Monday, August 20, 2012

Raya... Alhamdulillah

Happy family, 4 generasi bersama menyambut raya

Alhamdulillah segala puji buat tuhan sekalian alam.. Diberi peluang dan ruang bermadah kata di dalam blog.. Cit, lama sudah tidak berasap.. hatta last post pun masih belum tertunai. bila agaknya dapat sambung post   golongan tercicir pt 2 nih.. InsyaAllah, will soon..

Haih, jom muhasabah sikit perjalanan ramadhan hingga ke raya tahun ni. agak2 ada tak perubahan dalam diri kita. Tepuk dada dan tanya Iman masing2.. hanya kita yang dapat menilai selepas Allah, sejauh mana dan seikhlas mana amalan yang kita dah tunaikan.. Ada yang mengukur tahap amalan berdasarkan berapa banyak yang dilakukan contohnya aku solat sunat berpuluh2 rakaat sehari, puasa sunat pun sekurang2 nya 10 hari sebulan, ngaji quran tak yah citer la, confirm at least 20 muka setiap hari.. kunun kita terhebat dalam ber'amal.. Semakin meningkat dewasa dan sejak makin matang ni, baru ku sedar nilai ibadah itu bukan sekadar pada angka bilangan banyaknya kita buat ibadah tetapi pada nilaian IKHLAS nya kita.. 

Kita tidak layak nak perlekeh atau memandang rendah kat siapa2 pun tapi layaknya kita menilai sejauh mana kita ikhlas dalam beribadah...

IKHLAS kah kita??? Jom muhasabah diri kita... insyaAllah ada ganjarannya buat mereka yang cuba menghadirkan IKHLAS dalam setiap amalannya..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin... Moga Allah menerima amalan kita semua =)

20/8/2012
10.20 pm
Kota Bharu

No comments:

Post a Comment