Alhamdulillah, berjaya memenuhkan cuti hujung minggu dengan perkara2 yang bermanfaat. Bermula dengan hari jumaat, seperti biasa marathon usrah dari pagi sampai petang.
Halaqoh pertama mula jam 10.45 pagi:
Antara input yang disampaikan dan dikongsi bersama dengan semua ialah bab tafsir. Minggu ni bincang tentang tafsir surah an-nas n al-falaq. Antara perkaitan dua surah ni ialah kedua-duanya merupakan mu'awwizah dan suarah makiyyah. Surah an-nas berkisar tentang kekuasaan Allah dan meminta perlindungan daripada Allah supaya diri terhindar dari kejahatan makhluk yang jahat (jin + manusia). Surah al-falaq pula menceritakan tentang perlakuan jahat manuasia yang melakukan sihir dan permintaan kita kpd Allah supaya dilindungi drpd sihir. Kedua2 surah ini boleh diamalkan setiap hari terutamanya sebelum tidur untuk mengelakkan daripada terkena gangguan atau sihir dpd makhluk yang berhasad kpd kita
Perkongsian kedua berkenaan dengan hijab, dikupas dari buku risalah usrah (wanita dan kekeluargaan-edisi lama). Menyentuh berkaitan aurat, batas perhubungan dan hukuman2 bagi yang melakukan kesalahan seperti zina dan Qazaf.
Halaqoh kedua mula jam 12.25 tgh hari:
Membincangkan tafsir surah al mudassir ayat 1-10. Al mudassir bermaksud orang yang berselimut. Dalam surah ni dianjurkan untuk bangun malam (berqiamullail) menghadap Allah yang maha Besar dalam keadaan yang suci. Menceritakan juga tentang sifat seorang daie (dlm surah ni ditujukan buat nabi muhammad) yang mana jangan melakukan sesuatu perkara untuk mengharap balasan yang banyak. Maksudnya jgn kita harap pada kesenangan bila nak berdakwah kpd orang sebab sunnatullah menetapkan bahawa seorang daie perlu berkorban dan berhadapan dengan kesusahan apabila nak berdakwah dengan orang ramai. Buktinya, lihat saja pada sejarah lalu dimana ketika Rasulullah berdakwah di thoif. Baginda bukan disambut dengan 'red carpet' tetapi balingan batu beserta cacian dan maki hamun yang diterima. Namun, sifat seorang nabi yang sentiasa bersabar berjaya mengembangkan dakwah sehabis mungkin daya dan kudrat yang ada.
Then bincang tentang Usulud Da'wah dimana topik bersangkutan dengan akhlak seorang daie. Tak sempat bincang habis pun tapi ada 2 ciri utama yang sempat di cover:
1) Benar
2) Sabar
Benar dan sabar ni ada pecahan2 kecilnya cuma agak panjang jika di ulas sekarang
Halaqoh ketiga mula jam 5 petang:
Untuk halaqoh ketiga sempat mambincangkan tentang teras2 akhlak. Teras akhlak terbahagi kepada 3 iaitu:
1) Ikhlas
2) Benar
3) Sabar
Ikhlas dari sudut amalan dan hati, benar dalam setiap perbuatan dan sabar dari pelbagai aspek
Hari jumaat sangat seronok sebab dapat berjumpa dengan usrahmate n anak usrah. Biar kena balik rumah waktu malam pun, usrah jgn sesekali x datang tanpa alasan munasabah.
Hari sabtu pulak g main bowling dekat midvalley. Maklum la, 1st time main bowling, si semut la paling banyak masuk longkang. Sebab tak puas hati, main game kedua berdua dengan seorang adik nih. Yg lain dah beransur2 balik. Alhamdulillah, dapat 2 kali ganda mata dpd 1st game. Dapat la strike beberapa kali. Practice makes perfect. Tu la lain kali nak main kena betul2dan tanam semangat nak berjaya. Kena bayangkan pin yang nak di jatuhkan tu as mad'uu. Maksudnya makin banyak pin yang jatuh, makin ramai mad'uu yang kita dapat. Longkang kiri kanan tu as halangan yang perlu dielakkan dari berlaku.
Habis main bowling pg jumpa mentee si semut. Dorang ni terlibat dengan program anak angkat YB Taman Medan bawah program Progressif Tmn Medan. Dapat la ajak adik2 ni masuk lab biologi. Terkejut dorg tengok lab, maklumla banyak barang n alatan. Si semut ditugaskan mengajar adik2 ni subjek add math. Sempat cover 1 topic about indices n logarithmic. Power jugak sebab si semut still ingat subjek form 5 yang dah ditinggal hampir 5 tahun lalu. Dah namanya budak fizik, mana boleh lupa pasal math. Math dengan fizik memang x boleh dipisahkan sebab rumus2 dalam fizik diperolehi setelah operasi matematik dijalankan keatas situasi atau eksperiman yang dikaji. Si semut datang mengajar adik2 tanpa preparation n bawa buku add math. Senang kata berlenggang kangkung. Tapi dah pesan dengan adik2 supaya bawa buku n sediakan soalan yang nak tanya maklumlah kita tak tahu apa yang dorang tak tahu. Then selamat menghantar adik2 ni balik taman medan dalam kul 6.45 petang naik teksi.
Nak jadikan kisah, semua turun dekat masjid Dato' Haron. Expact adik2 ni ada yg jemput balik rumah rupa2 nya mentee si semut kata x de yang nak jemput. Dia nak jalan kaki. Kami tak sampai hati nak biar dia jalan sorang2 pun ikut hantar dia balik rumah. Rumah dia kat taman medan. Agak jauh kalau jalan kaki. Jarak perjalanan 2-3 km kot. Sedang2 je sampai kat simpang rumah dia, azan maghrib pun berkumandang. Kami g masjid nak solat maghrib, dia pulak selamat sampai rumah dia. Malam tu kat masjid ada forum bicara Ad-deen tapi x sempat nak ikut sebab forum mula lepas isyak. Sebabkan datang pun naik teksi, takut lewat sangat balik lepas habis forum jadi kami balik lepas siap solat maghrib.
Hari ahad pula teman rumate g midvalley. Maklumlah nak pasang wireless kat rumah. Alhamdulillah, sekarang si semut boleh slalu update blog n tak payah usung laptop kesana ke mari semata2 nak online. Kalau dulu kena balik lewat kalau nak on9. Tu pun kena duduk dalam library yang sangat sejuk. Sekarang boleh jimatkan masa menunggu bas dengan on9 kat rumah je. Sape2 yang pasang wireless, si semut cadangkan guna la wimax p1. Rate yang paling rendah rm49/ bulan. boleh share dengan kawan sbb x guna kabel. Sekarang ada rebat rm 100, jadi memang jimat n waktu yang sesuai nak pasang(tiba2 jadi promoter pulak).
No comments:
Post a Comment