Tanggal 1-3 Januari 2010 yang lepas, si semut n da geng berjaya mengharungi detik2 manis.. Alhamdulillah berjaya mengikuti daurah ISK (Ini Sejarah Kita) buat kali kedua. Walaupun isi penyampaian tak banyak berbeza, banyak input baru yang si semut dapat. Penyampaian dari kak Hakimah memang bombastik. Mana tak nya, kena provok sampai habis idea.
Si semut nak lontarkan suatu persoalan, antara dakwah n study mana lagi utama??
hehehe, jawab jangan tak jawab. Hanya satu jawapan sahaja yang dibenarkan disertai dengan sebab yang munasabah.. Jawapan dakwah sambil belajar atau dua2 sama penting tidak di terima.
Habis daurah ISK terus ber rehlah. Tempat rehlah memang menarik. Dapat berta'aruf dengan lebih dekat bersama adik2 dan semua peserta rehlah. Tuk rehlah kali ni, si semut jadi AJK Makanan, so tak dapat nak join rehlah secara penuh dengan semua peserta. Tambah2 lagi si semut antara yang jadi runner ke sana ke mari.
Antara point yang dapat dari rehlah ni:
1) Dapat berta'aruf dengan adik2 yg baru 1st time jumpa
2) Dapat beriadhah bersama.. dah lama tak keluar berjalan2 dengan akhawat2 yang disayangi.
3) Apply 10 muwasofat dalam rehlah kali ni, antaranya:
* Qawiyul Jismi- masa riadah
* Berdikari- Drive ambil kereta dari Shah Alam + sesat
* Memberi manfaat kepada orang lain- As driver kepada peserta
* Ibadah yang sahih- Dapat memnunaikan tanggungjawab as hamba Allah dengan semua peserta lain
Teringat perkongsian dari kak Zira (Pak cik Roslan sampaikan masa PKN 09), kita adalah pewaris.. Pewaris apa agaknya?? fikir2 kanlah. Adakah kita ni seorang yang sentiasa melakukan apa yang Allah suruh? adakah kita ni menyampaikan apa yang nabi dah sampaikan? atau kita ni sekadar mengikut arus.. Orang kata macam ni, kita ikut. orang kata tak payahla buat macam tu (apa yang Allah da wajibkan), kita pun x nak buat sebab takut nampak kuno dan tak up to date.. Layakkah kita jadi pewaris?? Layakkah kita mendapat balasan jannah (syurga)Allah? Jangan bila dah sampai waktu perhitungan nanti sibuk2 nak jumpa nabi minta diberikan syafaat sedangkan kat dunia tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai umat nabi muhammad apa lagi tanggungjawab sebagai hamba Allah. Fikir2 kan lah dan renungi lah.. Mungkin boleh rujuk surah Al-A'raf ayat 43.
Thanks atas perkongsian daripada semua sepanjang daurah n rehlah. Mudah2an kita semua terus thabat dalam jalan ini..
Memang banyak input yang si semut dapat, insyaAllah akan di apply dalam kehidupan harian. Moga daurah + rehlah kali ini bukan sekadar memenuhi masa lapang tapi memberi suatu peningkatan dalam menguruskan diri as Dai'e, pelajar, hamba Allah dan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment