Tengah duduk kat library UM tiba2 tersa gatal tangan nak menulis. Minggu ni ada dua perkara besar bakal terjadi dan bermain di fikiran.
1st thing about PRK (pilihanraya kampus). Alhamdulillah penamaan calon dah berlasung semalam (25/1/2010) di Kompleks Perdana Siswa, UM. Si semut pun tak follow sangat waktu penamaan calon coz jadual kelas yang padat. Hari ni waktu kelas dah habis sempat dengar beberapa orang calon bermanifestasi. Setakat yang si semut jumpa hari ni, hanya seorang calon sahaja yang PNGK terkumpulnya melebihi 3.5, yang lain cukup2 makan je. Kebanyakkan manifesto yang di edarkan pun tak menarik. Mojoriti memancing undi guna isu2 lama yang mana dari si semut 1st year sampai dah 3rd year guna isu yang sama. Perubahan lansung tiada. Isu printing service n kedai fotostat masih dibangkitkan sedangkan bila dah naik lansung tak pandang. Come on la, mahasiswa sekarang pandai untuk berfikir tetapi malas nak menyumbang. Cepat nak komen tapi tak nak hulur tangan membantu. Bila dah naik terus lupa janji2 manis. Mungkin atas sebab itu ramai yang tak mahu turun mengundi..Lucu bila makan di KPS sebentar tadi ada calon mempromote dirinya. Kertas manifesto dia berwarna putih. Kawan si semut tanpa berselindung terus tanya kertas warna putih apa?? Si calon tadi pun cakap actually warna kertas tak melambangkan apa2. Kawan si semut tak puas hati dia terus tanya lagi, awak ni calon gerak ke pro-M? Calon tu pun jawab *****. Baru ktorang puas hati. X yah berselindung sebab kalau nak jadi pemimpin kena berani bukan takut2 nak jawab.
Bagi si semut bukan parti (pro-M atau pggerak mahasiswa) yang menjadi keutamaan untuk memilih calon tapi kemampuan untuk dia memimpin dan melaksanakan tugas dengan baik. Biarlah orang yang diangkat menjadi pemimpin dari kalangan orang yang mempunyai hala tuju dan fikrah islam yang jelas bukan pemimpin tangkap muat yang mana dinaikkan sebab dah tiada orang yang layak.. Membuang undi itu memang satu tanggungjawab sebab bayangkan kalau kita tidak turun mengundi orang yang benar2 layak, orang yang tidak layak akan diangkat menjadi pemimpin.. Salah siapakah jika perkara ini terjadi?? fikir2 kan lah. Nanti kalau kat akhirat kena tanya, pandai2lah cari jawapan. Kita tinggalkan isu PRK ni dulu. Kawan2 yang masih menuntut di UM, jangan lupa turun mengundi pada hari khamis (28/1/10) di tempat yang dah ditetapkan.
2nd thing yang bermain dalam benak fikiran si semut ialah perkara yang berlaku minggu lepas. Di pendekkan cerita, 1st time berlaku kejadian hilang barang (agak banyak la barang yang hilang) dekat rumah sewa si semut. Alhamdulillah dapat detect siapa punya kerja tapi bukan itu persoalannya.
Pernah dengar tak ubat yang bernama olanzapine?? Mungkin kali pertama si semut berhadapan dengan sahabat yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik (alhamdulillah, Allah bagi peluang dapat menyelami sahabat ini). Mungkin dari luaran nampak seperti orang normal tapi secara benarnya sahabat si semut ni menghidapi masalah skizofrenia (psikatari). Karakter boleh diibaratkan seperti dr jekyll and mr hyde (literiture masa sekolah dulu). Banyak perkara luar kawal yang mungkin boleh dilakukan oleh sahabat si semut ni. Walau apa pun terjadi, si semut akan bagi sokongan. Mungkin salah satu sebab dia ada peristiwa masa lampau yang disimpan dan akhirnya mewujudkan rasa tidak puas hati. Walaupun sahabat si semut tak pernah ceritakan kondisi penyakit dia dan ubat yang sedang dia ambil. Tapi atas rasa tanggungjawab dan ukhuwwah ahli2 rumah, kesemuanya mengambil langkah untuk menyelidik ubat dan penyakit sahabat ini. Berjaya menemui jawapan tanpa pengetahuan sahabat ini. Secara jujurnya memang rasa tak selamat bila duduk bersama sebab macam- macam boleh berlaku since perubahan perlakuan sahabat ini sejak akhir2 ini sangat ketara. Memang banyak perkara yang kadang2 tak masuk akal dia lakukan sehingga kami bersepakat untuk menyimpan alatan tajam. Barang2 berharga juga perlu disorok supaya tidak hilang. Buat masa sekarang kami memantau perjalanan ubat yang harus di makan oleh sahabat ini. Ubat yang diambil sahabat si semut ni memang ubat terkawal dan tidak boleh berhenti dari ambil sebab kalau berhenti akan ada banyak side effect. Kesan ambil ubat ni pun banyak yang negatif. Memang logik kalau dia tak nak makan ubat tapi dia perlu makan juga supaya tak bertindak luar kawalan. Memang setiap kali lepas solat si semut doa agar Allah memberi kesihatan yang baik buat ahabt ini. Moral yang si semut dapat ialah, kalau kita tak kawal emosi betul-betul tak mustahil kita pun boleh kena serangan penyakit ini. Allah adalah sebaik2 tempat untuk kita mengadu dan berserah. Mungkin ini adalah suatu ujian untuk si semut belajar menangani masalah bila berhadapan dengan orang2 yang mempunyai masalah sebegini pada masa akan datang. Sesungguhnya perancangan Allah tu memang cantik. Doakan moga Allah permudahkan urusan kita dan sahabat si semut dikurniakan kesihatan yang baik sehingga tidak perlu bergantung dengan ubat olanzapine (dadah terkawal) lagi.
No comments:
Post a Comment