Nak share dengan semua pembaca tentang 10 muassofat tarbiyyah. Apa muwassofat ni ye? Mesti ramai yang tertanya tanya. Sebenarnya 10 muwassofat tarbiyyah ni ialah ciri2 yang diperlukan oleh seseorang itu untuk membina peribadi muslim. Kiranya kalau kita nak bentuk peribadi muslim, kita kena pastikan bahawa ciri2 ni ada pada diri kita.
10 muwassofat tarbiyyah:
1) Aqidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang mantap
4) Teratur dalam segala urusan
5) Menjaga waktu
6) Berdisiplin
7) Berpengetahuan luas
8) Sihat tubuh badan
9) Memberi manfaat kepada orang lain
10) Mujahadah (bersungguh-sungguh)
Sebenarnya tarbiyyah itu merupakan proses yang dapat mendatangkan 10 perkara ni pada kita.
Apa pula yang dimaksudkan dengan tarbiyyah dzatiyah? Sebenarnya tarbiyah dzatiyah ni ialah perlakuan / perbuatan (amalan2) yang kita lakukan untuk membina hubungan kita dengan Allah. Si semut bagi satu contoh yang senang la untuk pembaca fahami. Contoh solat2 sunat yang kita lakukan, puasa sunat, ngaji al-quran, buat qiamullail dan lain2.
Kenapa perlunya tarbiyah dzatiyah ni? sebenarnya tarbiyyah dzatiyah ni boleh menjadi sumber kekuatan kita. Maksudnya kita akan selalu berharap kepada Allah dalam apa situasi pun. Kalau tarbiyyah dzatiyah kita kuat, insyaAllah kita mampu menangani apa jua masalah dan redha dengan apa sahaja ketentuan yang Allah dah tetapkan. Seeloknya amalan2 yang kita buat terutamanya yang sunat dilakukan secara konsisten bukan ikut suka atau bila dilanda musibah sahaja. Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah hubungan Allah dengan kita akan lebih baik. Moga Allah sentiasa mudahkan segala urusan kita.
No comments:
Post a Comment