Hampir 4 malam membuat cerapan di langkawi, masih belum membuahkan hasil.. dua malam pertama, kegagalan alat untuk berfungsi dengan baik mengganggu cerapan. apalah nasib guna spektrograf di sini, baik lagi alat di UM... takpe2.. sabar itu separuh daripada iman.
malam ketiga penuh kontroversi.. bila bincang balik dengan prof, ktorang pun decide nak tukar frame utk panjang gelombang yang nak digunakan.. di tambah lagi ada insan yang telah mencampur adukkan calibration lamp, satu malam tu buat kerja yang agak merugikan.. gara2 kesalahan orang lain, kami tak dapat buat cerapan sebab nak kenal pasti jenis calibration lamp yang bertukar label.. rugi2. lain kali, buat kerja kena sistematik sikit supaya tak menyusahkan orang lain..
malam ni malam keempat.. petang tadi hujan, agak lebat juga.. berbunga2 hati kami nak buat cerapan sebab bila hujan, biasanya langit akan cerah sebelah malamnya.. tunggu punya tunggu tak cerah2 juga.. opss, cerah tu maksudnya tak banyak awan kat langit.. hajat nak mula alihkan teleskop ke bintang pada pukul satu pagi tiba2 gerimis pula.. memang tak dapat nak buat cerapan la gamaknya walaupun semuanya dah siap.. hari ini paling awal masuk balai cerap, sebelum asar lagi sebab nak buat persediaan.. maklumlah sebelum ni tergendala akibat kegagalan alat..tapi ada hikmah disebaliknya sebab malam ni boleh balik tidur awal..
bayangkan, sejak datang ke langkawi ni jadi macam burung hantu.. lepas subuh baru boleh tidur sebab biasanya pkul 4.30 pagi baru selesai..kemas alatan+berbincang utk tindakan esok, alih2 kul 5 baru sampai bilik. alang2 tu tunggu subuh terus la.. lepas subuh memang tak boleh nak gerak dah...
ok la.. kita sambung cerita kat langkawi ni nanti.. post akan datang disertakan sekali dengan gambar2 yang bakal mencemburukan anda semua
Langkawi
29/12/2010
1:17 am
cis2! nk cemburukan kami dgn gmbr2 ye. choc jgn lupe :P
ReplyDeletehehhe.
neway,kiteorg jumpa maher zain taw :P
dah tu nape tak guna um punya je....
ReplyDeleteorang lain tak penah guna spektrograf kat LNO ni...student UM je yg guna. Kalau rosak ke, tertukar label ke....tu korang punya keje la...
ReplyDeletebersyukur la pada apa yang ada...kemudahan telah disediakan...kenapa nak komplen dan tuduh org lain tak buat kerja??? tuduhan yg tidak betul tu adalah FITNAH....jadi?????? tepuk dada tanya iman...
ReplyDeleteanonymos nieh....pamerkanlah nama anda sebenar..
ReplyDeletetp mcm kenal.
to anonymous, harap maaf jika post ini mengguris hati mana2 pihak.. ini sekadar luahan hati semasa buat observation dkt LNO. post ini sebenarnya tak menggambarkan keadaan LNO sepenuhnya, ianya hanya PANDANGAN peribadi penulis. insyaAllah staf2 ANGKASA kat sana semua baik2 dan bertanggungjawab. kebetulan insiden ni jadi masa kami yang buat observation. apapun tempat dia antara yang terbaik kat malaysia.
ReplyDeletekalau nak luahkan rasa tak puas hati, luahkanlah melalui saluran yang betul supaya ia boleh diperbaiki, bukan dgn cara yang boleh merosakkan reputasi orang lain. Jgn jadi talam 2 muka.
ReplyDelete