manusia memang banyak jenis.. ada yang banyak ilmu dan pengetahuan tapi tak nak guna.. ada yang berusaha utuk mendapatkan ilmu untuk digunakan dn ada yang dah tahu tak banyak ilmu tapi taknak cari.. agak2 kita ni di golongan yang mana? Sungguh, aku bukannya pandai. Banyak lagi yang perlu aku pelajari.. teringat kata2 seorang sahabat semasa di matriks dulu "kita n sebenarnya lemah tapi Allah kuatkan kita utk berhadapan dengan manusia.. ni kena banyak minta pada Allah supaya mampu untuk berhdapan dengan manusia"... Kata2 sahabat lain pula "pemimpin yang ego adalah pemimpin yang tidak mahu mendengar pendapat dn nsihat orang di bawah pimpinannya".. eventhough kita adalah seorang daie, penyambung mata rantai untuk meneruskan agama Allah kita kena sentiasa menjaga hati. Hati manusia ni sentiasa berbolak balik. Kalau Allah terbalikkan 180 darjah automatik akan bertukar sifat.. mudh2an sentiasa berada dalam iman yang menaik..
Sabda Rasulullah: aku tinggalkan dua perkara. jika kamu berpegang padanya,tidak akan sesat selamanya... itulah Al-quran dan Hadis.. Apa2 pun kembali lah kita kepada al-quran dan hadis..
apa hak kita untuk menyatakan kita ni beriman tetpi belum diuji..apa hak kita untuk mengatakan kita ni berkerja keras untuk membawa islam tetapi tidak ikhlas. apa hak kita untuk bersuka ria di bumi Allah sedangkan kita tahu yang hak dan batil itu masih bercampur baur. apa hak kita untuk menyatakan kita sudah penat, asyik2 kita yang kena kerja sedangkan apa yang kita buat itu tidak bersungguh. mana mungkin mendatangkan hasil yang baik.. dan mana mungkin kita berehat untuk kesenangan diri sedangkan umat manusia masih dalam kegelapan..
belajarlah dari sejarah agar sejarah kegelapan tidak berulang kembali..
aku tujukan post ini khusus buat diriku utk dikongsi bersama semua.
port klang
22/12/2010
11:00 am
subhanallah! insyaallah kita masih kuat ats jalan ni~
ReplyDelete