Thursday, December 31, 2009

Bermulanya semester baru

Salam 'Alayk..
hari ni si semut rasa nak tulis tentang semester baru.
Pejam celik, pejam celik tak sangka dah masuk semester keenam si semut di UM.
Cepat sungguh masa berlalu.. InsyaAllah ada lagi dua semster nak tamatkan pengajian. doakan si semut dapat habiskan study n grad dengan baik..

Cerita pasal semestar baru ni, agak pening nak pilih subjek.. mana taknya nak pilih subjek bukan kena main pilih je. Kena ikut kesesuaian kita sama ada boleh bawa atau tak subjek tersebut..

Setelah diteliti, untuk semester ni mungkin si semut akan ambil 17 jam kredit. Untuk fizik punya subjek si semut ambil kelas solid state, optik, kaedah berangka & komputeran.. Subjek universiti yang wajib pulak statistik. ambil KO-K, web mastering. Luar jabatan ambil matematik asas, dpd institut sains matematik dan bumi & manusia dpd jabatan geologi...maknanya ada 6 paper exam nanti.

Rasa banyak pula tapi kena juga ambil. nanti tak sempat nak habiskan dalam 4 tahun. Doakan si semut dapat good result untuk semua subjek yang diambil..

Sedikit kata-kata semangat:
1. YaAllah ya tuhanku permudahkan lah bagiku urusanku.
2. Setiap kesusahan pasti disertai dengan kemudahan.
3. Minta lah pertolongan kepada Allah dengan solat dan bersabar, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk

No comments:

Post a Comment