Saturday, February 20, 2010

Cuti yang menyeronokkan (^_^)

Cuti mid semester kali ni memang bes.
Mana x bes nye, sume orang balik.
Dapat jumpa adik2..
Dah lama tak gaduh2 dgn dorang. Maklumlah, dah besar panjang pun sume.

Apa yang si semut buat ye cuti nih?? [Jawabnya full time jadi pengurus rumah]
1) gi shopping
kali nih pegi berdua dengan adik. Dapat lesen besar sebab ummi x sempat nak beli barang. Dengan rasminya si semut jadi pengurus rumah. Lama juga keluar. Biasa la, telek barang satu2. Bandingkan harga, kualiti n kuantiti. Nak tengok yang mana paling baik. Alang2 dah keluar beli barang, si semut pun terus plan sesuatu. X leh jadi nih, kena wat projek. Macam biasa projek si semut try masak sesuatu yang baru. For dis holiday dah plan nak buat samosa. Jalan2 nampak serbuk dadih, pun ambil. Nampak nata de coco, ambil juga.. Antara benda2 yang wajib dipertimbangkan masa bershopping ialah harga, kualiti, kuantiti n yang paling penting ialah pengeluar produk. Seboleh2 nya si semut akan ambil keluaran muslim/ bumiputera. Biarla mahal sikit yang penting kita dapat tolong orang kita. Lagi satu produk insyaAllah dijamin.

2) Masak-masak
ni memang dah jd febret si semut. alhamdulillah berjaya buat samosa. goreng n makan panas2 memang sedap. bahan pun tak susah nak cari. Asal ada kulit popia semua boleh jalan. Dalam planning nak buat bubur cha cha pulak. Labu n ubi keledek dah beli. InsyaAllah petang ni siap. Dadih x dapat buat kot. Kena tunggu bila si semut balik lagi sekali baru buat dadih. Semalam jadi fulltimer chef. Siap cakap dengan ummi, "Ummi x payah la masuk dapur. Nanti dah siap baru masuk. Makan je". Maklumlah, si semut x suka ramai2 kat dapur. Sempatla masak ayam goreng kunyit, ikan siakap masak kicap, peria masak cili n tak lupa juga ikan kering. Masak yang simple2 je sebab bahan tak banyak kat rumah. Ada orang tu malas pegi pasar. Dia bawa balik ikan siakap je dpd pasar, so boleh masak ikan je lah.






3) Kemas rumah
Kali ni tak leh nak kemas rumah betul2. Rumah under renovation. Banyak debu. But si semut akan pastikan setiap hari rumah wajib bersapu. Maklumlah, adik2 ramai. Main sikit mesti ada sampah. Paling suka koyakkan kertas. Main jual2 la katakan. Nak buat duit tipu2. Ummi pun kata tak payah sapu, nanti debu naik. si semut kata "tak boleh la ummi. Bersepah ni, sakit mata tengok". Sape sepah2kan barang siapla.



hmm, waktu cuti je boleh duduk macam ni. Nanti dah start kuliah, nak balik rumah pun susah. Walaupun rumah dekat, bukannya boleh balik selalu. Jumpa adik2 bukannya tiap-tiap hari. Tahu2 dah pandai bercakap. Masa si semut pegi dulu pelat2 lagi nak bercakap. Bila balik cuti mid sem bercakap tak berhenti. Sekarang ada satu perkembangan positif. Pagi2 sume adik si semut yang kecik2 akan bangun. Dorang bergilir solat subuh. Sebab klu x solat subuh, nanti kena pulaukan dengan yang lain. Tak boleh main sama2 sebab tak bangun solat subuh. Kalau tengok abang n kakak dia liat nak bangun, memang kejut tak henti2. "Bangunla, dah nak siang ni.. Bangunlah, matahari dah keluar"-ayat provok nak suruh cepat bangun.. Paling kecoh waktu malam. Masing2 berebut nak mengaji dulu. Sebab kalau ngaji dulu, mesti habis dulu. Kadang2 sampai menangis sebab orang tak nak layan ngaji. Bukan tak nak layan tapi takkan nak ngaji 3 orang serentak tapi bacaan lain2. Itu lah keletah budak2.
Kalau nak hasil yang baik bila dorang dah besar, dari kecik kena asuh dengan baik. Nak didik pun kena cara terbaik. Jangan suka tinggikan suara dengan adik2 kita sebab nanti dia suka lawan balik cakap kita bila dah besar. Lagi satu jangan nak suruh adik buat itu n ini tapi kita sendiri tak buat. Budak2 memang belajar n membesar dengan suasana persekitaran. Kalau persekitaran baik, insyaAllah akan baik lah dia bila besar. Ni baru suasana 8 orang adik. Kalau bertambah lagi adik, bertambahlah tanggungjawab. Mujur 4 orang dah boleh bawa diri sendiri...

Sekian post tuk kali nih. Menanti masa untuk pulang ke UM

No comments:

Post a Comment