teringat keluhan seorang ukhti bila mana dia terpaksa membawakan satu watak dalam sebuah teater. "ana takut kalau perasaan malu yang ada pada diri ana ni hilang bila mana ana terpaksa membawa watak yang sebegitu", ya Allah berat sungguh ujian yang KAU berikan pada sahabatku ini..

Wahai para Daie sekalian, kita tidak boleh selamanya berada di zon selesa. Anggaplah perit pahit yang dilalui sekarang merupakan ujian dan tarbiyah Allah. Untuk menguji hambanya, apakah masih berpegang dengan talinya atau mula mencari tali lain.. Biar bagaimana teruk keadaan yang kita lalui, hanya Allah yang mampu mengadili. Buruk kita di mata orang belum tentu buruk di mata Allah kerana NIATlah yang memnentukan segalanya.. Mohonlah kepada Allah, berserah dalam apa jua keadaan dengan usaha yang semaksimum mungkin agar kita digolongkan sebagai hambanya yang SoleH..

iman manusia ada pasang surutnya..Tapi kita mesti pastikan iman kita tak menyurut mendadak, pastikan Hari ini lebih baik dari semalam... Chaiyyookk.

untuk para DAIE,

Kalau kita nak makan sesuatu yang sedap, pastikan masak mengikut aturan dan sukatan yang betul,
Kalau nak bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang jauh, kenalah naik kenderaan,
Kalau nak pandai, kena rajin membaca, mengkaji dan berfikir,
Kalau kita nak rawat masalah umat, pasti dan wajib kita ketahui apa dan punca masalah,
kalau sekadar mengeluh, memang Allah takkan ubah situasi kita,

dan jika kita buang perkataan KALAU, pasti kita akan Berjaya menghadapinya..

oklah, dats all for today..see you on da nex post.nak layan radio IKIM, motivasi bersama dr Muhaya.

20/4/2011
10:13 am
Iman Villa 

No comments:

Post a Comment