Sunday, May 1, 2011

Kita kah Wanita Ini??



kredit to haifa... i pinjam buku you, nampak ada benda menarik la nak di share dalam nih.. kisah berkaitan wanita dari buku TabarruJ.. 

Rasulullah (RA) SAW menangis tatkala teringat perjalanan nya ketika peristiwa ISRAK MIKRAJ...agak apa yang menyebabkan rasulullah nangis ye?? lalu RA pun cerita pada fatimah:


"aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tang diikat ke belakang dan air menggelegak dicurahkan ke dalam halkumnya.. aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat ke arah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala jengking.."

"aku lihat perempuan yang memakan badan nya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.. aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting dari api neraka... aku lihat perempuan bermuka hitam, memakan tali peruutnya sendiri.. aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi kedalam sebuah peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta...
aku lihat perempuan kepalanya seperti babi, badannya seperti keldai, beribu2 kesengsaraan yang dirasainya... aku lihat perempuan rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk kedalam kemaluannya atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. malaikat memukul kepalanya dengan corong dari api neraka.."


agak2 atas sebab apa semua hukuman ini dijatuhkan?? harap kita dapat ambil pengajaran supaya kita tak termasuk dalam golongan ini.. ini ada lah hukuman kepada wanita atas kesalahan:
-tak tutup rambut (aurat) daripada pandangan lelaki ajnabi.
-maki hamun atau menyakiti hati suami
-keluar rumah tanpa izin suami
-tak mahu mandi wajib.. kira tak suci dari haid atau nifas lah ni
-berhias untuk lelaki yang bukan suaminya
-suka mengumpat orang
-memperkenalkan dirinya kepada orang asing..bersolek dan berhias supaya kecantikan dia dilihat oleh lelaki yang lain
-dia boleh berpuasa dan solat tapi tak nak amik wudhuk dan tak mahu kerjakan solat...dan tidak mahu mandi janabah (junub) setelah bersetubuh
-ahli pengumpat dan pendusta
-suka membuat fitnah dan membenci suaminya..


Bukan, bukan... kita bukanlah perempuan ni.. kita semua perempuan baik kan?? kita tak buat benda2 macam ni.. mudah-mudahan Allah golong kan kita bersama orang2 yang soleh..



1/5/2011
8.15 am
iman villa

1 comment: