Alhamdulillah, wa thummalhamdulillah..
Ntah kenapa bila dah bekerja perasaan malas membuat entry post semakin menjadi. Anyway, berusaha menolak perasaan malas.. Chaiyyokk!!!
Anyway, mencuri masa kerja sebentar. Tak boleh nak buat kerja. Kenapa agaknya? Muhasabah sebentar, mungkin ini antara puncanya:
1) Tak set niat yang baik sebelum keluar pergi kerja. Dalam hati, terus nak g kerja. Lupa nak sandarkan segala urusan dan pengharapan kepada Allah. Hanya Allah yang layak menentukan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian ku.
2) Positif mind set tidak berlaku dengan baik. Nampaknya ada perkara yang membuatkan diriku memberontak secara tanpa sedar. Kenapa agaknya? mungkin apabila kita selalu membuat perbandingan dengan orang lain. Perbandingan yang tidak membina diri kita pun. Mungkin juga hasutan dari syaitan. "Ya Allah jauhkan lah aku dari sifat seperti ini".
3) Kurangnya penghayatan dalam amalan dan tingkah laku. Setelah hampir 2 tahun meninggalkan alam universiti, rupanya inilah alam realiti. Jauh dari zon selesa. Antara perkara yang teruji, penerusan dalam beramal. Tak dapat dinafikan, ada perkara baik yang telah dipelajari. Tetapi, cabaran penerusan dalam bentuk penghayatan amalan dan ibadah betul-betul teruji. Mutabaah amalanku kadang kala robek tatkala mengejar tuntutan dunia yang turut menjadi tanggungjawab dan amanahku yang akan dipersoalkan kelak.
4) Ikhtilat? Perhubungan silang jantina. Tiba lah masanya kena berinteraksi dengan orang tanpa mengira jantina since kita perlu memberi khidmat kepada orang lain. Tetapi agama tidak boleh menjadi taruhan. Jika masa belajar dulu masih boleh mengelak untuk tidak berhubung atau meminimakan masa perbincangan sesama berlainan jantina, kali ini tidak boleh mengelak. huhu, Cantik sungguh susunan dan ujian Allah.
Ok, stop dulu di sini, mood kerjaku telah membuak-buak. dapat idea nak selesaikan kerja setelah memerah keringat mencari idea untuk menulis.
14/3/2013
2:47 pm
Petaling Jaya
No comments:
Post a Comment