Wednesday, March 3, 2010

Ini Peranan Kita...{IPK}...

Before masuk tidur, suka si semut share dengan semua apa yang si semut dapat masa pergi daurah IPK. Walaupun dah berlalu hampir seminggu, tapi dah janji nak share dlm post yang lepas. Takut2 lupa nak share dengan semua, nanti janji tinggal janji.

IPK stand for Ini Peranan Kita.. Lanjutan daripada daurah ISK (Ini Sejarah Kita). Mungkin boleh check post si semut pada bulan januari, ada si semut cerita serba sikit pasal ISK.. Back to our topic, sebelum bercerita lebih panjang kita sepatutnya tahu apa tujuan hidup kita. Adakah kita semata2 nak berjaya menggenggam ijazah, atau berjaya mendapatkan harta pangkat dan kedudukan yang tinggi, atau nak kahwin then nak bina keluarga bahagia? OK lah, kali ni si semut tak nak share dengan cara provokasi. Jom ambil quran n kita sama2 cari dalil apa tujuan penciptaan manusia. Check dalam surah al-baqarah ayat 30, Allah telah berkata kpd para malaikat "sesengguhnya AKU nak ciptakan khalifah kat muka bumi ni....surah yang kedua ialah ad-dzariyat ayat 56 yang mana Allah berfirman "Tidak aku jadikan Manusia dan Jin melainkan untuk beribadah kepada KU".. Kedua-dua ayat tadi jelas menunjukkan bahawa tujaun hidup manusia ada dua iaitu sebagai Khalifah yang memakmurkan muka bumi ini dan menjadi hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Pernah dengar tak tentang Maratibul amal?? Apa kebendanya ye tu? Kalau diterjemahkan daripada Arab ke Melayu maksudnye tingkatan/ susunan perbuatan atau lebih senang kita cakap tangga amal (macam pelik pula bunyinya bila dimelayukan by word). Jom kita tengok susunan maratibul amal
1) Individu Muslim
2) Keluarga Muslim
3) Masyarakat Muslim
4) Daulah Islam (negara islam)
5) Kerajaan Islam
6) Empayar Islam
7) Ustaziatul Alam
Actually sebelum nak bentuk suasana atau persekitaran yang baik, ia harus dimulakan dengan diri kita dulu. Sebab tu individu muslim berada di tangga pertama. Macam mana nak bentuk individu muslim?? Ingat tak 10 muwassofat yang pernah si semut post sebelum nih? cara yang paling senang nak bentuk individu muslim adalah berdasarkan 10 muwassofat tarbiyyah (check post yang lepas). Kalau rasa memang dah complete 10 ciri2 peribadi muslim pada diri anda, tahniah si semut ucapkan. Memang anda dah berjaya jadi individu muslim. Bila individu2 telah terbentuk dengan baik, maka secara fitrahnya semua akan mempunyai pasangan hidup. So, secara tidak lansung akan membentuk keluarga. Dengan ciri2 dan peribadi muslim yang ada pada seseorang , insyaAllah keluarga muslim akan terbentuk sehinggalah membawa kepada ustaziatul alam bila mana ketika ini seluruh alam berada dalam sistem islam (mengamalkan islam secara keseluruhan)...

Si semut nak lontarkan satu persoalan, antara doktor muslim dan muslim yang doktor yang mana satu menjadi pilihan anda? Adakah anda selesa menjadi seorang doktor yang sememangnya mengamalkan islam atau anda ialah seorang muslim yang secara sampingannya menceburi bidang kedoktoran disebabkan tanggungjawab untuk menceburi bidang tersebut? Jawapan terletak pada diri masing2 tapi kita kena berbalik kepada tujuan asal penciptaan kita. As khalifah, kita diberi amanah besar untuk menyeru manusia supaya mentaati Allah dengan mlaksanakan apa yang telah Allah perintahkan dan meninggalkan yang mana Allah tegah (means kita berda'wah kepada orang).. Jadi pilihan kita sepatutnya ialah menjadi muslim yang menjalankan tanggungjawab untuk berda'wah kepada yang lain.

Masih ingat lagikah post si semut yang lepas about da'wah vs study? yang manakah lagi utama?? sebenarnya tiada istilah yang mana lebih utama. Kita perhalusi sikit ye bab nih. Actually study is one of the method atau alat untuk kita menyampaikan da'wah tapi bukan kita study untuk dakwah semata2 sebab most subjek yang kita ambil kat universiti lansung tak berkaitan dengan da'wah (eg: subjek sains, ekonomi, pengajian melayu). Jadi harap semua jelas bahawa antara study dan da'wah apa kaitannya dan yg mana adalah yang pokok. Mulai saat ni jom kita perbaharui niat kita bila belajar. Kalau dulu kita niat mudah2an apa yang aku pelajari ni dapat membantu da'wah, sekarang kita tukar kepada mudah2an dakwah ini dapat aku sampaikan kepada orang lain apabila aku belajar. Jadi gunakan ruang yang ada untuk kita menyampaikan dan menyeru kepada yang lain terutamanya bila kita belajar. Yang paling asas jangan disebabkan da'wah, pelajaran kita terkorban kerana perbuatan itu telah mencalit kredibiliti seorang penda'wah.. Bila imej kita dah tercalar, orang lain susah untuk menerima apa yang kita sampaikan dan secara tak lansung membawa fitnah kepada agama itu sendiri.. Jadi pelajaran juga amat penting utuk kita jaga supaya reputasi sebagai pendakwah tidak jatuh.

Siapakah pendakwah? Kita adalah pendakwah kerana semestinya kita perlu menyampaikan kepada yang manusia lain atau saling mengingati. ye lah, kalau kita tengok dalam dunia sekarang terutamanya kat malaysia ni ramai je orang mengaku islam.. Kat skolah2 siap ajar mata pelajaran pendidikan islam tapi bila suruh amalkan dalam kehidupan taknak pula. siap bagi banyak alasan. Si semut sendiri pernah berbicara dengan orang free hair about aurat. belum sempat si semut explain, si kawan ni dah explain habih. She said that she know all about aurat, hukum haram mendedahkan aurat n batas2 aurat tapi buat masa ni dia kata belum terbuka hati nak tutup aurat sempurna. Berdebat dengan dia tak memberikan apa2 penyelesaian. Mungkin dengan kata2 nasihat yang menyenangkan hati dia dan menunjukkan contoh tauladan yang baik dari kita sendiri akan memberi suatu impak yang positif kepada dia. Mungkin juga doa kita akan menjadi kunci kepada pintu hidayah dan taufeq yang akan Allah beri kepada dia. Wallahu'alam, sama2lah kita doakan kawan2 dan sahabat2 kita yang lain mudah-mudahan akan berada dalam naungan dan limpahan kasih sayang serta taufeq Allah selamanya..

jom kita tengok sikit apa yang si semut salin dalam buku sepanjang daurah IPK dijalankan






ni pula delegasi dari KARISMA UM.. Yang balik awal tak dapat masuk dalam gambar ^-^


Ok la sampai sini saja post untuk kali ni.. tunggu post seterusnya ye....

2 comments: