Minggu lepas si semut beratur nak naik bas.. Alhamdulillah, cuba nak jadikan amalan sebab si semut sangat tak suka tengok orang berebut naik bas. Kalau betul betul nak berebut, silakan lah naik. Tak kuasa nak berebut sebab dah besar pun. Bukannya budak tadika lagi.. Berbalik kepada cerita naik bas, masa tengah beratur tiba2 ada seorang "minah" ni.. Sedap-sedap dia cross depan orang. Excuse me, orang lain pun beratur, cubalah hormat. Tapi malangnya perkataan tu hanya terlintas dalam hati, tak tergamak nak luahkan. Mungkin si semut rasa hormat kat "minah" ni sebab bertudang labuh, siap berpurdah.. Tak pe2, rezeki dia dapat naik bas dulu..
Kadang2 rasa geram juga sebab kebanyakkan yang suka tolak n berebut naik bas "akak2 yang bertudung labuh".. Tak pasti apa sebabnya tapi bagi si semut, kalau nak naik janganlah tolak2 orang. Mungkin takut kena tinggal dengan bas. Maklumlah kalau naik shuttle UM ke Patai Dalam memang selalu full.. Kalau penuh, yang naik lambat tu of course kena tinggal bila kapasiti bas dah melebihi muatan.. eh silap, muatan melebihi kapasiti..
Kalau naik bas rapid pula, berebut dengan makcik2 warga indonesia yang mostly jadi cleaner kat UM. Ni satu hal lagi, rempuhan mereka memang sangat dahsyat. Kalah student2 punya rempuhan. Mungkin mereka fikir bas rapid kat malaysia macam bas kat indonesia.. Teringat housemate si semut pernah cerita suatu hari masa dia tengah tunggu bas rapid depan fakulti kejuruteraan, tiba2 bas rapid pun datang.. Bas ni memang berhenti betul2 depan kawan ni. Tak semena2 nya datang beberapa orang pekerja warga indonesia berebut2 nak naik bas dulu.. Kawan ni tak nak mengalah sebab memang sepatutnya dia yang naik bas dulu. Tapi atas sebab sangat geram dan niat nak mengajar makcik2 ni hormat orang yang dah menunggu lama n beratur, dia letak dua2 tangan dia depan pintu bas. Then dia berdiri kat luar dalam keadaan dua2 tangan dia berpaut pada pemegang kat pintu bas. Yang besnya dia pegun dalam posisi tu lebihkurang 2-3 minit.. Pakcik bas tu siap gelak2 lagi.. Tak lama lepas tu makcik2 ni pun kata, eh kita bagila budak skolah (universiti) naik dulu.. Tahu pun.. Ishk2, kesian kat orang ynag dah tunggu lama...
Lagi satu sifat 'malaysian' espeacially yang masih muda.. Bila naik public transpot jarang yang si semut jumpa nak bagi tempat duduk kepada yang lebih berhak terutamanya yang lagi tua.. Mungkin malas nak berdiri.. Tak pun sebab dah naik dulu, takkan nak bagi kat pakcik makcik tu duduk.. Penat2 berebut naik bas awal sebab nak cop tempat duduk tiba2 kena bagi seat kat orang.. Hmm, apa nak jadi dengan orang muda zaman sekarang??
Kalau fikir dalam, ni lah masanya nak apply tazkirah yang selalu kita dengar dalam kehidupan..Rasanya dalam usrah pun banyak kupas tentang adab.
Kita selalu dengar orang cakap pasal sabar tapi bila berhadapan dengan realiti, mampukah kita menjadi seorang yang sabar?
Kita dididik supaya sentiasa mengutamakan orang lain tapi realitinya adakah kita mengutamakan orang lain bila kita berada dalam kesenangan?
Dulu masa sekolah rendah cikgu selalu cakap kalau nak naik bas beratur dulu, tapi sekarang ni kita beratur tak bila nak naik bas?
Sebenarnya inilah tarbiyah.. Suasana sebegini boleh dijadikan penanda aras adakah kita benar2 mengaplikasikan apa yang telah kita perolehi sebelum ini.. Setakat cakap tak jadi kerja, jadi kita pun kena mulakan dengan diri kita dulu.. anggaplah berhadapan dengan golongan yang tak tahu sabar itu sebagai ujian. Kalau dengan golongan macam ni pun tak dapat nak menahan sabar, jangan mimpilah nak cari mad'uu yang lagi hebat..
Apapun post ni ditujukan khas buat si semut.. Sebagai renungan bersama n untuk penambahbaikkan diri sendiri pada masa akan datang insyaAllah.
No comments:
Post a Comment