Alhamdulillah, si semut masih lagi dapat menghirup udara dan berada dalam nikmat iman dan islam. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Hmm, hampir seminggu tak mencoret apa-apa di blog ni.
Minggu ni sarat dengan test. Isnin ada test optik, Selasa pula test Bumi dan Manusia. Baru tadi (rabu) habis menjawab test Foundation Mathematic. Esok berjuang tuk statistic.. Belum pun habis test minggu ni, minggu lepas cuti raya cina ada lagi 2 test menyusul. Kenapa la lecturer2 semester ni rajin buat test?
Jom kita fikir dari aspek positif...
1) Patut berterima kasih dengan lecturer yang buat test sebab secara sengaja kita kita study. Bila study sebenarnya kita dah cover sebahagian topik bagi subjek tu.
2) Supaya kita sentiasa keep in touch dengan pelajaran.
3) Test ni medan kita nak kumpul penilaian berterusan dpd setiap lecturer. Lagi pun test takkan cover semua topik secara serentak. Itu dah cukup bagus, bagi kita kredit sebab dah maklum dengan topik yang akan masuk dalam test. Bayangkan kalau exam kena cover semua chapter. Belum lagi kira berapa subjek yang kita ambik utk semester ini.
4) Last but not least, test diadakan supaya kita sentiasa ingat yang dah menjadi tugas kita untuk belajar. Nama pun test, jadi ini boleh dijadikan kayu ukur kemampuan kita. Kalau result test tak berapa baik, kita kena struggle lagi supaya dapat perform dalam final exam.
Macam mana nak perform baik agaknya?
1)Belajar secara berterusan. Boleh kaitkan apa yang kita belajar dalam kehidupan harian sebab cara ni lagi mudah nak memahami sesuatu pelajaran.
2)Hormat guru/ lecturer. Biarpun dia mengajar x berapa bes atau x paham sangat, kita still kena hormat guru kita. Sudah2la mengutuk belakang2. Apa salahnya kita pergi jumpa dia dan tanya apa yang kita tak paham. InsyaAllah dia boleh bagi tunjuk ajar.
3)Mohon parents kita sentiasa doakan kita. Kalau boleh, biasakan telefon dan bercakap dengan kedua ibu bapa kita. Kalau ibu bapa redho dan senang dengan kita, insyaAllah Allah akan redho juga dengan kita
4)Yang paling penting kena jaga hubungan kita dengan Allah. Solat jangan tinggal sebab dalam al-quran dah menjanjikan bahawa Ciri2 Mukmin yang berjaya ialah khusyuk dalam solat [surah al-mu'minun ayat 1-2]. Banyak point dapat diambil dari surah al-mu'minun.
Ok lah, nak sambung study balik. Doakan si semut dapat jawab test statistik esok.
No comments:
Post a Comment