Huh, x sangka post ini diminati ramai...
genap seminggu, jom kita sambung cerita ini.. Lafaz pertama dimulakan dengan bismillah. Moga coretan ini menjadi iktibar buat semua.
Aminah kini menuntut di tahun tiga.Baginya sudah cukup besar dan matang untuk membuat keputusan. Apatah lagi kini sudah melangkah ke tahun akhir.. Datang sang syaitan membisikkan bisikan kesesatan di hatinya "ala, apa salahnya nak couple. Sekarang ni dah masuk tahun akhir. Bila lagi nak cari calon suami. Takkan nak cari yang picisan tengah jalan. Koman-koman pun ada degree, baru setaraf. Tengok la kawan2 semua, masing2 dah ada....". Hari demi hari, keinginan Minah untuk bercouple semakin kuat. Kalau dulu kawan di sekeliling banyak bagi nasihat, sekarang si Minah nilah yang menjadi penasihat dan doktor cinta buat sahabat2nya. Manakan tidak, dia memang ada kelebihan bercakap dan menenangkan hati yang berkecamuk terutamanya kalau bab bercinta ni. Maklumlah, dikelilingi dengan mereka yang bercouple, sudah cukup masak dengan perangai si kawan yang bercouple, tahu kelemahan dan kekuatan mereka.
Memandangkan aminah ni dah jadi senior dan masih menetap di kolej kediaman, hampir semua orang mengenali dia. Cukup bertahun-tahun mengaktifkan diri dengan aktiviti2 kolej, hampir kesemua warga kolej pernah bekerja bersamanya. Dengan sikap ramahnya yang pendai mengambil hati orang, semua orang suka berkawan dengan Minah. Yang meng"usha" pun boleh tahan ramainya. Cuma sejak akhir2 ni Minah ada habit baru. Hampir setiap malam berkunjung ke gerai makan yang terdapat di perkarangan kolej atas ajakan kawan-kawannya. Katanya tak mahu hubungan bersama adik2 dan kawan2 lain terputus selepas habis mengendalikan projek-projek kolej. "karang orang kata jual mahal, berlagak.. nanti ko tengoklah, takde yang nak kawan dengan ko baru tahu", ujar teman rapatnya. mahu tak mahu, layan sajalah.
Kisah bermula.. Saat berkenalan dengan Ahmad, dirasakan ada auranya yang tersendiri. Ahmad pun x kurang hebat perangai sama macam si Aminah ni. Baginya tiada istilah couple dalam kamus hidupnya. Cuma yang ada kawan-kawan yang supportive dan sentiasa membantunya di saat2 susah. Terdetik di hati Aminah "hmm, hebat jugak si Amat ni. Nak kata handsome, ntahla... klu aku kata handsome, orang lain tak tahulah. Tapi agak ada rupa la. Pakej terbaikk.". Yela sangat, perasaan sendiri je. tembok yang menjaga hati yang terbina mulai goyah. kayu-kayunya sudah reput barangkali akibat lama tidak menghadiri kuliah2 umum. kawan2 yang sering mengingatkannya sedia kala sudah mulai hanyut seorang demi seorang Ujian tuhan datang menduga. dari kawan2 biasa, aminah mulai rapat dengan ahmad. Menguruskan projek kolej yang terbaru memungkinkan mereka menjadi rapat. Kalau orang tanya siapa ahmad, pantas dia melontarkan kata-kata bahawa ahmad tu pengarah projek, saya setiausahanya.
Berapa lama sangat boleh tahan? sedangkan iman manusia ada turun naiknya. Pada mulut teman tapi mesra, pengarah dengan setiausahanya... tapi, dalam hati memang dah jatuh cinta pada si ahmad. Bulan berganti bulan, akhirnya kedua2 men'declare'kan diri sebagai couple. Menghambakan diri kepada sang cinta bukannya sukar. Untuk tidak menonjolkan bahawa mereka ni adalah couple, perancangan rapi diatur. Pertemuan empat mata hanya akan berlaku di luar kawasan kolej dan universiti. Jadi masing-masing bebas berkawan dengan sesiapa di dalam kolej. Mula-mula couple, memang banyak ujiannya. kalau nak keluar dating, aminah akan ke fakulti, menunggu kapcai buah hatinya datang menjemput. takut2 kantoi dengan junior2 kat kolej tu yang sanggup berjalan ke fakulti. hmm, sekarang dah pandai membonceng belakang orang yang bukan mahram. Mana perginya adab dan akhlak semasa sekolah dulu?. "ala, naik moto je pun, bukannya bersentuh kulit.. ktorang bukan macam couple biasa", ujarnya bila terserempak dengan sahabat lamanya.
ok lah, kita sambung penutup cerita beberapa hari lagi ye... need time to study, inshaAllah by wekend dis week kita akan saksikan kesudahannya
port klang,
15/11/2010
10.02am
No comments:
Post a Comment