Penuh bersawang blog nih... maafla ye pembaca setia semua. Harap sihat sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah..
Hari ni rasa nak cerita pasal kejadia yang baru berlaku tak sampai dua jam yang lalu.
Al kisah bermula bila ummi nak hantar adik g tusyen lepas solat maghrib. Nampak pagar rumah terbuka skit, then ada orang naik basikal kat luar rumah.. Dengan confident nya si kecik kata "ummi, tu bang mi naik basikal", semua pun buat tak tahu jela sebab ingat si abang yang naik basikal.. dalam 45 minit lepas tu baru perasan rupa2nya sebuah basikal yang paling baru hilang...
dah dua kali hilang.. Teringat si adik citer dia jumpa orang bangla naik basikal tu depan apartment klang villa.. terus nya dia tahan mamat bangla tu dan mnta pulangkan balik basikal tu pada dia.. dengan gaya beraninya dia tanya mamat bangla tu macam2. nmamat bangla tu explen yang dia beli basikal tu daripada orang indon dengan harga rm70..Adik kata Indon tu bodoh sebab jual terus basikal tu without ubah penampilan basikal tu. Indon tu cuma spray sikit kat bahagian handle.. For da last dapat jugak basikal tu balik..
Tapi tak sampai sebulan, basikal tu hilang balik... Siapa yang curi, wallahu'alam dan tak mustahil yang mencuri tu orang yang sama. Ntahla, kalau ada rezeki jumpalah balik basikal tu.. Masa balik dengan abah dari UM semalam, nampak rumah jiran siap pasang dengan cctv...memang rasa nak gelak tapi bila basikal dah hilng memang logik la si jiran nak pasang cctv..
Basikal tu memang banyak berjasa terutamanya buat si adik yang paling tua.. dia beli basikal tu tahun lepas masa tengah menuntut kat SMI Hidayah Ipoh. G skolah ambil STAM pun naik basikal tu.. Nak bawa balik dari ipoh terpaksanya diceraikan komponen basikal tu sebab tak muat nak letak gedebuk dalam van.. Bila dah sampai kat rumah, basikal tulah jadi pengangkutan utama ke masjid tuk pergi berjamaah setiap kali solat fardu.. Basikal dah hilang tak leh nak wat apa da la.. Mudah2n akan jumpa balik basikal tu..Ni basikal yang keberapa ntah hilang..
Masa duduk muhasabah balik, terpikir macam mana kat hari akhirat nnti.. msti malu kalau kesalahn kita disingkap satu persatu dihadapan orang.. cara yang paling mudah nak senangkan hati ialah pencuri tu mesti akan dapat azab siksa daripada Allah..hmm, kalau hudud dilaksanakan d malaysia mesti ramai yang tak berani mencuri sebab balasannya akan dipotong tangan sekiranya didapati bersalah.. Biar dia mudah hidup kat dunia tapi azab siksa kat akhirat akan sedia menanti..tiba2 terbayang diri sendiri, kalau kita yang buat salah adakah kita akan meletakkan diri kita pada tempat orang yang dizalimi???
No comments:
Post a Comment