Huh, terasa gatal tangan nak menulis.... Nak study tapi tak masuk... Apa lagi, blog walking + update blog la jawabnya...
Sayu rasa sebab waktu berjalan begitu laju.. tak sangka dah melangkah ke satu tahun yang baru. Of course umur semakin bertambah, waktu hidup semakin berkurang.. Alhamdulillah, sempat meraikan kedatangan awal muharam. Azam berkobar juga nih.. Azam saya yang belum mampu terlaksana, saya mahu menjadi penghafaz al-quran... Sempatkah nak habiskan 30 juzuk before cecah umur 25 tahun?
Saya cemburu tengok adik kat rumah yang umur jauh lebih muda tapi dah habis 30 juzuk. Semua dalam kepala.. Ambil quran, baca sebelah dia.. Kalau ada kesalahan pasti ditegur. Bila la saya mampu jadi macam dia? InsyaAllah one day akan ikut jejak langkah dia.. Apa kelebihan orang yg hafaz quran ni yer?? of course banyak kelebihannya. Tapi sesungguhnya bukan senang nak menjaga ayat2 yang telah dihafaz kalau tak konsisten.. Kalau hati gelap dan banyak buat maksiat pun ayat quran susah nak lekat. tu sebab kadang2 bila banyak sangat buat benda2 lagha, even nak baca alquran pun rasa susah dan malas..
Sedih juga tengok realiti umat sekarang. Dah berumur baru belajar nak membaca al-quran. Mujur Allah bagi peluang nak mendalami alquran kan.. Kalau mati sebelum tua takde peluang nak belajar alquran.. Kesilapan siapa sebenarnya, adakah ibubapa, keluarga, masyarakat atau diri sendiri? Ok, kita jangan salahkan siapa2 pun.. Kita tengok diri kita dulu, adakah kita berusaha untuk mendalami al-quran? Segala2nya bermula dari diri kita. Apa yang lepas biarkan lepas. Moga tahun baru ini membawa satu titik tolak perubahan kepada diri kita..
Bagi mereka yang teringin atau baru nak belajar membaca alquran, bergurulah dengan mereka yang layak.. Kalau rasa malu sangat nak berguru, mungkin boleh dengar bacaan alquran mereka yang dah expert sambil pegang alquran.. Tak pun boleh search kat you tube, ada banyak bacaan alquraan imam2 terkenal yang sedap..
Macam dengar lagu, kalau kita dengar hari2 mesti boleh hafal. Apa salahnya satu minggu setiap hari kita dengar bacaan satu surah, bila dah hafal boleh tukar surah lain. Tu satu cara cepat nak menghafal quran..
Ok lah, nak bagi hadiah untuk pembaca.. Klik sini... Selamat ber'amal
Pantai Permai PD
1 Muharam 1432H
7/12/2010
12:58 am
No comments:
Post a Comment