Wednesday, April 6, 2011

stress. STRESS.stress. Pressure.TENSION

waktu sempit2 macam ni sempat lagi nak mnulis dalam blog.. apa2 la kan, mungkin penulisan ini menjadi muhasabah terbaik buat diri ini... Saya rasa sangat stress. STRESS.stress. Pressure.TENSION.. assignment,tutorial,presentation,tesis,viva,test kenapa semuanya harus datang di minggu-minggu akhir ini.. dan perkara2 ini juga yang menyebabkan emosi saya kurang stabil. mudah menjadi moody dan bersendiri agar tidak memberi kesan kepada mereka yang tidak sepatutnya...

itu cerita dulu..

namun kini lihatlah kepada penawarnya. Allah uji kita maknanya kita DIA dekat dengan kita.. Kita lemah di sisiNYA namun Allah kuatkan kita apabila berhadapan dengan manusia. dengan ujian2 ini juga kita boleh nilai diri kita sendiri, sudah di tahap mana kah kita? fikir secara positif untuk mendapat kesan yang positif..
Rawat hati agar kita labih dekat denganNYA. ujian2 ini mampu mengubah kita menjadi lebih baik sekiranya kita golongan yang mengambil pengajaran dari peristiwa2 lepas. perbanyakkanlah amalan mudah2 an kita tergolong bersama orang2 yang sabar. sekecil2 benda yang paling senang ialah berzikir dan selawat. sambil2 menunggu bas, sambil2 berjalan menuju kelas, sambil2 memandu kereta mudahnya lidah kita untuk menuturkan zikir brbalik sama ada kita nak atau tidak.. mungkin lebih sedikit bila kita sudah mampu untuk bangun malam.. bangun malam untuk mengadu dan merintih dengan pencipta kita bukan sekadar menarik selimut dan meneruskan dengan mimpi2 mainan.. Puasa pun boleh jadi satu method terbaik untuk memperbaiki diri. puasa mampu mendidik nafsu. semua ini berbalik kepada diri sendiri, sama ada mahu atau tidak mahu.

saya pasti akan diuji.. itu sudah pasti tapi apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah saya mampu mengawal emosi saya..  kini saya sudah mampu tersenyum kerana penawar2nya adaa di depan mata.. mahu atau tidak mahu berbalik kepada diri sendiri...

p/s: saya=kamu=kita semua

Iman Villa
9.26 am
6/4/2011 = birthday Hajar Ghazali ~ "Happy Bday Hajar"

2 comments:

  1. sofwah awak deactivate FB ek? nampaknye seperti betul2 stress tu.. jarang2 berlaku kepada cik Sofwah segala bagai stress ni. mmg kes berat.

    Sofwah, tenang2.. semoga kamu kuat!!
    usaha kuat², doa banyak², InsyaAllah, Muhammad:7

    ReplyDelete
  2. i'm still da same, insyaAllah... tekanan memang akan datang tapi insyaAllah masih terkawal.. saje bagi havoc topic je..

    nak fokus.. x boleh fb, so kena activated lepas abih exam.. kena azam tinggi nih

    ReplyDelete