Saturday, February 27, 2010

Perlukah kita gembira?

Lama sudah tidak mengupdate..
Maklumlah, laptop si semut masuk klinik..
Kena bagi rawatan sebab diserang virus2 yang mana telah mengganggu perjalanan sistem secara keseluruhan.
Alhamdulillah, setelah pulih dapat la si semut nak update blog + setelkan semua benda tertunggak.. Download nota, check emel, dan lain2 lagi..

Minggu ni penuh dengan macam2 perkara. Tapi ada suatu perkara yang betul2 mambuatkan si semut berfikir panjang. Minggu ni bermula dengan perkara yang menggembirakan. Maklumlah setelah cuti sekian lama. Suatu hari tu si semut berbual panjang dengan kawan. Sambil gelak2 gembira padahal ada test optic hari tu. Dipendekkan cerita masa nak start buat test tiba2 terperasan beg kertas yang si semut bawa tercicir. Menjawab test dalam keadaan tak tenang sebab dalam paper bag tu ada berpasang2 telekong dpd fakulti yang si semut dah siap basuh. Bukan tu je, dalam beg tu ada cd n password antivirus kaspersky yang original punya. Ditakdirkan soalan test tak susah sangat tapi tak juga senang, habis test terus turun cari kat bawah tapi tak juga jumpa.. Atas usaha gigih mencari bersama kawan2 kesayangan akhirnya jumpa. Alhamdulillah, tiada barang yang hilang. Sebabkan kejadian tu, si semut jadi serba tak kena. Bayangkanlah, plan nak keluar ke pertama complex (nak g format laptop) terpaksa delay dekat sejam. dahtu terpaksa berpusu2 dengan orang yang baru balik kerja. Sampai kat kedai komputer dah tak boleh nak cakap. Otak fikir lain tapi mulut cakap benda lain. Hantar laptop just bagitau nak format. Tak sempat nak explain panjang2 (tak penah2 jadi macam tu)

Malam hari yang sama terpaksa berhadapan dengan phone sejam setengah sebabkan mesej masuk tanpa henti. sambil charge sambil balas mesej. Yang menambahkan rasa geram si semut pada phone bila phone tak detect nombor phone orang yang hantar mesej.. Bila rasa penat baru balik dari hantar format laptop bercampur dengan perasaan geram. Tiba2 ada satu mesej minta tolong urus pengangkutan tuk program esok harinya.. Datang pula mesej dpd orang2 lain tanya macam2. malam tu saja mesej masuk berpuluh2 nak dekat seratus agaknya.. Tapi dapat kawal lagi. Sampai satu saat terpaksa tutup phone. Nak kasi bateri phone penuh dulu. Tak sangka situasi ni berlanjutan sampai 2 hari.. Sampai satu tahap rasa nak marah orang. Ambil quran ngaji sekejap, hilang perasaan nak marah tapi esoknya datang lagi rasa tu. Sebab tahan rasa nak marah n geram, si semut jadi hilang fokus. Tarbiyah mengajar si semut supaya menjadi seorang yang sabar tapi kesabaran tu menyebabkan keluar sifat2 negatif lain. Mula nak sangka buruk dengan orang, mula nak membebel n mengeluh. Kenapa agaknya? Wallahu'alam. tapi saat tu memang rasa syaitan kat sekeliling penuh. Mesti setan2 tengah bersorak gembira.

Memang berfikir n terus berfikir kenapa jadi macamni. Benda kecik je tapi efect pada banyak benda. sejak bila si semut jadi orang yang terlebih emeosinal. Selalunya tak ambil pusing dengan benda2 camni..banyak lagi benda aku boleh buat. aargh why???

Setelah bermuhasabah, dapat jawapannya.. Allah nak uji si semut dengan suatu ujian. Hari sebelum kejadian, si semut memang banyak ketawa n gelak dengan kawan2. yang tak tahannya siap sakat2 orang lagi tu..Tiba masa ngaji terjumpa ayat ni Maka biarkanlah mereka tertawa sedikit dan menangis yang banyak, sebagai balasan terhadap apa yang mereka selalu perbuat (at-Taubah:82), memang kena sebijik dengan penangan ayat ni. Alhamdulillah, dapat juga bantuan nasihat daripada housemate yang tak jemu2 bagi nasihat.. Dia kata banyak2 kanlah baca surah al-insyirah (alam nasyrah). Hati dah gelap tu sebab banyak sangat ketawa. Memang berkesan.. Tambah2 lagi bila cuti maulidurrasul si semut pg program IPK (next post i'll share about IPK).. Balik dpd program terus bersemangat.. Kita tutup kisah lama dan buka kisah baru pula.

