Sunday, April 11, 2010

Pengalaman Belajar suatu yang Indah

Terima Kasih ya Allah
kerana masih mengekalkan aku dalam nikmat iman dan islam.

Tak lama lagi nak exam.. sejauh mana persediaan nak exam nih. apa yang pasti, semakin nak exam semakin mula membuat perkara2 "pelik". Ya Allah, peliharalah daku. Kalau ikut rasa hati, memang nak balik study week dekat rumah. Kalau orang kata tak study kat rumah, i disagree wit dat point. macamlah dekat sini boleh study kan? wut eva..

Hari jumaat kelmarin pergi usrah. sebelum ke bilik ustazah, intai2 kereta abah kat parking. Hmm, xde pun kete abah. Mesti abah tak datang hari ni. Maklumlah semester ni abah cuti. Kadang2 je datang UM.. Masa dia jadi ketua jabatan dulu, sibuk hari2 g UM. Kalau rasa nak balik, ikut je abah balik espiacially bila tak de air kat kolej tujuh. Orang selalu tanya kenapa awak tak ikut ayah awak je ulang alik ke UM. Jawapan biasa " klang dengan UM bknnya dekat..Kalau klas mula 8.30 pagi, tak sempat nak sampai awal". tak pe lah, sekurang2 nya aku sendiri belajar berdikari kan.. hihi, kalau kat rumah suasana mesti lain.. kekangan nak ke program pun kurang sebab kawan2 semua kat sini. nak ke program, gerak ramai2.

Kadang2 suasana sebegini menjadikan aku lebih kuat dan tabah. kalau dulu asyik dengan suasana yang lebih solehah, kini aku mula mengerti keadaan dunia luar. Kalau dulu masa di rumah bersama keluarga dan di sekolah, soal agama amat dititik beratkan, kini tiba masanya aku kena praktikkan teori2 yang pernah aku belajar dulu. Betul2 mencabar.. kalau tak, masakan kawan2 sekolah ku ramai yang mula bersimpang arah.

Dulu lepas habis UPSR, ummi abah hantar ke Sekolah Agama Menengah Hisamuddin. Masih tak mengharap aku berdikari sebab tu tak hantar ke SMI Hira' (dah lama baru aku tahu kenapa aku ke SAMH). Sebab PMR dapat excellent, dapat dua tawaran utk melanjutkan pelajaran. Satu ke SBP, satu lagi ke SAM Bestari. Pikir punya pikir akhirnya memilih utk ke SBP. Pendeknya pemikiran masa tu, tak nak ke SAM Bestari sebab taknak amik SMA (sijil menengah agama) sebab kena hafal subjek fiqh, tauhid, Tafsir, Hadis totally in arabic.. kami panggil sbjek sukatan azhar. Paling tak pun Bahasa Arab kena excellent. Bahasa Arab tiada masalah tapi menghafal bukan sifat semulajadiku. Penangan pertama duduk asrama, home sick melanda dengan dasyatnya. Lepas telefon ke rumah mesti duduk tepi tangga lap air mata.. Ingatkan aku sorang je, rupa2nya orang lain pun sama.


Alhamdulillah, dpat masuk SBPI Rawang banyak yang aku belajar. Dapat pengalaman masuk Majlis Tadarus Quran hingga ke peringkat negeri selangor. Masuk pertandingan hafazan suka2 je tapi berkat sokongan dan galakan Ummi dari rumah boleh la sampai ke peringkat daerah. aku ingat lagi, masa ke peringkat daerah tu ustaz2 yang jadi juri semua khusyuk dengar aku baca. Agaknya confident tu naik dengan tiba2, sampai soalan surah terakhir tiba2 aku tersasul. pelik sebab tu surah yasin.. camne boleh sasul nih. Hilang la markah fasohah bacaan. habis pertandingan, tiba2 terjumpa ustaz yang jadi juri kat tempat makan. Ustaz tu kata, kamu baca dah Ok sangat. Beza markah pun 1 je dengan peserta pertama.ustaz tu pun macam tak puas hati..Bukan rezeki kot. Rupanya surah2 pilihan yang aku hafaz tym sekolah rendah dulu masih lekat. cuma kena mengulang sikit2 je.
Kat skolah ni juga aku mula berfikir, apa aku nak jadi sebenarnya bila besar nanti. Suatu hari jalan2 tym riadah waktu petang, sambil pandang langit.. cantik sungguh langit ye. terus terbuka hati utk mengambil bidang falak.




