Tuesday, December 29, 2009

Berakhirnya PKN '09


Dah lama rasanya si semut tak post dalam blog nih. Si semut nak bercerita tentang Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 (PKN 09) yang baru diadakan di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 25-26 Disember 2009 lepas..
Alhamdulillah, segalanya berlaku seperti yang dirancang walaupun ada beberapa masalah kecil yang berlaku. Memang seronok sebab si semut dapat jumpa kawan2 dan kenalan yang dah lama tak jumpa. Nak jadikan cerita, si semut jumpa dengan kawan satu tadika masa kecik2 dulu.. Nama dia Ummu Hani, ank kpd pak cik nahar (SUA JIM)..Memang dah lama tak beborak tanya khabar dengan dia. Last sekali jumpa masa GRUM (Gerakan Ummah Responsif Madani) awal tahun hari tu. Macam biasalah, saling update perkembangan kawan2 kami yang duk satu sekolah dulu (SRI Hira').

Ok la, sambung cerita PKN 09. Satu pengalaman baru yang si semut dapat ialah jalan nak ke masjid Umar..Sememangnya si semut tak begitu arif dengan keadaan jalan dekat area2 KL nih. Tapi Alhamdulillah, mungkin Allah kurniakan kelebihan kepada si semut sepanjang waktu PKN 09 tak pernah sesat nak sampai ke masjid padahal baru sekali ke masjid. Itu pun berkonvoi ramai2. Maklumla, yang berani nak drive jauh tak ramai. Lagi kalau kena bawa kereta yang tak biasa di bawa. Seingat si semut, lebih daripada 4 laluan berbeza si semut explore tuk sampai ke masjid Umar dekat Bukit Damansara. Apa yang si semut belajar, kalau nak dapat ilmu baru kena berani mencuba.

Tapi nasib tidak selalunya menyebelahi. Waktu PKN 09 berlansung, ada masalah berlaku. Jadi si semut temankan kawan si semut tuk setelkan masalah PKN 09 nih. Kami ronda2 kedai fotostat yang buka dekat PJ malangnya tak jumpa. Mungkin sebab awal pagi kot. Tapi Allah maha Adil, setiap kesusahan disertai dengan kemudahan. Nampak ada satu kedai runcit buka, parking kereta then turun nak beli barang. Tak lama lepas tu nampak kedai fotostat buka. Alhamdulillah, tak sia2 perjalanan kami. Nak fotostat tiba2 ada masalah lain pula. Kedai fotostat tu x de kertas jenis yg kami nak guna. Lepas pusing2 cari kedai yang jual kertas yang sesuai (actually nak kertas keras tuk buat cover buku)dkt area2 PJ, kami still tak jumpa. Habis kedai kat jalan Othman, PJ kami cari kami beralih ke AmCorp Mall. Sebabkan tak jumpa juga apa lagi, cepat2 bekejar ke Mydin USJ..

Al kisahnya bermula disini bila dua2 kami tak tahu jalan ke sana. Berbekalkan direction dari jauh dan tawakkal kpd Allah, akhrnya tiba juga di Mydin USJ. Mungkin sebab terlalu gembira dah dapat beli kertas, akhirnya salah masuk jalan (highway) bila nak balik. Spatutnya masuk ke federal highway tapi termasuk kesas highway. Dengan Tawakal sepenuhnya pada Allah, kami ikut sign board dekat highway tu. Kena tol dekat RM5. Mana tak nya. Masuk kesas highway keluar ikut Litrak highway pula. Then masuk NPE highway. Pengalaman baru ronda2 dalam highway memberi pengajaran. InsyaAllah pas ni takkan sesat dekat highway yang sama. Nasib baik si semut jenis suka yang perhati n hafal jalan yang dah pernah lalu. Akhirnya selamat sampai ke masjid jam 3 petang dengan masalah yang dah setel. Lebih 6 jam travel kesana ke mari.

Tapi yang sedihnya PKN kali nih si semut tak dapat nak ikut sepenuhnya. Maklumlah, jadi orang yang menganjurkan. Siap sedia as runner dekat luar dewan since pengarah dan timbalan pengarah duk dalam dewan mengiringi VIP. Tapi Allah bagi juga kesempatan masuk dalam dewan. Dapatlah join slot2 yang menarik masa PKN 09. Cuma slot HS10TK (Himpunan Sambutan 10 Thn KARISMA) mmg si semut x diberi kesempatan masuk dewan lansung.

Ni adalah program nasional pertama yang dianjurkan oleh KARISMA PJ. Terima kasih adik2, kakak2 dan abang2 yang membantu menjayakan PKN 09.. Sempat kenal dengan ajk2 yang baru tapi tak semua. Yang mana pernah datang mesyuarat perlaksanaan mungkin si semut kenal. Mungkin silapnya kami tak ta'aruf nama semua jawatankuasa PKN 09 masa malam berlansungnya raptai. Ni kena ambil pengajaran sebab salah satu objektif adalah berkenalan antara satu sama lain tapi xdpt nak khatamkan ta'aruf dgn adik2 terutamanya akhwt UIA PJ yang baru 1st time jumpa..

Kebetulan lepas habis PKN 09, si semut kemas2 file dan prepare nak buat sijil penghargaan bagi ajk. Rupa-rupanya majoriti drpd hard core ajk pelaksana lahir pada bulan Jun (Timbalan Pgrah 1&2,Setiausaha, Bendahari,Ketua JK Logistik, Ketua JK Pendaftaran, Ketua JK TTK dan beberapa ajk yg lain). Mungkin tu salah satu faktor kami serasi bekerja bersama selain tautan ukhuwah yang erat. Terkejut juga sebab sebelum nih tak pernah concern tarikh lahir org lain. Mungkin Allah ilhamkan tuk tgk tarikh lahir supaya kita boleh tahu perangai masing2 macam mana. Orang kata perangai seseorang boleh dinilai berdasarkan bulan kelahiran, si semut pun tak pasti sejauh mana kebanarannya.. Ada juga ikhwah dpd JK teknikal yg sambut ulangtahun kelahiran waktu PKN 09..

Kepada semua ajk pelaksana jazakumullahu khairan jaza'.. Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian. Si semut doakan agar semua thabat dalam jalan dakwah ini bukan hanya melaksanakan tetapi dapat mengambil input dari apa yg telah disampaikan.Moga kita bertemu lagi di PKN 10 pula sebagai peserta. Di kesempatan lain insyaAllah si semut akan kongsikan apa input yg dapat dari PKN 09 dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

No comments:

Post a Comment