Thursday, January 14, 2010

DR Burhan dalam icu

Si semut baru lepas balik melawat prof madya dr Burhan (lecturer jabatan fizik) dekat PPUM. Terasa sebak juga bila tengok keadaan dr burhan. Terasa baru tegur dr 3 hari lepas, tiba2 dapat berita dr masuk icu.

Kenangan lalu datang mengimbau. Dr Burhan ni ajar si semut masa 1st year subjek elektronik asas. Masa 2nd year dia jaga lab mikroprosesor yang si semut ambil. Kawan2 si semut yang melawat sekali semua menitis air mata. Mana tak nya, Dr memang baik. Suka layan perangai kitorang yang pelik2 nih. Maklumla, budak fizik la katakan. Semua nakal2.

Bila tengok dr dah terlantar atas katil, memang semua x percaya. Sekarang memang dr Burhan masih koma. Kepala dr nampak kesan kena tebuk. Mesin kiri kanan bersambung dengan anggota badan dr. Dalam kelas dr mengajar komponen-komponen elektronik yang ada dalam mesin tapi tak sangka pula sekarang nih dr yang pakai mesin as life support.

Memang as manusia kita kena sentiasa bersedia. Tak bermaksud kalau kita sihat, esok lusa pun akan sihat sentiasa. Ajal maut memang tak boleh duga sebab tu kita kena sentiasa bersedia. Allah pun ada berfirman dalam al-quran, Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kita sendiri pun tak kan tahu bila kita akan mati. Yang penting kita kena sentiasa bersedia terutamanya dari segi bekalan yang kita nak bawa untuk menghadapi kehidupan "selepas kematian".

Hidup ini hanya sementara. Dunia ini hanya sebagai persinggahan untuk kita kutip dan bawa bekalan untuk kehidupan yang akan datang. Jangan kita leka dengan kehidupan dunia yang sementara.

Untuk dr Burhan, si semut doakan yang terbaik untuk kesihatan dr. Moga Allah beri kesembuhan pada dr. Kami (student fizik) memang berharap agar dr boleh ajar kami lagi.

p/s: Sape2 nak kenal dr Burhan boleh klik sini..

1 comment:

  1. innalillahi wainna ilaihi raajiuun ats kepulangan dr burhan kerahmatullah smlm Smg beliau ditempatkn bersama2 org yg soleh..Ameen

    ReplyDelete