Tuesday, February 16, 2010

Jom Bedah Buku

Assalamualaikum buat semua pembaca setia..
Tak sangka dah 4 hari si semut bercuti. Tinggal 5 hari je lagi. Buku dan nota2 akademik belum di buka lagi. Masih tersusun kemas atas meja. Tak padan dengan nak test next week..Ish3x, bila la nak berubah perangai ni.

Alhamdulillah dapat balik ke rumah cuti mid semester kali ni. Walaupun lambat balik rumah dpd orang lain, tapi berbaloi. Hujung minggu sarat dengan program. Bes, dapat jumpa kawan baru. Takde la baru sangat tapi baru berkesempatan bertegur sapa, slalu je berjumpa bila ada program. Yang lagi bes, dapat beli buku "Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus" tulisan Siti Hamisah Manan(kak misah) terbitan JIMedia. Si semut baru belek-belek je buku nih, x sempat nak baca coz nak habiskan baca buku "Bagaimana Menyentuh Hati". Tapi, mostly buku kak misah berkaitan dengan sejarah kebangkitan pelajar di kampus. Sape2 nak tahu sejarah IRC (Islamic Representative Council) boleh la dapatkan buku nih.

Agak menarik juga la. Si semut dapat beli buku siap dengan signature author dia lagi. Satu bonus coz sisemut orang yang terakhir dapat buku yang ada signature k misah. Kredit to ikhwah yang tolong jumpakan buku yang terakhir ni (x ingat sape). Masa tu beli dengan my usrah mate, hajar ghazali. Si semut pakat dengan dia lumba sape yang abis baca dulu. Then insyaAllah kami akan sama2 ulas dalam blog masing2.


Back to buku karangan Abbas As-Siisiy, "Bagaimana Menyentuh Hati". Si semut dah baca hampir 3 suku dari kandungan keseluruhan buku ni.
Tidak kurang menarik juga buku ni. Abbas as-Siisiy ni adalah salah seorang da'ie (pendakwah) yang berpengalaman. Buku ni banyak berkisar tentang pengalaman beliau berhadapan dengan orang ramai dan cara macam mana dia nak menarik perhatian dan berkenalan dengan orang2 yang baru dia jumpa. Memang bes. Ada juga di selitkan kisah2 para sahabat di zaman Rasulullah sebagai bukti bahawa dakwah telah berjalan dari dulu lagi tanpa mengira status seseorang itu.

Antara perkara yang abbas as-siisiy lakukan ialah, bila beliau berjalan naik bas atau kereta api, mesti beliau akan bawa 2 buah buku. Satu untuk dia sendiri dan lagi satu untuk sape2 yang duduk sebelah beliau. Memang satu method yang berkesan untuk berkenalan dengan mad'uu baru. Selain itu, beliau akan cuba mengingat nama seseorang itu.

3 karekter manusia yang beliau gariskan dalam buku ini:
1)Perilaku akhlak islamiyah
rajin beribadah dan rajin ke masjid
2)Perilaku dengan akhlak asasiyah
tidak taat beragama tapi tidak membuat maksiat secara terang2an kerana menghormati harga diri
3)Perilaku dengan akhlak jahiliyah
tak peduli dengan orang lain dengan perangainya yang jelek dan berakhlak buruk.

Prioritinya adalah berdakwah kepada golongan pertama kerana lebih mudah. Bukan maksudnya mengabaikan golongan terakhir tapi diumpamakan seperti analogi bahawa ada seseorang yang berdiri dibawah sebatang pokok mangga epal yang sedang berbuah lebat. Jika seseorang ingin memetik buah mangga epal, sudah pasti dia akan mengambil buah yang dapat dijangkau dengan tangannya. Apabila habis dan tinggal di bahagian yang paling atas, jika dapat dijangkau barulah mangga tersebut akan diambil. Sebaliknya jika tidak dapat diambil, akan dibiarkan begitu sahaja.
Tetapi bukan bermaksud seseorang daie harus mengikut turutan ini kerana segalanya bergantung kepada Allah. Allah maha berkuasa sebab kalau kita singkap kisah saiyidina umar al-khattab, beliau merupakan golongan yang ketiga namun dengan hidayah dan kasih sayang Allah beliau akhirnya memeluk islam dan menjadi antara pejuang yang mempertahankan islam.

Antara sarana2 dakwah:
-Bila bertemu, berilah salam (bukan beri salam kpd yang kita kenal je)
-Jika tidak kelihatan, maka carilah orang tersebut dan ambil tahu apa yang berlaku pada dia
-Jika dia sakit, maka jenguklah
-Jika dia bersin dan mengucap hamdallah, maka jawablah dengan yarhamukallah (lelaki) atau yarhamukillah (perempuan)
-Jika dia mengundang kamu, maka penuhilah
-Jika dia meninggal dunia, makan hantarkanla ke tempat kuburan

Selain itu, seorang daie harus cerdas akalnya dan bersih hatinya. Dalam al-quran juga ada menyebut "Serulah manusia itu ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan tunjuk ajar yang baik dan bantahlah (berdebat) mereka dengan cara yang baik..." (An-Nahl:125).
Mungkin kalau sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku ini di kedai2 buku berhampiran. Memnag banyak lagi yang menarik dalam buku ni.

First time baca buku nih, si semut dalam komuter on the way nak balik ke UM. Memang khusyuk membaca. Dekat2 nak sampai KL Sentral, akak yang duduk sebelah si semut tegur si semut. Dia kata "Dik, akak nak tanya mana adik dapat buku ni?".. sebab terkejut n tak expect, si semut pun bagi tahu buku ni milik adik si semut. "Saya ambil buku ni kat rumah. Ni adik saya punya. Kalau akak nak, mungkin boleh cari kat kedai2 buku. Tajuk dia Bagaimana Menyentuh Hati by Abbas As-Siisiy".. Ikut hati memang si semut nak bagi hadiah kat akak tu tapi mengenangkan bahawa buku ni si semut ambil kat rak buku adik si semut dengan izin dia, then tengok nama pada cover buku pun bukan adik si semut punya. Tak jadilah nak hadiahkan kat akak tu sebab bukan milik peribadi.
"Akak minta maaf la dik sebab curi2 baca masa adik tegah baca tadi". Si semut jawab "takpe kak". Dalam hati memang rasa terkilan sebab tak dapat nak hadiahkan buku ni pada akak tu. Walaupun akak tu tak menutup aurat sempurna, tak sangka buku ni mampu menarik minat dia membaca sekali. Betul la salah satu cara nak attract mad'uu macam cara abbas as-siisiy ceritakan. Moral of the story, bila naik public transport jangan lupa bawa buku lebih.
Nantikan update seterusnya berkenaan buku "Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus". May be boleh pakat dengan hajar n kak asiyah untuk ulas buku ni.

No comments:

Post a Comment