Friday, February 17, 2012

GOLONGAN YANG TERCICIR =( [part1]

Alhamdulillah, thummalhamdulillah.. hampir dua bulan x berasap blog ni. Rasanya dah lama x disaratkan dengan pengisian2 membentuk fikrah dlm blog nih.. insyaAllah hari ni nak kupas sedikit sebuah buku yang bertajuk GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH tulisan Fathy Yakan..moga Allah jauhkan kita dari keciciran..

klu ikutkan, golongan2 yang tercicir ni memang dah ada dlm seerah nabi iaitu kisah dalam perang tabuk.. dalam perang tabuk, terdapat beberapa org yg tak ikut nabi berperang dan akhirnya mereka dipulaukan oleh orang mukmin yg lain sehinggalah taubat mereka diterima Allah..

ada tiga sebab kenapa terdapat org yang tercicir dari jalan dakwah. antara sebab2nya ialah:
1) Sebab yg berhubung dengan Gerakan/Jamaah/Harakah
-kelemahan dari sudut tarbiyyah.. banyak sangat buat kerja tapi inputnya kosong.. tarbiyah orang itu dah kontang tapi tiada yang aware dengan perkara tersebut.. ibaratnya klu jug air dah kosong, mana boleh nak tuang air ke dlam cawan.
-meletakkan seseorang tidak sesuai pada tempatnya.. maksudnya setiap orang ada kelebihan  masing2, jadi dia sepatutnya membuat kerja berdasarkan kelebihan yang dia ada.. ibaratnya, orang yang pandai buat kek takkan nak suruh kerja kat bengkel kereta sedangkan dia tiada pengetahuan tentang enjin kereta.. fikir2kan..
-tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota-anggota yang lain.. yang ni kes nak bolot semua kerja, rasa tak percaya orang lain buat kerja dan akhirnya dia rasa tertekan dan penat sebab dia sorang yang kena buat kerja..
-tidak mengambil berat hal ahli. mungkin ada dikalangan ahli mempunyai masalah atau kekangan tapi ketua/mas'ul tak pernah ambil tahu masalah ahli tersebut. akhirnya senyap2 dia pun menyepikan diri dari Gerakan/Jamaah/Harakah utk selesaikan masalah dia tu..
-tidak selesaikan persoalan2 yang timbul dengan segera dan akhirnya menyebabkan orang bosan dan lari.. yang ni pimpinan kena aware klu ada persoalan2 dari anak buah yang timbul, selesaikan dengan cara baik. jgn gantung tak bertali, menangguh dari mencari jalan penyelesaian..
-pertikaian dalaman... ini pun kena jaga betul2.. jgn banyak mempersoalkan atau mempertikaikan keputusan yang dah disyurakan.. klu x puas hati, bgtahu masa syura bukannya selepas kata putus telah dibuat.. insyaAllah setiap perkara yang disyurakan itu ada keberkatannya. Moga Allah permudahkan.
-yang terakhir sekali apabila dipimpin oleh pimpinan yang tidak layak.. bukannya senang nak memimpin orang.. jgn senang2 kita tagih jawatan utk memimpin kerana x semestinya kita mampu untuk memimpin dengan baik. dan tanggungjawab itu sangat lah berat kerana ianya akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak..

untuk sebab yang kedua dan ketiga akan bersambung dalam post berikutnya.. mudah-mudahan kita bukanlah dari golongan yang tercicir.. Moga Allah pelihara kita dari perkara2 yang buruk..
Wallahu'alam


Taman Sri Manja
17/2/2012
3:48 pm

No comments:

Post a Comment