Rentetan daurah ISK, ada juga isu yang timbul.. Dakwah vs Study, mana yang penting???
Memang banyak pertikaian semasa menjawab isu nih, mana tak nya semua orang diprovok, provok n provok sampai tak puas hati. Majoriti dari kami jawab study n dakwah sama penting.Klu ikut rasionalnya, kalau kita berdakwah pada orang then orang tengok pencapaian akademik kita yang tak berapa baik mesti situasi ini akan mendatangkan fitnah itu sendiri, tak gitu? Si semut terima pandangan tu. Semua orang ada hak memberi pandangan masing-masing.
Tapi apa yang kami dapat masa daurah ISK tu? Setelah tiada siapa yang dapat menjawab persoalan antara study n dakwah mana yang lagi penting, kak hakimah as da presenter pun memecahkan kebisingan.. Maklumlah semua berbincang dan rasa tak puas hati. Kak hakimah said that dakwah is more important. Si semut boleh wat konklusi macam ni lah - Dakwah is more important but doesn't mean that we let our study without take care of it. As daie, kita kena jaga penampilan diri, akhlak, emosi, akademik dan aspek2 lain kerana orang akan sentiasa perhatikan kita.
Bercerita tentang dakwah, suka si semut share dengan semua mengenai dalil2 kewajipan berdakwah yang telah Allah ungkapkan di dalam al-quran
1) Surah Ali 'Imran ayat 104 (3:104)
Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung
-Mahu tak dapat kredit as org yang beruntung? Mari kita buka langkah untuk ajak orang kepada kebaikkan n cegah orang dari buat kemungkaran.
2) Surah Fussilat ayat 33 (41:33)
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya berbanding orang yang menyeru kepada Allah dan membuat kebaikkan dan berkata "Sungguh, aku termasuk orang2 muslim (yang berserah diri)?
-Mari letakkan diri kita dalam posisi ini (menyeru kpd Allah + buat kebaikkan + muslim yang berserah diri)
3) Surah al-Hajj ayat 67 (22:67)
Bagi setiap umat kami telah tetapkan syariat tertentu yang (harus) mereka amalkan, maka tidak sepatutnya mereka berbantahan dengan engkau dalam urusan (syariat) ini, dan serulah (mereka)kepada tuhanmu (ALLAH). Sungguh engkau (Muhammad) berada di jalan yang lurus.
-Ayat ni terang2 mengajak kita menyeru kepada Allah dan jangan membantah apa yang Allah dah wajibkan.
Berdasarkan dalil2 di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa menyeru manusia kepada Allah dan mencegah dari kemungkaran adalah suatu kewajipan.. Cuba kita bayangkan sekiranya sahabat pada zaman nabi lebih mementingkan urusan masing2 berbanding islam, sudah pasti penyebaran islam tidak akan berlaku seperti yang telah tercatat di dalam sejarah. Suatu persoalan, adakah abu bakar as-siddiq lebih mementingkan perniagaannya berbanding penyebaran islam? Siapakah yang membantu nabi ketika umat islam dipulaukan semasa penyebaran islam di mekah? Sudah pasti saidatina khadijah sentiasa mengiringi Baginda dan menjadi pemberi semangat di kala semua orang yang memilih islam di pulaukan oleh kafir quraisy. Sejarah telah membuktikan bahawa para sahabat lebih mementingkan islam berbanding harta benda dan material, jadi kenapa kita tidak mampu untuk mencontohi para sahabat?
Dakwah is the most important to every muslim. Tetapi tuntutan berdakwah tidak memadamkan kewajipan2 lain selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat. Bukan si semut nak kata kita harus berdakwah sehingga mengabaikan study tapi study kita itu sebenarnya akan menjadi pemangkin kepada dakwah yang wajib kita laksanakan. Biarlah dakwah kita itu berstrategi dan tersusun, bukan macam tin kosong. Jika dibaling, bunyinya berdentang dentung bila dibuka tak ada apa2. Semangat nak berdakwah perlu kita pupuk dan terapkan dalam diri dengan persediaan yang cukup supaya tidak menjadi bahan fitnah kepada islam. Nilai lah seerah Rasulullah supaya kita lebih bersemangat untuk berdakwah.
Bercakap mengenai persediaan untuk berdakwah suka untuk si semut share dengan semua apa yang si semut dapat semasa berada dalam halaqah.. Antara bekalan yang perlu ada pada pendakwah ialah:
1) kefahaman yang mendalam (al-fahmud daqiq)
2) iman yang mendalam (al-imanul 'amiq)
3) Kebergantungan kepada Allah (ittisolu bil-Wathiqu billah)
InsyaAllah si semut akan bercerita lebih lanjut tentang bekalan untuk para daie di kesempatan yang lain. Moga kita sentiasa berada dalam naungan dan limpahan kasih sayang Allah. Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah. Anggaplah kesulitan yang Allah timpakan pada kita ketika nak menyampaikan dakwah sebagai suatu ujian di mana mungkin Allah nak tingkatkan tahap keimanan kita atau sebagai kifarah (balasan) atas dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa kita sedari.
No comments:
Post a Comment