Thursday, January 28, 2010

Ada apa dengan Couple?

Hari ni terasa nak nulis about couple. Couple, wats dat? Kalau di melayukan maksudnya pasangan. Ada setengah orang guna istilah gewe. Rasnya smua orang boleh faham klu sebut pasal couple nih.. Ramai tertanya2 apa hukum couple. Klu tengok dalam al-quran memang tiada hukum yang soreh mengenai couple ni tapi ada suatu ayat dalam al-quran mengatakan "Janganlah kamu menghampiri ZINA. Sesungguhnya ia suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk" [al-isra' ayat 32]. Daripada ayat ni sebenarnya kita boleh nilai bahawa couple itu bukan suatu perkara yang dituntut dalam islam. Budaya couple sebenarnya membawa kearah melakukan zina.

Zina bukan setakat melakukan persetubuhan haram tetapi boleh jadi zina mata (apabila mata bertentang mata), boleh jadi jgk zina hati. Mustahil orang yang bercouple tak membayangkan apa2 bila bersama pasangannya. Perasaan sayang menyayangi dan ingin bercinta dan dicintai memang Allah kurniakan kepada semua manusia. Memang fitrah setiap manusia Allah campakkan perasaan ini tapi ni bukanlah ia menjadi 'green light' untuk bercouple. Rasulullah bersabda sebagai berikut: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad).

Kebanyakkan orang yang bercouple si semut tengok dorang memang rasa seronok. Maklumlah layan perasaan masing-masing dah ada teman. Lucu bila tengok seorang teman mula nak kenen2 kan antara kawan2 dia. Realiti yang berlaku pada kawan2 si semut yang single akan di matchkan dengan kawan2 yang sewaktu dengannya oleh kawan2 yang dah ada pasangan. Kalau niat yang ikhlas untuk membina rumah tangga si semut sokong tapi niat sekadar suka2 dan nak bandingkan diri dengan kawan2 lain yang dah bercouple.. Hmmm, tak de maknanya. Dosa banyak menanti di hadapan. Mana tak nya, tiap2 minggu mesti nak keluar berdua. Mula2 just ajak makan, lepas tu ajak g tengok wayang lepas tu pegi jalan tempat2 yang jauh. Nak habiskan masa dan pg bercuti bersama la kata kan. MasyaAllah, beraninya kamu nak keluar bersama. Tak takut ke dengan perkara yang akan berlaku.

Mostly yang bercouple ni dah biasa bersentuh tangan. Perkara pertama yang si semut terkejut bila tengok orang gelagat orang bercouple dalam kampus ialah naik motor sama2. Eeei, gelinya. Ada yang berani sikit ambil kesempatan nak pegang2. Astaghfirullah, braninya kamu. Tak takut ke pada seksaan Allah yang bakal menanti di akhirat kelak. Dalam al-quran ada dua perkara yang Allah suruh kita jaga iaitu menjaga pandangan dan menjaga kemaluan. Selalunya perkenalan bermula dari salam, kemudian bertentang mata seterusnya jatuh ke hati.Pastu mula ajak keluar makan, tgk wayang, jalan2 makan angin. Akhirnya terjerumuslah ke dalam lembah yang hina iaitu zina.

Semua peristiwa, asalnya kerana pandangan…
Kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas beri salam Kemudian berbicara, lalu berjanji; dan sesudah itu bertemu.
Firman Allah “Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya; kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha meneliti terhadap apa-apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya, dan jangan menampak-nampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa tampak daripadanya, dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau kepada ayahnya atau kepada mertuanya atau kepada anak-anak laki-lakinya atau kepada anak-anak suaminya, atau kepada saudaranya atau anak-anak saudara laki-lakinya (keponakan) atau anak-anak saudara perempuannya atau kepada sesama perempuan atau kepada hamba sahayanya atau orang-orang yang mengikut (bujang) yang tidak mempunyai keinginan, iaitu orang laki-laki atau anak yang tidak suka memperhatikan aurat perempuan dan jangan memukul-mukulkan kakinya supaya diketahui apa-apa yang mereka rahsiakan dari perhiasannya.”(anNur:30-31)
Golongan yang berilmu dan fakih dengan hukum pun tidak terkecuali terjebak dalam kancah ini. Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. YaAllah, kami mohon perlindunganMu dari perkara2 tersebut.

Suka untuk si semut share apa yang si semut dapat masa tengah belayar dengan bahtera t-net (online). Ni just sharing situasi yang berlaku zaman kini. Ayat2 yang biasa kita dengar....

------------------------------------------------------------------------------------
1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk..sayer harap kiter boleh berkenalan..ukhwah fillah eh orang kater..sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer..ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcm maner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga rahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, jadi makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg? tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawan abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td, ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAH membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?
50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang..
-----------------------------------------------------------------------------------

Memang meremang bila baca dialog2 di atas ni. Mudah2an kita semua terpelihara dari melakukan perkara maksiat yang dibenci Allah. Usah risau kalau melihat kawan2 kita semua dah ada pasangan tapi kita tiada. Sesungguhnya jodoh pertemuan seseorang itu sudah tertulis di lauh mahfuz. Bercinta hebat macam mana pun kalau dia bukan jodoh kita, cinta tu takkan kemana. Percaya dan yakinlah dengan percaturan dan perancangan yang Allah dah aturkan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang.

Nikah adalah jalan yang paling selamat. Menuntut keredaan Allah dengan cara yang halal. Couple membawa kebinasaan sebab semestinya akan melakukan perkara2 yang Allah tak redhai.

Ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami dari perkara yang melalaikan dan membawa kepada dosa besar. Ampunilah dosa-dosa kami. Kurniakan kepada kami pasangan dan zuriat keturunan yaag soleh agar cinta kami kepada hambamu tidak melebihi cinta kami kepadaMu. Perkenankanlah permintaan kami.

~terasa nak tulis post ni setelah anak usrah mengasak dengan pertanyaan about couple n perhubungan yang dibenarkan islam. Mohon maaf buat yang terasa sebab post ni memang nak bagi golongan yang enak dibuai angan2 bercouple sedar akan hakikat couple yang sebenar. Jalan yang Allah redhai ialah NIKAH (NIKAH connecting people dgn cara yang halal)~

No comments:

Post a Comment