Tuesday, December 8, 2009

Raya Haji vs Mabuk Daging

Hari ni si semut nak sambung cerita, pasal raya haji ari tuh. Klu raya haji biasanya mmg meriah di belah Pantai Timur tapi tahun nih si semut rasa kurang sikit meriahnya. Mungkin sebab banjir baru melanda, jadi sambutan pun sekadar yang mampu je lah. Si semut punya family berpakat nak 'tumbangkan' seekor lembu. Alhamdulillah, akhirnya berjaya korbankan seekor lembu.Lembu ni nampak garang tau sebab tanduk dia sangat besar. Tapi dia baik n jinak. Tak tahulah kenapa agaknya masa nak dikorbankan tiba2 dia nak mengamuk. Dia takut tengok orang ramai kot. Mana taknya masing2 pegang tali nak tumbangkan lembu nih.Lepas kena sembelih, lembu ni tiba2 bangun. Terkejut semua orangTapi apa yg penting, ibadah korban telah berjaya dilakukan tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur. Jom kita singkap sejarah tentang korban nih. Sebenarnya klu kita menghayati kisah Qabil dan Habil serta kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan utk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail ia mampu mendidik jiwa dan melatih seseorang individu muslim itu bersikap dermawan dan peka terhadap sosioekonomi dalam masyarakat..

Kisah dua orang anak nabi Adam iaitu Habil dan Qabil yang mana Qabil diperintahkan supaya mengahwini kembar kpd Habil manakala Habil mengahwini kembar kepada Qabil membuatkan Qabil berasa tidak puas hati. Masakan tidak, kembarnya sendiri jauh lebih cantik berbanding kembar si Habil. Lalu Allah perintahkan supaya keduanya menyembahkan korban maka korban siapa yang dipilih, dia berhak utk menentukan jodohnya. Setelah itu, Habil keluar dan kembali dengan membawa kambing peliharaannya manakala Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk. Kedua-dua korban yang dipersembahkan itu diletakkan di atas bukit dan mereka memerhatikannya dari jauh.. Dengan disaksikan seluruh anggota keluarga Adam, akhirnya kambing korban yang dipersembahkan Habil menjadi pilihan sedangkan gandum si Qabil lansung tidak terusik. Dengan hal itu, maka Habil adalah pemenangnya. Tindakan Qabil tidak berhenti di situ, malahan dia sanggup untuk membunuh Habil kerana mengikut tuntutan hawa nafsu. Kisah ini Allah lakarkan di dalam Al-Quran dalam surah al-Maidah bermula ayat 27 hingga 32. Berdasarkan kisah ini, banyak iktibar yang boleh diambil antaranya ialah Korban yang dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas dengan cara memilih yang terbaik untuk menjadi korban akan diterima Allah. So, jangan kita korbankan sesuatu dengan memilih yang buruk atau yang dah rosak. Selain itu, kisah ini dah membuktikan bahawa perempuan itu mendatangkan fitnah. Kalau bukan kerana perempuan, takkan Qabil sanggup membunuh saudara kandungnya, Habil.

Si Semut pelik dengan gelagat orang zaman sekarang. Kenapa harus lebihkan Raya EidulFitri berbanding Raya EidulAdha? sedangkan ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud). Berdasarkan hadis ni, kita dianjurkan untuk merayakan kedua2nya bukan melebih2kan salah satu perayaan sahaja.

Selain itu, diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." Hadis ini menunjukkan kelebihan melakukan ibadah korban.

Berbalik kepada cerita si semut waktu raya haji, memang seronok beraya kat kampung. Yang kurang mampu untuk melaksanakan ibadah korban dibantu dengan cara disedekahkan daging. Maklumlah, seekor lembu harganya dalam RM1500 dan keatas. Seekor lembu bersamaan tujuh bahagian maksudnya paling maksimum 7 org boleh ambil bahagian melakukan ibadah korban atas seekor lembu. Satu bahagian harganya kira2 RM250 keatas, jadi bukan semua mampu nak dapatkan satu bahagian.Gembira sungguh si semut tengok orang melapah daging. tak kira usia, masing-masing saling membantu. Satu benda lagi yang si Semut kagum, cara orang di pantai timur nak berkongsi rasa menikmati ibadah korban adalah dengan cara menjamu orang makan. Si Semut tengok ahli keluarga si Semut sibuk memasak dan memanggil orang datang ke rumah. Lagi besnya, ajak orang datang makan lepas waktu subuh di surau. Jadi orang yang berjemaah kat surau waktu subuh selain dapat pahala berlipat ganda dari Allah juga dapat ber'sarapan' sbb orang ramai berlumba2 nak jamu orang makan. Klu kita, mesti pelik kan tengok orang makan nasi dengan gulai daging pagi2. Apa pun x kisahla macam mana cara kita nak manfaatkan rezeki yang Allah kurniakan asalkan nikmat dan keseronokan dapat dikongsi bersama.

Memang seronok balik beraya di kampung lebih-lebih lagi di Kelantan tapi kalau nak tahu, si semut n family semua balik kerumah dalam keadaan sakit. Tak tahulah kenapa tapi si semut anggap semua orang 'mabuk daging'. Bayangkan perjalanan pulang sepatutnya ambil masa lebih kurang 10 jam tapi jadi 13 jam. Gara2 daging, 4 orang adik si semut muntah2 dalam van. Si semut tak terkecuali jugak. Sampai je masjid, terus cari longkang. Hehehe, nasib baik abah as driver ktorang x mabuk. Dah sampai rumah kat klang abah cakap mood nak memandu pun menurun, abah pun jadi loya tengok anak2 dia sume muntah lagi2 yang tak pernah muntah. Adik si semut yang balik rumah naik bas ekspress pun sama. Masa si semut ambil dia kat stesen dah mcm org sakit sampaikan naik kereta tak tutup pintu, dah sampai rumah baru perasan. Sapelah yang bawa kereta waktu tuh???

No comments:

Post a Comment