Sebelum start buat assignment elementary particle, nak mencoret sikit dalam blog ni.. rasa dah lama tak menulis sesuatu yang bersifat ilmiah atau dari buku2 fikrah..Perlukah semua itu?? Semestinya perlu sebab ilmu seperti inilah yang menentukan cara hidup kita..
Jom kita kupas buku Pengurusan Masa Menurut Islam karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi.. Kesemuanya ada 6 Bab tapi baru baca hingga bab 3 itu pun tak habis lagi..Coretan ini sekadar perkongsian utk semua, jom kita enjoy dengan kupasan yang menarik nih..
Bab 1- Perhatian al-Quran dan as-Sunnah terhadap masa
Pendahuluan
-tujuan Allah membezakan antara siang dan malam supaya manusia dapat membahagikan masa yang banyak itu untuk beramal.. Bukti betapa pentingnya masa dapat dilihat dengan lafaz sumpah pada awal ayat dalam beberapa surah antaranya surah al-lail, al-fajr, ad-dhuha, al-'asr.
Syiar-syiar islam dan adab-adabnya meyakinkan nilai masa
-ketika fajar mula terbit terdengar seruan yang menggerakkan manusia yang leka dibuai mimpi untuk bangun menunaikan solat subuh.. solat itu membawa kita menuju kepada kejayaan. Manusia diminta supaya tidak tamak mengejar harta dunia dan ketika itulah diwajibkan untuk menunaikan solat zohor. Begitu juga waktu asar, maghrib dan isyak..Tidak ketinggalan juga solat2 sunat yang lain seperti solat dhuha, rawatib dan nawafil termasuklah solat di penghujung malam.
-sebahagian ulama' menamakan:
Solat fardhu 5 kali sehari = neraca harian
Solat Jumaat = neraca mingguan
Puasa = neraca tahunan
Haji = neraca seumur hidup
Bab 2 - masa & sifat2nya
1)Pantas peredaran
2)Masa yang telah berlalu tidak akan kembali semula
3)Sangat bernilai, tidak boleh dimiliki manusia.
-penyesalan manusia dengan dua keadaan:
*Saat penantian-Ruh dicabut malaikat daripada jasad
*Di Akhirat-tempat pembalasan atas segala amalan yang telah dilakukan baik amal soleh atau kejahatan
Bab 3- Kewajipan seorang muslim terhadap masa
*masa diisi dengan perkara2 berfaedah
*mengisi masa lapang
*melakukan amal kebajikan
ok sampai sini dulu... tak habis baca lagi buku ini..
kita jumpa lagi.
15/4/2011
9.55 pm
Iman Villa
No comments:
Post a Comment