Friday, November 19, 2010

Bes ke bercinta?? (final)

Salam aidil adha semua... moga pengorbanan yang dilakukan meletakkan kita bersama orang yg bertaqwa.. Let's continue to our story. Final episode, insyaAllah anda akan dapat pengajaran di akhir kisah.

Bermula perkenalan antara aminah dan ahmad dengan memberi salam, terpaut dek kecantikan pada mata. Akhirnya dari mata jatuh ke hati. Begitulah biasanya kisah cinta bermula. Kini Aminah dan ahmad sudah tidak seperti dahulu. kalau dulu, nak keluar dating sorok-sorok. Sekarang, sudah berani berdua-duaan hatta dalam kampus. Ahmad berasa agak bangga kerana berjaya memenangi cinta buta dari aminah. perkenalan lebih kurang tiga bulan, ahmad sudah berani membawa aminah membonceng bersamanya kesana ke mari. Tak perlu segan sebab semua orang dah tahu mereka ni bercinta.

Kini, mereka menuntut di tahun akhir. Ahmad membuat keputusan untuk menetap di luar kampus. Katanya untuk mencuba kehidupan di luar. Jarak perjalanan yang memisahkan antara ahmad dan aminah tidak memungknkan mereka sentiasa berjumpa. Dek ingin menghilangkan kesunyian pada waktu malam, keduanya rajin berchatting. Yahoo massangger menjadi nadi perhubungan utama selain sms dan juga calling.Maklumlah, boleh berwebcam, hilang rasa rindu nak menatap wajah masing-masing. Dan YM ini telah menjadi saksi atas dosa yang dilakukan. Aminah sudah berani berchatting bersma ahmad menggunakan YM tanpa memakai hijab. Semuanya atas dasar sayang dan permintaan dari ahmad. "Saya kan sayang awak, takkan nak tengok wajah dan rambut awak pun tak boleh?" ujar ahmad. Hmm, mungkin memang begini rutin orang bercinta. Atas dasar sayang, dosa pahala hampir tidak dikenali. Dilamun cinta pada saat ini mungkin tampak segalanya indah. Mereka juga sudah tidak segan silu bersentuhan apatah lagi berpegangan tangan. Aminah juga mula merasa bangga. Bangga memperoleh seorang teman lelaki yang menjadi kesukaan perempuan-perempuan lain.

Namun adakah ini pengakhiran mereka? Teman-teman rapat aminah sudah semakin jauh darinya. aminah sendiri yang membuat persahabatan mereka renggang gara-gara tidak dapat menerima teguran dari teman-temannya.. Mana mungkin taman akrabnya membiarkan dia hanyut apatah lagi tiba-tiba aminah terkantoi dengan temannya tatkala ahmad membonceng motor dibelakang aminah. "eh, sorylah.. Tadi aku belajar naik motor, tu yang ahmad duduk belakang. aku takut jatuh. ko pun tau kan aku tak pandai bawak motor", ujar aminah kepada rakannya untuk menutup kesalahannya. Mana mungkin temannya berdiam diri tatkala mengingati semula peristiwa tersebut. Ahmad yang membonceng dibelakang aminah cuba mengambil kesempatan memeluk aminah tanpa disedari. "tapi minah, matlamat tidak menghalalkan cara. ko ingat buat macamtu baru boleh belajar ke? kan ramai kawan-kawan kita yang pandai bawak motor, kenapa tak mintak diorang tolong ajarkan?", ujar teman baiknya. Dan inilah punca keretakkan perhubungan aminah dan teman-teman rapatnya.

Kini hampir setiap minggu aminah dan ahmad keluar. Kadang-kadang pergi memancing ikan. Sekali sekala pergi ke pantai dan air terjun. Nak hilang tension katanya. Paling kurang pun mereka keluar makan. sekali sekala tengok wayang. Namun, apakah kesudahan kisah mereka? mereka bukan suami isteri yang pasti ada kesudahan yang baik. sedangkan orang bertunang pun boleh putus, apatah lagi pasangan bercinta yang tidak ada apa-apa hubungan.

Dan ingatlah pada janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Aku tahu, ramai kat luar sana yang tersepit dengan kisah-kisah begini dan paling sedih, ramai yang tumbang dengan perasaan cinta masing-masing. Bagi mereka yang bercinta, memang bes la kan bercinta tu. ada yang akan care pada kita, yang tanya kita dah makan ke belum. Tapi ingatlah, couple ini tidak akan membawa kepada keredaan Allah dan sekiranya Allah tidak reda kepada kita sudah tentu tiada keberkatan dalam kehidupan kita. Sebab tu lah sekarang ni ramai yang bercerai berai. couple 4-5 tahun, kemudian kahwin. tapi bila berkahwin tiada kemanisan yang tinggal sebab semuanya dah digunakan ketika bercinta dahulu. dan yang utamanya, Allah tarik keberkatan dalam hidup sebab DIA tak reda dengan perbuatan kita.

Apa yang perlu kita buat?
Islam ajar kalau nak menghalalkan perhubungan adalah melalui perkahwinan. Kalau dah kahwin, nak naik motor sekali pun takde hal punya. Nak keluar tiap-tiap minggu pun bagus untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. Ni tak, masa couple bagai nak rak. dah kahwin kalau boleh nak jalan sebatu dari isteri dengan anak. Kenapa orang selalu fikir masa belajar tak boleh kahwin sebab tiada sumber ekonomi yang kukuh tapi kalau bercinta dan keluar setiap minggu, banyak pulak duitnya... hmm, fikir-fikirkanlah, sebenarnya tiada masalah pun kalau nak kahwin masa belajar tapi memang kena bijak merancang segala-galanya.. Jangan fikir tunggu ada duit banyak, boleh buat majlis besar-besaran baru nak kahwin. kejarlah keredaan Allah, agar kita beroleh keberkatan dalam kehidupan.

Kalau betul-betul minat pada seseorang, berdoalah pada Allah agar dipermudahkan urusan, berbincanglah dengan ibu ayah. Yakin kan pada mereka bahawa anda mampu untuk bercouple dengan cara yang halal. bertunang jangan lama-lama kerana pasti akan ada halangan yang mendatang dan sudah pasti bertunang bukan tiket untuk melakukan maksiat tetapi ia adalah proses berkenal dengan pasangan yang bakal menjadi teman hidup. Terimalah kekurangan yang ada pada teman hidup itu kerana manusia tidak semuanya sempurna.. Akhir sekali, jangan mencuba untuk merasai kemanisan couple yang tidak halal kerana kelak anda akan merana apabila clash dan akan cuba untuk mencari pengganti. Sudah pasti anda tidak segan melakukan perkara yang dilakukan oleh aminah dan ahmad malah lebih  lagi kerana pengalaman bercinta sebelum ini telah menenggelamkan diri dalam dosa..

Mohon keampuanan Allah, moga coretan ini menjadi peringatan terbaik untuk diri ini. Maaf buat pembaca-pembaca yang terasa dan ingatlah keredaan Allah yang bakal menjadikan kehidupan kita bahagia walaupun tak kaya harta..
wallahu'alam

klang
17/11/2010
7:11pm

No comments:

Post a Comment