Habis SPM apply borang matrikulasi n UPU (pra universiti).. Memang dah target nak ambil falak syarie, tapi akhirnya hanya dapat panggilan ke martiks. Kebetulan masa tu kementerian block panggilan untuk dapat dua2 tawaran (upu n matriks), jadi mostly hanya akan terima satu panggilan sahaja. Nak tak nak kena masuk matriks. Bila tengok tawaran kursus fizikal bila daftar kat matriks, terus sedih. Hajat nak ambil aliran hayat (biologi). Allah lebih mengetahui, setelah beristikharah aku yakin dengan pilihan ini. Akhirnya meneruskan pengajian dengan mengambil jurusan fizikal.


Memang berbeza bila tengok budak2 hayat. Satu praktikum bilangan student lelaki diorang boleh dibilang. Tu pun mostly budak2 baik (skema). Nak banding dengan praktikum aku, hish memang jauh beza. nakal2 mereka nih. Kuat menyakat memang tiada bandingan. Di sinilah tarbiyah diperlukan. Alhamdulillah, ada yang follow up kat sana. Rupa2 nya ustaz n lecture kat situ ad yang ikhwah akhawat. Kat matriks ni juga aku belajar memimpin dan belajar berinteraksi dengan silang jantina. Maklumlah dulu aku ni seorang yang skema dan seorang yang tidak pandai berbincang dengan lelaki. Memori bersama sahabat2 menjalankan amanah sebagai jawatankuasa surau perdana takkan ku lupakan. Banyak belajar melaksanakan program juga di sini. Bayangkan sekiranya anda diamanahkan untuk menjadi ketua tanpa sebarang pengalaman. terima kasih sahabat2 semua, saya ingin sekali bertemu kamu namun dalam ruang jarak n masa terbatas hanya doa yang dapat dititipkan buat kalian. Biarlah doa itu menjadi penghubung kasih dan ukhuwah kita semua.


Sekali lagi diuji sebab dapat masuk UM. UM bkn pilihan pengajian ku yang pertama apatah lagi FIZIK. Nak sangat2 masuk ke UKM tapi tak tahu atas sebab apa. Yang pasti UM ni mesti banyak masalah sosial sebab kat tengah2 bandar. Pilihan pertama, sains dengan pendidikan. Siap dah pg interview nak jadi cikgu. Abah pula memang beriya2 nak anak sulung dia masuk UM, dia kata boleh la tolong tengok2kan. Rezeki ku memang di UM.. Bila berbual dengan kawan2 satu course, ramai juga kata sains fizik bkn pilihan pertama mereka. Malah ada yang gtau pilihan ke 8 dorang bubuh.. Rezeki kita kat sini, nak wat camne kan.. klu x kita takkan bertemu kan. Sebesar2 fakulti sains, jabatan fizik paling sikit bilangan student.

Tapi percayalah, kawan2ku yang amik fizik memang sangat menyenangkan. Sangat supportive. Kalau tak masakan kita boleh plan keluar ber picnic sama2 kan?? Physic night yang kita handle tu rasanya adalah yang terbest. Memang memori yang sukar dilupakan. untuk tidak menghampakan permintaan seorang sahabat, dia minta titipkan sedikit coretan tentang picnic kami.
..........................................................................................................................................................................

Tak sangka benda yang kita plan main2 akhirnya dpat dibuat juga.. walaupun kehdiran bukan 100% sekurang2 nya kita dapat menghabiskan masa untuk sesuatu yang berfaedah. yang besnya, budak2 lelaki setelkan tempat dan pengangkutan.. yang perempuan setelkan bab makanan. Malam sebelum bertolak, kami yang perempuan ni berpusu2 ke mid valley, cari bahan2 untuk bekalan sepanjang hari esok. dalam planning nak buat sambal kentang, masak bihun, masak nasi goreng dan buat sandwich. Paling lucu bila nak balik tak larat nak angkat barang. lastly memang minta tolong budak2 lelaki tolong ambil barang di mid. hihi, terima kasih farezwan n his viva. ktorang naik bas tak kisah, asal barang2 ni sampai kat rumah

bermula episod untuk 4 orang chef (sof, ily, tiah, linda). Kita masak satu malam non stop.. rasa cam wat katering pula. siap buat giliran tidur. Tiah tidur dulu, kena simpan energy. dalam kul 3 ily dah mula menguap.."sof aku tido dulu boleh?". "takpe2 korang tido la dulu". akhirnya tinggal aku sorang2 kat dapur. yang penting bihun siap di goreng, baru aku boleh tido. Kul 5 pg, aku kejut tiah. Terus tiah bangun, siapkan nasi goreng. Akhirnya aku sorang je tak tido satu malam tu. siap solat subuh, ktorang kemas barang2. yang penting makanan semua dah di bungkus masuk dalam beg picnic.

