Alhamdulillah wa tsummalhamdulillah.. sudah selamat menempuh final exam untuk semester ini.. Indahnya ukhuwwah, walaupun baru beberapa hari meninggalkan iman villa, aku sudah mula merindui sahabat2 housemateku. jarak yang jauh itu membawa mereka dekat dengan hatiku. kutitip untaian doa buat kalian dan mungkin inilah pertemuan dan perpisahan kerana Allah. Warga iman villa merangkan my usrahmate, lets have a rehlah after semester break. jom kita prepare leklok ye.
After exam haritu berpeluang pergi mukhayyam bersama Wanita IKRAM PJ, huh kental makcik2 ni.walaupun umur jauh bebeza dengan aku, semangat bermukhayyam macam orang muda. Dpatlah berta'aruf dengan makcik2 ni lebih dekat dan yang paling bes berkongsi dengan pengalaman dakwah mereka.
Berkumpul di masjid uiapj dengan pembahagian kumpulan sebelum bergerak ke Janda Baik merupakan permulaan yang baik. i'm da youngest participant in my group dan pada mulanya agak kekok nak berbual. Usai bertolak dari masjid uiapj, kami bergerak masuk ke highway berdasarkan peta dan tugasan yang telah dibekalkan. Dek tertalu asyik berbual dan berta'aruf, akhirnya sampai ke gombak melalui lebuhraya DUKE. ouch, dah tersasar dari laluan sepatutnya. Jadi pusing balik ke batu caves memandangkan ada tugasan untuk tresure hunt yang sudah terlepas.. akhirnya kami jadi group yang terakhir sampai ke janda baik. Tak kisah awal atau akhir sebab yang penting puas dengan perjalanan kami.
Rasanya tiap2 tahun balik kampung di kelantan melalui jalan yang sama tapi tak pernah singgah di janda baik. Akhirnya jejak juga di janda baik. yang besnya tempat tu subhanallah, sungguh2 cantik. jauh dari hiruk pikuk bandar yang sibuk. bunyi cengkerik dan burung2 bersahutan memuji Allah. Antara aktiviti yang paling menarik ketika mukhayyam ialah junggle trekking. Suka dengan semangat makcik2 ni mendaki bukit. Ada yang bawa anak kecil naik atas, ada yang dah berumur tapi semangat memang tak boleh lawan. Sampai tempat air terjun ibarat disuntik tenaga. sangat2 seronok dan gembira dan pengalamannya sudah tentu berbeza dengan mukhayyam bersama pelajar ipt..
On da way turun dari atas, dua kali aku tergelincir. Alhamdulillah, masih selamat dan tiada kecederaan. Teringat masa lepas bermain air terjun, on da way nak turun kebawah,ada seorang akhawat tergelincir di tepi tebing.. Mujur Allah masih memberi peluang, tidak tergolek ke bawah dan mujurnya Allah takdirkan ketika itu akahwat lain yang dokongkan anaknya.
Sepanjang disana, ada tiga slot yang berbentuk pengisian. Pertama dari Makcik Hajar berkaitan kalimah "la ilah illallah", tuntutan terhadap mereka yang membuat penyaksiaan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkongsian dari pengalaman beliau, rata2 pelajar yang menuntut di sekolah tidak mampu bersyahadah. hmm,berat tanggungjawab daie nih. Apa tuntutannya ye? antranya ialah memohon dan berharap hanya pada Allah. Wahai pembaca sekalian, akan datangnya suatu waktu yang kita akan diuji. dan waktu itu kita boleh lihat sama ada betulkah kita ini benar2 bergantung kepada Allah atau menyalahkan taqdir yang Allah tetapkan kepada kita. muhasabah balik.
Slot kedua berkaitan dakwah dan tarbiyyah disampaikan oleh anak makcik Aziah (maaf, x ingat nama apa). Apa yang menarik ialah dakwah dan tarbiyyah ibarat business process. ada input dan ada output. dalam input menuju ke output ada beberapa proses. Kenapa dakwah dan tarbiyah perlu seiring? semua ini berbalik kepadaproses input dan output.. Namun dakwah ibarat air yang mengalir, tarbiyah ibarat punca air yang mengalir.. kalau tiada sumber air, masakan boleh mengalir. Kalau air tak mengalir, mesti akhirnya akan berubah sifat menjadi payau, tercemar, rosak dan akhirnya tidak boleh digunakan. Mahukah kita menjadi air yang rosak itu?
Slot ketiga disampaikan oleh kak fauziah tapi ana lupa tajuk apa. hehe, yang penting input yang nak disampaikan. ada satu part betul2 buat ana tersedak. Apakah kita melakukan sesuatu perkara betul2 kerana untuk mendapat keredaan Allah? atau sekadar tuntutan sebab orang lain buat, atau atas arahan jamaah? benda ini memang bergantung kepada individu tetapi niat harus diperbetulkan supaya segala yang kita lakukan kerana ingin mendapatkn reda Allah semata2. slot ketiga ni berlansung selepas membaca ma'thurat, betul2 lepas subuh. dari gelap sehingga matahari terbit, dari irama cengkerik bersahutan hingga bunyi unggas bergantian, dari bintang yang bertaburan hingga menjelma awan dek kecerahan mentari, semuanya milik Allah.. Sangat indah.
kuimpikan mukhayyam bersama makcik2 ni lagi agar bisa mengutip mutiara2 sebagai bekalan dan panduan menyelusuri jalan dakwah. Dua perkara yang nabi tinggalkan, jika kita ikut tidak akan sesat selamanya ialah Al-quran dan assunnah. Terima kasih buat kak mazilah yang menjadi pemanduku ke puncak janda baik dan makcik chom bersama anaknya yang sudi menghantar kami ke teratak iman villa. Tamat sudah kisah mukhayyam yang menjadi hadiah berharga selepas stress jawab periksa (stress ke?).
Banyak lagi tanggungjawab menanti. MKS, PKN, SKIPJ, membantu adik2 menguruskan pendaftaran kelab, all those thing i must settle up before going to langkawi. Moga Allah membantu..
To my lab project partner, let prepared before going to langkawi. Banyak yang kita kena prepare kalau tak nak kena perli. Any way, i need to finish up reading the thesis by last year student project (rasa dah habis baca tapi stil x lekat dalam kepala lagi), doing the research about pleiades cluster and "Be" star, repairing my introduction.. argh, banyak nye..
Apapun, cuti ni memang macam tak cuti. So takde istilah membuang masa dengan benda2 tak berfaedah utk cuti sem kali ni.. But i need and i hope i can visit my grandmother at kelantan before starting the new semester but can i? regarding to my planning, i dont have time. owh, ya Allah permudahkan urusan hambamu.
jaga diri, jaga iman, jaga hati dengan tingkatkan tarbiyyah dzatiyah. azam tahun baru, insyaAllah.
p/s: kak sarah, i need gambar2 yang akak tangkap kat janda baik esp kat waterfall tuh..
portklang
14/12/2010
11:59 am
1. Nama anak mak cik Aziah AAI (Abdul Azim Ismail)
ReplyDelete2. Tajuk tazkirah subuh tu, pengertian seorang muslim by Kak Yah (Fauziah Baharudin).
3. ok gambar nanti akak emel kan.
brr.sejuk nya air sungai.
ReplyDelete