Sedang membaca.. ye membaca... membaca nota... subjek elementary particle atau nama melayunya, fizik zarah keunsuran.. macam takde kerje pula kan?? ni namanya orang tak boleh nak study.. tak masuk dalam kepala apa yang nak diisi..waaaaaaaa.. takutnya saya. paper esok jam 8.30 pagi..
adakah gejala x leh nak study ni berjangkit?? mula2 cik epa.. sian dia, paper hr jumaat tapi malam tu x dpt nak fokus study.. smlm cik a'an. smpai hampir nak menjerit ke tensionan.. bukan tension kena study tapi x dpt study. then melayan movie sama2.. hari ni?? aku la tu.. bangun2 je dah rasa mata sembab. nak kata tidur lewat tak jgak. banyak tidur tak jugak.. tp yg pntg mmg lena abisla malam tadi. bukak nota 1st page then xleh nak sambung. hmm, ada wat salah dengan orang ke ye nih??
sebab da tak tahan, gi turun bawah. hari ni ada pasar tani.. jalan2 cuci mata. hajat nak g beli pisang. bukan pisang berangan tapi pisang tak tau nama apa tah. kalau x silap pisang abu. pisang ni nak buat goreng petang karang. last week dah beli tepung gandum n tepung beras tapi gandum dah habis dibantai buat cucur kodok a.k.a cucur bilis so petang ni boleh goreng pisang guna tepung beras je la.. insyaAllah ok kot..
waktu dhuha macam ni memang suasana sayu2 saje. cik jaja n cik echah tengah study + menghafal point2 tuk paper sok.. cik glera dah kluar pagi2 tadi. mesti dia cari tempat study yang best.. cik bienda tengah beradu. malam tadi mesti dia lewat tidur sebab membaca.. cik a'an, terbaiklah sebab semangat dia dah mula menyusup dalam badan dia. cik epa, rara n ija study kat rumah.. aku?? sem ni paling pelik sebab tak balik study kat rumah.. duk termenung je kat dalam bilik..
anyway, nak ucap Selamat Hari Ibu.. alhamdulillah malam tadi diberi kesempatan utk telepon umi n ucap kat dia.. I love u umi. yeah.. dari kecik sampai ke besar tak jemu follow pkmbangan anak dia. kalau nak ganti umi dengan permaisuri agung pun tak hadap.. coz she was my partner, my frenz, my counselor, my banker, my chef n my PA.. wow, macam la aku ni big boss.. betapa nak bagitau, she is da best mom... muahh.
dan satu sahaja yang saya perlu buat tuk bayar segala jasa dia... be ANAk SOleH sebab anak soleh ni akan sentiasa diredai ibu bapanya secara tak lansung dapat reda Allah.. Allahummaghfirli zhunubi wali walidayya warhamhuma kama robbayani sogheeroh....Ya Allah ampunilah dosa2ku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku ketika aku masih kecil.. insyaAllah, anak soleh yang berbaloi pelaburannya sebab kalau dah mati pun anak soleh ni masih mempunyai nilai yang besar..
ok, dats all for today.. smgt berkobar 2 ni.. mohon doa sume supaya dapat A tuk paper esok.
Iman Villa
8/5/2011
10:25 am
No comments:
Post a Comment