Lama tak menulis... Tak pe2, hari ni mungkin boleh share dengan semua pembaca about one thing dat happen sewaktu berusrah. But there something "big thing" dat i want to share..
Smalam, as usual ada halaqoh.. Alhamdulillah, terisi juga hati dengan makanan yang sedap2. Kupasan surah al-muzammil daripada ustazah betul2 menusuk. Sayangnya waktu yang almost 2 jam berhalaqoh tu rasa sekejap.. tup2 dah habis. Tertarik dengan intro yang ustazah mulakan. Dia kongsi satu kisah n cerita about orang yang ada masalah jiwa n mental. Most of pesakit jiwa merasakan jiwa mereka kosong. Kosong itu bermakna matinya iman atau berkurangnya iman di dalam diri mereka sehingga ada yang sanggup membunuh diri dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.. Hanya satu jalan yang mampu menghindarkan pesakit2 ini daripada masalah2 yang mereka hadapi ialah dengan IMAN. Sebenarnya kalau kita betul2 faham tujuan hidup kita sudah tentu kebarangkalian untuk menjadi "pesakit" itu sangat rendah. Pengalaman si semut duduk dengan "pesakit", kita memang tak boleh expect apa tindakan yang akan dilakukan.. kadang2 nampak baik, tapi dalamannya berkecamuk. But da best solution ialah menerapkan dalam diri dengan nilai2 iman itu sendiri. How?? Bergantung sepenuhnya kepada Allah. Selagi dalam diri kita ada sekelumit buruk sangka atau tidak yakin dengan Allah, bermakna iman kita masih bermasalah.. Selalu si semut bagitau dengan anak2 usrah bahawa ujian yang Allah beri kepada kita ada dua.. Sama ada ujian Allah itu sebagai bala'/kafarah atas kesalahan yang telah kita lakukan atau untuk meningkatkan lagi tahap keimanan kita.
Petang semalam after selesai sesi halaqoh dengan ustazah, jumpa dengan anak2 usrah. Macam biasa halaqoh diteruskan lagi tapi kali ini dengan topik lain pula. Tiba2 masa tengah berhalaqoh hujan turun dengan amat lebatnya. Halaqoh still diteruskan memandangkan kami tak terganggu dengan hujan tersebut. 10 minit lepas tu, air masuk dalam bilik dengan lajunya. Alamak, halaqoh tiba2 terhenti sebab semua tergamam. Hanya memandang pada air yang masuk dalam bilik tanpa terlintas nak buat apa2.. Menggunakan kepakaran dan tenaga yang ada, mula2 letak surat khabar. sebab hujan memang sangat lebat, surat khabar tu tak bagi apa2 effect jadi kami pegi explore cari barang2 yang makcik cleaner guna untuk mencuci. Jumpa penolak air dan penyodok sampah. Mula la kami mencedok air yang masuk dalam bilik. lebih kurang satu baldi besar air masuk ke dalam bilik. Siap mencedok air, sambung balik halaqoh. Kali ni masing2 duduk atas katil sambil mengadap antara satu sama lain. Ujian yang Allah beri pada hari itu mejadi pemanis ukhuwah antara kami sebab after halaqoh n siap solat maghrib berjamaa'ah, kami lagi sekali bersihkan bilik.. Tadi hanya mencedok air tanpa membersihkan, kali ni siram balik dengan air. Wlaupun tuan bilik berkeras kata tak payah bersihkan, tapi mana boleh.. Alang2 dah usrah kat situ, kita bersihkanla sama2. Takkan guna untuk usrah pas tu tinggal je macam tu.
Kita tinggal kisah di atas. Si semut nak buka kisah baru memandangkan ia melibatkan orang yang paling rapat dengan si semut. I will start to story about "big story"..
