Alhamdulillah... habis sudah paper exam untuk semester ini.. sedang beristirehat di rumah sambil menonton tv (ceh, ngemas rumah pun tak siap lagi)... cuti semester kali ni memang agak panjang sepanjang 4 bulan menjanjikan pelbagai perkara boleh dilakukan utk mengisi kekosongan waktu dengan perkara lebih berfaedah.. tak kurang juga melansungkan perkahwinan.. maklumlah, cuti panjang ni beb.. pas ni belum tentu lagi ada cuti sepanjang ni melainkan untuk mereka yang membuka bisnes tanam anggur...
pagi tadi duk membelek gambar beberapa orang kawan di facebook.. dah besar panjang pun dorang ye.. yang dah jadi isteri orang, malahan ibu pun ada.. melangkah sudah mereka ke maratibul amal yang kedua. harapnya pembentukan keluarga muslim itu terlaksana dengan baik..
umur semakin bertambah, sepatutnya amalan juga semakin bertambah. acapkali kedengaran suara2 yang bertanya "pas ni nak wat apa ye", "aku rasa nak cari kerja la.. nak guna duit ni", "aku rasa nak sambung belajar la.. tapi aku tak tau nak masuk bidang apa, kena survey dulu nih", dan macam macam lagi.. maklumlah sudah melangkah keluar dari semester akhir memerlukan perancangan tuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. dan kita seharusnya tidak tewas dengan tuntutan duniawi semata2..
sayu terkenang cerita beberapa orang sahabat dan kawan berkaitan pengalaman mereka membuat kerja part time di premis-premis terkenal.. gembira sebab dapat duit tapi ada kesengsaraan nya juga.. pakaian kadang2 menjadi masalah di beberapa buah tempat tapi kebanyakkannya masih boleh bertolak ansur. apa yang sering menjadi isu perbualan hangat kami ialah isu menunaikan solat. setakat ni jarang kedengaran majikan yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat, alhamdulillah... masih boleh menuanaikan solat ketika sedang bekerja..the point yang hangatnya, majikan dan pekerja yang tidak menunaikan solat. nama je muslim, tapi tanggungjawab sebagai hamba kepada SANG PENCIPTA ditolak tepi... siyes, cuba la wat survey kat mana2 tempat keje, cuba tengok berapa ramai yang malas nak solat. Allah tidak berlaku zalim tapi korang-koranglah yang wat zalim dengan diri sendiri... lainlah kalau datang bulan. itu memang dah sah-sah diharamkan untuk bersolat tapi takkan yang lelaki pun datang bulan. takkan yang perempuan pun selama-lamanya datang bulan, tu memang dah tak normal dari sudut kesihatannya..
pe, ingat Allah kesah ke korang solat ke tak?? tipu la kan kalau Allah tak pandang solat2 korang sebab solat is da first thing yang akan di hisab di akhirat kelak.. perangai da cukup baik, tutup aurat sume dah lengkap tapi gara2 tak solat tak dapat masuk syurga. rugi beb.. macam tanam pokok kat ladang.. bagi air, baja, matahari siap dengan penjagaan rapi lagi tapi tak kuar hasil jugak. alih2 daun pokok pun rosak sama.. bila check, rupanya akar kat dalam tanah rosak.. mesti bengang gler kan?? cam tu gak kita. dah bagi peluang hidup siap ada manual yang terbaik lagi (lengkap menyeluruh known as al-quran) tapi tak nak ikot.. kalau Allah tanya nape tak nak solat, nak jawab apa?? takkan nak bagi alasan malas. manusia pun tak leh nak terima alasan malas apatah lagi Allah.. DIA siap bagi oksigen free yang korang duk sedut hari2 tu, tapi tak penah DIA minta bayaran satu sen pun..
tu sebab sekarang ni banyak sangat masalah sosial.. kebejatan akhlak bermula dari diri sendiri termasuklah juga bimbingan ibu bapa yang tak amik kesah tentang tuntutan agama.. sibuk duk hantar anak2 belajar pandai2 tapi tak penah bagi didikan agama sempurna.. tu yang anak2 pun senang nak wat maksiat. kita ingat dia belajar rupanya, emmm paham2 sendirilah... belum masuk bab pemimpin lagi nih.. cer tengok berapa ramai yang lengkap solat 5 waktu?? sibuk nak menang pilihanraya, bajet layak memmimpin orang tapi diri sendiri pun belum lepas lagi.. tu yang negara tunggang langgang.. asyik duk bahas isu seks pemimpin dan fitnah yang tak habis2..
masing2 dah besar, umur pun makin senja.. bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa.. tapi ingatlah wahai sekalian umat manusia, tak guna cari rezeki berguni-guni tapi tak solat sebab rezeki berguni-guni tu tak de keberkatanNYA.. yang penting fahamilah erti solat dengan bersolat sehingga anda ketemui jawapan bagi kekhusyukkan yang maksimum.. sumpah, mesti pas ni tak mao tinggal solat dah. sesungguhnya solat itu adalah kunci kejayaan selain dari usaha yang berterusan..
wallahu'alam, moga post ini membuka mata saya dengan lebih baik tentang tuntutan solat nih.. selamat menunaikan solat.. yeah
port klang
12/5/2011
10:43 am (waktu dhuha tak abis lagi nih.. boleh g solat dhuha)
No comments:
Post a Comment