Tuesday, January 12, 2010

Rindu nak BALIK??

Tiba-tiba masa tengah lepak kat library teringat kat family.
Lama juga si semut tak balik rumah. Maklumlah, selalu 2 minggu sekali mesti akan balik rumah. Mana taknya, rumah bukannya jauh. Naik kereta kurang sejam dah sampai. Selalu ikut abah si semut balik. Itu la untungnya kalau ayah sendiri kerja kat tempat kita belajar. Kalau si semut rasa nak balik, terus call abah. Ayat pertama si semut lepas bagi salam "Abah datang UM tak hari nih?....... nak ikut abah balik boleh tak? .... tunggu macam biasa pukul......"

Maklumlah, kadang-kadang nak tukar angin. Kalau balik macam2 boleh buat. Rindu dengan adik2 kat rumah. Rumah si semut tak pernah sunyi. Kalau orang datang memang tak menang tangan nak layan. Meriah sangat2. Si semut dah biasa dengan keadaan kat rumah. Mana taknya, sorang bergaduh sorang buat sepah sorang bising2 sorang menyakat adik, sorang menangis.. Hmm, tu lah karenah budak2. Macam la kita x pernah jadi budak kan??

Apa yang penting masa budak nak membesar ni lah kita kena bentuk suasana kehidupan yang bakal membentuk budak ni bila dia besar. Kalau kecik2 kita tak ajar mengaji al-quran, dah besar karang lagi susah nak ajar mengaji. Kalau kecik-kecik dah ajar pakai tudung dan tutup aurat sempurna, dah besar nanti mesti dia tak kekok nak pakai tudung. Tapi suasana kehidupan sekarang memang berbeza dengan zaman dulu tak kira apa latar belakang sekalipun, kalau tak diterapkan dengan nilai2 islam dalam kehidupan dari kecil dah besar nanti tak tahulah jadi apa.. Sebab kita makin terhambat dengan kemodenan zaman (kononnya la). Tak tahula apa yang moden sangat sampaikan orang yang melaksanakan perintah Allah dikatanya tak ikut perkembangan zaman.

Kita lah bakal perubah generasi, membawa ke arah pembinaan generasi soleh dan musleh. Lastly, terima kasih to abah n ummi. Terasa begitu berharganya nilai kehidupan. Bertuah sebab ummi n abah dah bagi didikan terbaik kpd si semut sejak kecik lagi. Tapi dah besar nih tak leh nak manja2 macam dulu. Bawah si semut ada lagi 8 orang adik yang kena bagi perhatian, mudah2an berjaya lah semua dalam hidup.

Cakap pasal adik nih, actually baru si semut sorang yang dah masuk universiti. Yang lain semua masih di alam persekolahan. So, si semut kena tunjukkan contoh terbaik kat adik2 nih. Sebab si semut sorang yang menyimpang dari tradisi keluarga, memang si semut la jadi rujukan kat adik2 bila balik rumah. Baik family belah abah mahupun ummi, majoritinya mempelopori bidang keagamaan (ustaz/ah). Si semut pecah tradisi sebab da first one dalam family yang ambil aliran sains. Alhamdulillah, ada juga sepupu yang ambil sains tapi semuanya menjurus ke arah bidang lain. Memang tak leh nak rujuk sape2 bila nak belajar kat rumah. Tapi si semut pula yang menjadi rujukan adik2 bila balik rumah.

Makin panjang menulis makin merepek pula nanti. Si semut nak share gambar dengan semua. Mungkin boleh teka mana satu adik-adik si semut sebab dalam nih ada gambar2 sepupu si semut juga...






No comments:

Post a Comment