Thursday, February 3, 2011

Dunia Masa KINI

alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberi ruang dan kesempatan menulis.. Hampir sebulan tidak menulis gara2 dihambat tugasan yang makin menimbun.. cuba untuk diselesaikn satu persatu..
kita skip dulu sambungan post yang lepas utk memberi laluan dengan cerita baru yang lebih hangat..


Rasanya semua sedia maklum dengan keadaan politik semasa di Mesir. Tunjuk perasaan besar-besaran diadakan oleh rakyat untuk menuntut presiden mesir, hosni mubarak meletak jawatan. Keberanian rakyat mengadakan tunjuk perasaan ini pun hadir setelah melihat rakyat di Turnisia berjaya menumbangkan presiden mereka, Presiden Zine al Abidin Ben Ali yang dikatakan memerintah secara tidak adil.. Banyak negara di bahagian asia barat turut mengikut jejak langkah rakyat turnisia termasuklah yaman dan jordan.. yaman adalah negara kedua yang berjaya menundukkan pemimpin mereka yang tidak mampu membawa perubahan dalam pimpinannya melalui demostrasi..


Demonstrasi ibarat satu fenomena yang melanda negara2 arab masa kini. mana tidaknya, setiap kali pilihanraya masih dimonopoli oleh pemimpin2 yang sama. berpuluh tahun telah memimpin namun taraf kemiskinan menjadi semakin rendah. kadar penduduk yang miskin bertambah-tambah hingga graduan yang menjadi penganggur bersepah di tepi jalan. korupsi berleluasa, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah papa hingga ada yang sanggup membunuh diri (nauzubillah). Dan inilah realiti yang pastinya membuka mata banyak pihak.Seharusnya kita sama2 mengambil iktibar agar perkara ini tidak berlaku di negara kita.. kerajaan juga harus sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa yang sangat besar. Jangan cari pasal dengan rakyat kerana sekali rakyat sedar dan bangun menuntut keadilan dengan berdemonstrasi, akan lumpuhlah ekonomi negara seperti yang berlaku di mesir. Moga rentetan peristiwa yang berlaku di turnisia, mesir, jordan dan yaman menyedarkan semua yang masih leka dan alpa dibuai dengan kesenangan dan keseronokkan terhadap rakyat yang tertindas..


Satu perkara yang kita duk asyik bimbang ialah keselamatan warga malaysia di sana. Mana taknya mungkin ada kenalan rapat atau saudara mara yang berada di sana. Saya tak nafikan, peristiwa ini membuatkan kami sekeluarga di rumah menanti perkembangan2 terbaru mengenai situasi di sana. setiap kali berita akan tercongok depan kaca tv dek bimbang akan keselamatan adik dan ingin tahu apa tindakan kerajaan malaysia terhadap isu ini.. Kalau nak dibilang memang berpuluh2 orang kenalan dan ahli keluarga yang  sedang menuntut disana sama ada dalam jurusan perubatan dan agama yang telah terputus hubungan.


tiba2 hari ini ramai pulak yang menelefon bertanya kepda situasi adik yang sedang menuntut di sana.. nak explen pun sikit2 je lah sebab info yang dapat daripada dia pun tak seberapa.. Bertuah badan mereka yang berada di sana dapat kutip pengalaman berhdapan dengan situasi genting ini.. kerajaan juga telah mengambil langkah utk memindahkan warga malaysia yang berada dimesir ke jeddah sebelum dihantar pulang ke malaysia.. sebenarnya ada baik dan buruknya perpindahan ini. baiknya, keselamatan warga malaysia masih dipandang oleh kerajaan.. kos perjalanan utk memindahkan dan membawa balik warga malaysia dari sana maunya berjuta2.. lbih baik digunakan untuk misi ini daripada duk buat kelab malam (rancangan transformasi ekonomi-ETP) kat malaysia. dan semestinya ini khabar gembira buat yang dah lama tak balik malaysia, tak payah bazir duit utk beli tiket flight.. yang buruknya terutama buat pelajar2 yg tak habis belajar lagi, konflik ini bakal mengganggu jadual pembelajaran mereka di sana. yang dah tahun akhir, alamat tak merasalah nak tamat pengajian tahun ini. dan yang perlu difikirkan, mana nak cari duit beli tiket kapal terbang yang beribu2 ringgit utk balik ke sana bila dah tamat konflik sebab yang ini takkan ditaja melainkan yang memang dapat tajaan..


kenyataan akhbar menteri pengajian tinggi : Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana.  


  • Cairo University - 3 bulan
  • Universiti Al-Azhar - 1 tahun
  • Ain Shams University - 6 bulan.
kesian la kat adik2 yang menuntut kat azhar.. tahun depan baru dapat sambung belajar dan salah seorang itu adalah adik saya.

Apapun banyak ibrah (pgjaran) yang boleh diambil dari peristiwa ini. Ini adalah salah satu dari tanda  bahawa dunia berada dipenghujung zaman. bayak perkara yang batil sedang berleluasa di bumi ini dan satu persatu kebenaran mulai melenyapkan yang batil. ingatlah janji Allah pasti benar. Sedarlah wahai diri, kita masih diberi kelapangan dan peluang untuk beramal. jangan sia2kan masa yang ada kerana mungkin esok kita pula diuji seperti mereka. Bumi kinanah ini (mesir) akan sentiasa subur dengan jiwa2 yang dahagakan kebenaran dan berusaha melenyapkan kebatilan. Jika kita lari dari menegakkan kebenaran, Allah akan gantikan kita dengan orang yang lebih layak.. Sama2 kita doakan moga lahir para syuhada untuk pertahankan bumi anbiya' dan kita adalah salah seorang daripada mereka.. Lupakanlah segala sogokan hiburan yang dihidangkan kepada kita, bukalah sejarah lalu agar kegemilangan sistem khilafah yang menyatukan semua negara islam bakal tertegak INSYAALLAH..

2:11 am
3/2/2011
Port Klang


Tambahan: kemungkinan uni alazhar akan dibuka 12 feb ini,dan kelas akan berjalan mcm biasa...makluman cuti setahun nie x dpt dipastikan...ini kenyataan dr syeikh al azhar sendiri.. maklumat yang diperolehi mungkin tak berapa tepat - from my brother

1 comment:

  1. sikit masa lagi, akan muncul tentera panji2 hitam dari timur(khurasan) menuju ke Syam.

    semakin hampir..

    ReplyDelete