Bemula perjalanan seawal 7.30 pagi. tempat berkumpul semestinya kolej 5. 2 buah motor, 3 buah kereta bergerak setelah semuanya siap. Rupa2ya aku seorang je yang tahu jalan ke tempat picnic. yang naik motor dah jalan dulu sebab nak cop tempat. dorang memang expert tempat, aku pulak ingat2 lupa. Nasib baik sempat sampai akhirnya. yang kelakarnya konvoi 3 kereta tapi 2 je yang sampai.. hmm, tu la pandai2 nak ikut jalan sendiri.. last2 ktorang kna tggu korang.

One more thing yang patut aku tegur (utk lelaki), please do not wear short espeacially atas lutut. Belum sempat ditegur, dorang dah paham2 sendiri. I know actually all of u know about aurat but why dont u care about it? walaupun kedapatan mereka2 yang memakai short, bila aku pandang dorang akan tarik seluar biar tak keluar kepala lutut.


Masih terngiang2 dengan ajakan kawan2 ku "sof, ko kena pergi juga.. at least klu ko ada segan sikit nk buat yang bukan2..... ko boleh jaga kitorang". aku terharu bila korang postpone picnic kita sebab consider aku ada program n usrah. Thanx alot. Walaupun perangai semua kadang2 macam kanak2, tapi ada satu benda yang aku hormat dan suka pada korang. Masing2 ada rasa tanggung jawab dan tak mementingkan diri sendiri. Walaupun kita tak wat jadual jaga barang, tapi automatic korang akan naik jaga barang secara bergilir masa kita berpicnic hari tu. Alhamdulillah takde barang yang hilang.



Balik dengan penuh kepuasan. Cuma masalah timbul bila kita nak solat.. Tempat sangat kotor dan telekong pun tiada.. Masa ni lah kt diuji. Alhamdulillah, dengan sepasang telekong yang di bawa oleh nabilah, semua selesai menunaikan solat zohor. Cumanya kita tak dapat berjemaah sama2. Ingat lagi masa first time kita g picnic berlima (sof.ily.yam.fatin.nora)kat tempat yang sama, zohor tu kita sempat berjemaah. nice n sweet memory that i would not forget. Balik petang tu memang semua pun collapse terutamanya tukang2 masak yang mengorbankan masa tidur mereka selama 1 malam.

..........................................................................................................................................................................

Tak lama lagi kita semua nak exam. Gud luck semua, doa saya sentiasa mengiringi kalian semua. Memandangkan kita semua, satu batch akan extend jumpa lagi nex sem.. nex year dah nak start project kan? so bersedialah dengan projek2 yang bakal dilaksanakan. dengar2 syed, linda, fatin n noora nak ambil solid state.. fad, farezwan, ikhwan, rudy nak amik material. yam nak ambil plasma. yang paling penting, sof n ily insyaallah akan ambil astofizik.. (akhirnya tercapai sebahagian cita2ku). walaupun tak dapat ambil falak syarie, projek astrofzk sekurang2 boleh jadi tempat aku berkenalan dengan budak2 falak syarie secara tak lansung boleh tahu apa yang mereka belajar.. Semakin tak sabar untuk melihat bintang dengan teleskop pada waktu malam.

Yang paling penting sahabat seperjuangan (ikhwah akhawat) yang sentiasa menyokong. Jangan kita rasa lemah kerana bantuan dari Allah akan sentiasa ada. Cuma kadang2 Allah uji kita supaya kita tidak leka dan alpa. Mungkin sebagai satu muhasabah untuk kita juga. Antum semua memang bes dan sangat power. Study+program+usrah+dakwah+tarbiyah=rijal2 yang bakal menggegarkan dunia. Jadual kita yang memang tak sama macam orang lain. kita kena usaha keras sikit. masa2 yang ada itu lah perlu digunakan sebaik mungkin. bak kata imam hassan albanna "kewajipan lebih banyak dari waktu yang ada".

this is my last post for dis month. a month from now, no more blogging, no more facebooking n no more YMing. harapnya lebih kuat untuk melakukannya. InsyaAllah selepas exam blog ini menjanjikan suatu kelainan. SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SEMUA

No comments:

Post a Comment