Mudah2 an kita semua berada dalam lindungan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Jangan kita putus asa dengan rahmat Allah yang luas.. Carilah masa2 yang ada untuk kita sentiasa bermuhasabah. Pengajaran yang paling penting, pasni nak kalau nak suka n bergembira harus berpada2 takut2 pastu kita akan menangis.. Dan yang paling gembira 4 dis week, si semut balik ke rumah. Cari feel rawat hati sebab kat rumah takkan gelak banyak macam bila duduk dengan kawan2 (maaf ye kawan2)

Saturday, February 20, 2010

Cuti yang menyeronokkan (^_^)

Cuti mid semester kali ni memang bes.
Mana x bes nye, sume orang balik.
Dapat jumpa adik2..
Dah lama tak gaduh2 dgn dorang. Maklumlah, dah besar panjang pun sume.

Apa yang si semut buat ye cuti nih?? [Jawabnya full time jadi pengurus rumah]
1) gi shopping
kali nih pegi berdua dengan adik. Dapat lesen besar sebab ummi x sempat nak beli barang. Dengan rasminya si semut jadi pengurus rumah. Lama juga keluar. Biasa la, telek barang satu2. Bandingkan harga, kualiti n kuantiti. Nak tengok yang mana paling baik. Alang2 dah keluar beli barang, si semut pun terus plan sesuatu. X leh jadi nih, kena wat projek. Macam biasa projek si semut try masak sesuatu yang baru. For dis holiday dah plan nak buat samosa. Jalan2 nampak serbuk dadih, pun ambil. Nampak nata de coco, ambil juga.. Antara benda2 yang wajib dipertimbangkan masa bershopping ialah harga, kualiti, kuantiti n yang paling penting ialah pengeluar produk. Seboleh2 nya si semut akan ambil keluaran muslim/ bumiputera. Biarla mahal sikit yang penting kita dapat tolong orang kita. Lagi satu produk insyaAllah dijamin.

2) Masak-masak
ni memang dah jd febret si semut. alhamdulillah berjaya buat samosa. goreng n makan panas2 memang sedap. bahan pun tak susah nak cari. Asal ada kulit popia semua boleh jalan. Dalam planning nak buat bubur cha cha pulak. Labu n ubi keledek dah beli. InsyaAllah petang ni siap. Dadih x dapat buat kot. Kena tunggu bila si semut balik lagi sekali baru buat dadih. Semalam jadi fulltimer chef. Siap cakap dengan ummi, "Ummi x payah la masuk dapur. Nanti dah siap baru masuk. Makan je". Maklumlah, si semut x suka ramai2 kat dapur. Sempatla masak ayam goreng kunyit, ikan siakap masak kicap, peria masak cili n tak lupa juga ikan kering. Masak yang simple2 je sebab bahan tak banyak kat rumah. Ada orang tu malas pegi pasar. Dia bawa balik ikan siakap je dpd pasar, so boleh masak ikan je lah.






3) Kemas rumah
Kali ni tak leh nak kemas rumah betul2. Rumah under renovation. Banyak debu. But si semut akan pastikan setiap hari rumah wajib bersapu. Maklumlah, adik2 ramai. Main sikit mesti ada sampah. Paling suka koyakkan kertas. Main jual2 la katakan. Nak buat duit tipu2. Ummi pun kata tak payah sapu, nanti debu naik. si semut kata "tak boleh la ummi. Bersepah ni, sakit mata tengok". Sape sepah2kan barang siapla.



hmm, waktu cuti je boleh duduk macam ni. Nanti dah start kuliah, nak balik rumah pun susah. Walaupun rumah dekat, bukannya boleh balik selalu. Jumpa adik2 bukannya tiap-tiap hari. Tahu2 dah pandai bercakap. Masa si semut pegi dulu pelat2 lagi nak bercakap. Bila balik cuti mid sem bercakap tak berhenti. Sekarang ada satu perkembangan positif. Pagi2 sume adik si semut yang kecik2 akan bangun. Dorang bergilir solat subuh. Sebab klu x solat subuh, nanti kena pulaukan dengan yang lain. Tak boleh main sama2 sebab tak bangun solat subuh. Kalau tengok abang n kakak dia liat nak bangun, memang kejut tak henti2. "Bangunla, dah nak siang ni.. Bangunlah, matahari dah keluar"-ayat provok nak suruh cepat bangun.. Paling kecoh waktu malam. Masing2 berebut nak mengaji dulu. Sebab kalau ngaji dulu, mesti habis dulu. Kadang2 sampai menangis sebab orang tak nak layan ngaji. Bukan tak nak layan tapi takkan nak ngaji 3 orang serentak tapi bacaan lain2. Itu lah keletah budak2.
Kalau nak hasil yang baik bila dorang dah besar, dari kecik kena asuh dengan baik. Nak didik pun kena cara terbaik. Jangan suka tinggikan suara dengan adik2 kita sebab nanti dia suka lawan balik cakap kita bila dah besar. Lagi satu jangan nak suruh adik buat itu n ini tapi kita sendiri tak buat. Budak2 memang belajar n membesar dengan suasana persekitaran. Kalau persekitaran baik, insyaAllah akan baik lah dia bila besar. Ni baru suasana 8 orang adik. Kalau bertambah lagi adik, bertambahlah tanggungjawab. Mujur 4 orang dah boleh bawa diri sendiri...

