Sunday, April 10, 2011

Isu Minggu Ini

Alhamdulillah, now at my sweet home.. Rupanya banyak isu2 semasa yang aku lambat update.. dengar2 gitu la tapi tak ambil kisah sangat pun. Jom kita tengok isu2 besar yang berlaku sepanjang minggu nih..

1) Kecoh tentang terdapatnya telur ayam tiruan di pasaran.. Besar lebih kurang sama dengan telur ayam gred A. Yang menariknya telur ni 100 peratus dihasilkan dari bahan2 kimia pada dasarnya merupakan makanan tambahan. Tapi disebabkan menjadi bahan utama dalam membuat telur, bahan2 ini dipercayai mampu mngganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan dalam kadar yang kerap.. Siasatan mendapati kulit telur dihasilkan daripada lilin parafin dan kalsium karbonat, kuning dan putih telur dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.. buat peminat2 telur ayam, anda perlu berhati2 dalam membeli telur terutamanya jika harga telur yang ditawarkan terlalu murah dan tidak mengeluarkan bau serta rasa apabila dimasak..

2) Kematian Pegawai Kastam di pejabat SPRM Kuala Lumpur. Mangsa, Ahmad Sarbani Mohamed berkhidmat di Pejabat Kastam Port Klang dikatakan terjatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM dan terlantar di gelanggang badminton tingkat 1. Kes ini ala2 kes Teoh Beng Hock yang juga mati akibat terjatuh bangunan ketika menjadi saksi dalam sebuah kes bersama SPRM..

3) Pilihanraya dun sarawak.. Sibuk duk promosi habis2an terutamanya dalam tv.. terkejut juga bila balik rumah, setiap hari mesti ada slot2 yang yang mencritakan tentang sarawak.. tiada masalah tentang hal itu tapi yang kurang best nya, kenapa masa nak pilihanraya baru nak sibuk2 mempromosikan sarawak??

4) Kes video seks yang melibatkan anwar ibrahim (kecoh dari bulan mac lagi).. ini satu hal lagi, nampak sangat kes ini merupakan permainan politik kotor. sepatutnya kes sebegini tidak dibicarakan secara terbuka kerana membuka aib orang.. Tambahan kita tak pasti siapa yang orang yang buat **** tu.. kalau setakat nak menuduh tanpa bukti yang kukuh, islam amat melarang keras. mungkin di dunia boleh lepas tapi di akhirat kelak si pelaku tidak akan terlepas dengan azab Allah yang pedih.

5) Banyak bencana alam yang berlaku..walaupun tsunami di jepun hampir sebulan sudah berakhir, tetapi masih terdapat gegaran2 kecil. belum tegok musibah2 di negara2 lain lagi...

Adakah ini fitnah umat akhir zaman yang dikatakan nabi??
sama2lah kita perbaiki diri.. mudah-mudahan pengakhiran yang baik untuk kita semua.

10/4/2011
11:51 am
Port Klang

No comments:

Post a Comment