Wednesday, September 18, 2013

Menangani Stress

Membuat suatu yang memberi kepuasan
Lantaran keadaan yang menekan, pasti kita sedang mencari jalan membuka ruang fikiran seluas-luasnya.

Alhamdulillah, 'ala kulli hal, moga catatan ini memberi manfaat.
Ia dicatatkan ketika berada dalam keadaan sedikit stress.
Tak mampu untuk menulis panjang, cukup sebagai penenang hati dan ubat mujarab memberi kelegaan.
Antara perkara yang baik untuk dilakukan:

1) Istighfar banyak-banyak. Mungkin inilah kafarah dosa-dosa yang telah dilakukan.
2) Sekiranya tengah lapar, elok la pergi makan dulu. Seketika makan, pasti satu tekanan telah hilang. Tekanan kelaparan. Biasanya anak-anak akan buat hal sekiranya mereka lapar, jadi ibu bapa jangan cepat marah pada anak. Mereka tak bersalah
3) Ambil wudhuk.. Nak mandi pun sangat digalakkan. Lepas mandi ambil wudhuk. Insyaallah bila badan sejuk, hati pun bertambah sejuk.
4) Tidur seketika. Saya suka langkah ini sebab bila bangun tidur mesti kita dah rasa lega. Atas sebab kepenatan mungkin lagi mudah kita stress.
5) Baca Al-quran. Pencil kan diri di suatu tempat yang tiada gangguan. Guna kesempatan itu untuk membina rohani yang lebih baik.
6) Mintalah keampunan hanya kepada Allah.
7) Berkongsi dengan rakan yang boleh memberi nasihat yang lebih baik kepada kita. Sebaiknya mengadu hanya kepada Allah.

Niatlah sesuatu perkara yang baik, Insya Allah akan dikurniakan yang terbaik. Senyum sentiasa, pasti menceriakan kehidupan orang yang berurusan dengan kita secara tidak langsung membuatkan kita gembira apabila berurusan dengan orang tersebut.

18/9/2013
3:18 pm
Sri Manja

No comments:

Post a Comment