Hmm, hari ni si semut datang study kat library UM.. Tengah- tengah study tiba2 si semut rasa mengantuk, barangkali rasa bosan. Mana taknya, datang library berseorangan. Slalu study berdua dengan kawan si semut yang ambil subjek sekali.
Tinggalkan kisah mengantuk tadi. Pagi tadi masa dalam perjalanan nak ke library si semut perhatikan gelagat orang. Bukan setakat orang, si semut tengok bas n kereta bergerak. Tiba-tiba terdetik rasa kagum. SubhanaLlah, maha berkuasanya Allah. Manusia yang Allah ciptakan semua pelbagai ragam. Setakat pemerhatian si semut tak pernah lagi jumpa orang yang sama pesen n perangai 100%.
Selain tu, terdetik kagum juga bila tengok kereta bergerak. Hebat juga manusia nih, boleh cipta kereta. Bukan setakat kereta. Lori, bas, kapal terbang sampai roket pun manusia boleh cipta. Disebalik kehebatan manusia, Allah lagi maha HEBAT. Manusia sampai sekarang tiada yang mampu mencipta bumi o planet2 lain yang dapat menggantikan bumi.
Actually teringat kelas yang si semut pernah ambil sebelum nih- Microprosessor. Dalam kelas tu belajar buat programming, ntah apa benda la programming tu ye?? senang cerita, dalam zaman yang serba canggih nih semua pergerakkan yang bergerak sendiri (eg. robot) semua telah diprogramming kan. Even roket yang nak naik ke bulan pun di programmingkan. Memang pening belajar programming nih sebab kita kena memahami bahasa komputer. Kesalahan dalam memprogram sesuatu benda akan menyebabkan akibat yang besar. Contoh kalau salah program roket tuk naik ke bulan, silap2 bukannya sampai ke bulan tapi menuju ke planet2 lain. Takpun jatuh terhempas balik ke bumi.
Input yang boleh dapat sebenarnya ALLAH telah memprogram kita dengan sebaik2 program.. Bayangkan alam semesta ini tak pernah berlanggar antara satu sama lain. Penciptaan manusia juga merupakan antara program yang terbaik. Sebab manusia dari lahir sampai nak mati akan melalui proses2 tumbesaran. Bayangkan kalau manusia dari bayi sehingga dah sampai ajal tak besar2 (nak mati pun bentuk badan macam bayi), siapa nak usung bawa jenazah ke kubur? siapa nak gali liang lahad? sebab bayi semua tak boleh berjalan, apatah lagi nak gali kubur.
Kalau kita perhatikan alam, memang banyak benda yang kita boleh kaitkan. Sebab itulah dengan sifat suka memerhatikan dan berfikir, hati kita akan menjadi dekat dengan Allah. Akan bertambah-tambah kesyukuran kita kepada Allah. Kalau kita tak rasa apa2 bila memerhatikan ciptaan Allah, maksudnya something wrong dengan diri kita. Kena check dan muhasabah balik diri kita. Mungkin kita dah terlalu jauh dengan Allah
Selamat bermuhasabah dan beramal
No comments:
Post a Comment