apa perasaan anda sekiranya orang kata anda talam dua muka?
apa perasaan anda sekiranya ada pihak sengaja melaga2 kan anda?
apa perasaan anda sekiranya berhadapan dengan orang yang suka provok dengan cara menjatuhkan semangat anda?
apa perasaan anda kalau orang mengambil kesempatan atas kebaikkan anda?
apa perasaan anda kalau orang buat jahat dengan anda?
apa perasaan anda jika orang sekeliling tidak menunaikan solat?
apa perasaan anda melihat orang tua melintas jalan?
apa perasaan anda jika anda sendiri membuat perkara2 di atas?
kita selalu duk sibuk dengan perasaan kita hingga kadang2 tak hormat perasaan orang lain.. Manusia memang tidak akan sempurna.. Tak perlula asyik mencari kesalahan orang hingga tak nampak kesalahan diri sendiri. Bersikap terbuka dalam menerima kritikan orang supaya kita boleh memperbaiki diri..dan ingatlah orang yang tak mampu menerima kritikan orang lain adalah orang yang ego. dan golongan inilah yang sukar untuk memperbaiki diri.. ada orang akan kritik melalui kata2, ada yang akan kritik melalui orang lain, ada yang melalui penulisan.. terima sahaja kritikan orang lain, cuba perbaiki utk jadi yang terbaik... dan saya sendiri tidak pernah terlepas dari melakukan perkara2 ini.. moga Allah ampunkan kita semua
Pantai Permai
19/2/2011
1.50 a.m
apa perasaan anda apabila membaca post ini? hehe..sensitiviti+berlapangdada+redha qadarnya..
ReplyDelete