Alkisahnya di kolej kediaman sahabat si semut ni nak buat dinner kat sebuah hotel.. Tiba2 timbul isu halal di tempat dinner tu dianjurkan. Mungkin atas inisiatif dan kesedaran tentang pentingnya makanan yang membentuk darah daging kita, ada seorang hamba Allah ni telah telefon JAKIM to ask about halalkah hotel tersebut.. Jawapan yang diterima ialah hotel tersebut tidak termasuk dalam senarai hotel yang halal. Tak puas hati search dalam internet pula. Stil tak jumpa juga.. Atas rasa taggungjawab, sahabat ni pun ambil satu tindakan. Asal nya benda kecil je tapi telah diperbesarkan sebab tindakan itu sedikit sebanyak menyebabkan ramai penghuni kolej sedar dengan isu ini. Dipendekkan citer, akhirnya sahabat n da geng ni kena paggil dengan penyelia. Faham2 je la apa yang berlaku. Si semut malas nak ulas panjang.. Di pendekkan cerita masa si semut tengah borak2 dengan sahabat ni tiba2 dia dapat satu call.."..... awak datang pejabat sekarang ye. Ada surat penting". kami berdebar juga. Nak tahu apa yang penting sangat. "....Doakan yang terbaik untuk kita ye", ujar sahabat ni sebelum melangkah ke pejabat. Balik dari pejabat, masing2 berdebar nak tahu apa kandungan surat tu.. Dah agak da.
Rupa2nya itu surat amaran. Antara kandungan dalam surat itu ialah anda dihalang dari menghadiri Malam Anugerah Z*** (MAZ) dan di beri amaran supaya tidk menghalang kelancaran perjalanan MAZ.. But da best point is RM100++ duit anda akan dikreditkan semula kedalam akaun anda. The result is sahabat n da geng tak dapat ke MAZ but duit mereka dipulangkan.. And of course nama dah kena black list n sure nex sem tak dapat dok kolej.. Si semut dah cop awal2 sahabat ni masuk rumah akhawat K-UM.. Yang tak pegi MAZ malam tu semua jeles dengan dorang sebab duit dipulangkan. Sampai ada yag kata rugi saya tak buat cam akak.
Actually da moral dat i want to share is eventhough dah tahu hotel itu ada status meragukan, still MAZ dilansngkn di sana. Antara kriteria2 nak pilih tempat tu ialah
murah dan dekat supaya kos tak keluar banyak.. I dun't know about status halal hotel itu becoz ajk MAZ telah menunjukkan satu surat daripada hotel but info yang si semut dapat ialah tu bukan surat certification halal but surat yang menunjukkan pihak hotel telah membuat permohonan untuk mendapatkan status halal.. What ever happend, kamu fikir la sendiri.. Si semut suka pandang dari view ajk2 MAZ pula. Ada seorang kawan ni gtau "korang senang je.. Minta nak kat sana n sini. Demand itu ini. Kata macam2 tapi korang tak tau kitorang ni susah tau nak cari tempat. Macam macam kena cnsider n wat pilihan yang terbaik. Sume asyik komen mcm2", ujar kawan ni.. Mungkin mereka pun dah buat yang terbaik. Tapi satu benda yang si semut nak tegaskan, kita carilah tempat yang halal. Klu betul hotel tu halal, tiada halangan untuk makan di sana tapi kalau ragu2, lebih baik kita cari tempat lain. Jadikan kos itu perkara no 2 sebab klu makanan haram bila dah jadi darah daging akan lekat kat badan.. Bukannya boleh kikis.. Duit boleh dicari tapi darah daging yang haram akn lekat sampai bila2.
Apa pun suka si semut share dengan semua sebuah hadis...."yang halal itu jelas halal dan yang haram itu jelas keharamannya.. Tetapi antara keduanya terdapat perkara yang kesamaran (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Maka barang siapa yang memelihara dirinya daripada segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara baginya agamanya dan kehormatannya. Dan barang siapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhla ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan . Hampir sangat (ternakkannya) makan didalamnya.. Ketahuilah bahawa bagi tiap2 raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya.. Ketahuilah! ingatlah yang di katakan itu ialah hati"..[riwayat bukhari n Muslim]- hadis no 6 dalam buku hadis 40 karangan Imam Nawawi..
Entri ni bukan bertujuan merendahkan atau menghina sesiapa, tapi mari sama2 kita fikirkan yang terbaik. Walau apa pun yang berlaku mudah2an Allah beri kita yang terbaik. Berlapang dadalah dalam segala hal tapi jangan berkompromi jika sesuatu itu melibatkan halal haram dan menghina islam.. Dan yang paling penting yakinlah dengan segala tindakan kita moga2 Allah menilai perbuatan kita itu sebagai perbuatan yang baik.. Si semut tahu dua2 pihak (sahabat ni n ajk MAZ) dah wat yang terbaik.
Anda sebagai pembaca nilai sendiri.
p/s: cuti sekolah dah bermula tapi si semut tak cuti.
More story boleh baca kat empunya badan yang terlibat dengan kes ini punya blog http://nurhaifaaniqah.blogspot.com/
ReplyDelete