Sekian post tuk kali nih. Menanti masa untuk pulang ke UM

Tuesday, February 16, 2010

Jom Bedah Buku

Assalamualaikum buat semua pembaca setia..
Tak sangka dah 4 hari si semut bercuti. Tinggal 5 hari je lagi. Buku dan nota2 akademik belum di buka lagi. Masih tersusun kemas atas meja. Tak padan dengan nak test next week..Ish3x, bila la nak berubah perangai ni.

Alhamdulillah dapat balik ke rumah cuti mid semester kali ni. Walaupun lambat balik rumah dpd orang lain, tapi berbaloi. Hujung minggu sarat dengan program. Bes, dapat jumpa kawan baru. Takde la baru sangat tapi baru berkesempatan bertegur sapa, slalu je berjumpa bila ada program. Yang lagi bes, dapat beli buku "Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus" tulisan Siti Hamisah Manan(kak misah) terbitan JIMedia. Si semut baru belek-belek je buku nih, x sempat nak baca coz nak habiskan baca buku "Bagaimana Menyentuh Hati". Tapi, mostly buku kak misah berkaitan dengan sejarah kebangkitan pelajar di kampus. Sape2 nak tahu sejarah IRC (Islamic Representative Council) boleh la dapatkan buku nih.

Agak menarik juga la. Si semut dapat beli buku siap dengan signature author dia lagi. Satu bonus coz sisemut orang yang terakhir dapat buku yang ada signature k misah. Kredit to ikhwah yang tolong jumpakan buku yang terakhir ni (x ingat sape). Masa tu beli dengan my usrah mate, hajar ghazali. Si semut pakat dengan dia lumba sape yang abis baca dulu. Then insyaAllah kami akan sama2 ulas dalam blog masing2.


Back to buku karangan Abbas As-Siisiy, "Bagaimana Menyentuh Hati". Si semut dah baca hampir 3 suku dari kandungan keseluruhan buku ni.
Tidak kurang menarik juga buku ni. Abbas as-Siisiy ni adalah salah seorang da'ie (pendakwah) yang berpengalaman. Buku ni banyak berkisar tentang pengalaman beliau berhadapan dengan orang ramai dan cara macam mana dia nak menarik perhatian dan berkenalan dengan orang2 yang baru dia jumpa. Memang bes. Ada juga di selitkan kisah2 para sahabat di zaman Rasulullah sebagai bukti bahawa dakwah telah berjalan dari dulu lagi tanpa mengira status seseorang itu.

Antara perkara yang abbas as-siisiy lakukan ialah, bila beliau berjalan naik bas atau kereta api, mesti beliau akan bawa 2 buah buku. Satu untuk dia sendiri dan lagi satu untuk sape2 yang duduk sebelah beliau. Memang satu method yang berkesan untuk berkenalan dengan mad'uu baru. Selain itu, beliau akan cuba mengingat nama seseorang itu.

3 karekter manusia yang beliau gariskan dalam buku ini:
1)Perilaku akhlak islamiyah
rajin beribadah dan rajin ke masjid
2)Perilaku dengan akhlak asasiyah
tidak taat beragama tapi tidak membuat maksiat secara terang2an kerana menghormati harga diri
3)Perilaku dengan akhlak jahiliyah
tak peduli dengan orang lain dengan perangainya yang jelek dan berakhlak buruk.

Prioritinya adalah berdakwah kepada golongan pertama kerana lebih mudah. Bukan maksudnya mengabaikan golongan terakhir tapi diumpamakan seperti analogi bahawa ada seseorang yang berdiri dibawah sebatang pokok mangga epal yang sedang berbuah lebat. Jika seseorang ingin memetik buah mangga epal, sudah pasti dia akan mengambil buah yang dapat dijangkau dengan tangannya. Apabila habis dan tinggal di bahagian yang paling atas, jika dapat dijangkau barulah mangga tersebut akan diambil. Sebaliknya jika tidak dapat diambil, akan dibiarkan begitu sahaja.
Tetapi bukan bermaksud seseorang daie harus mengikut turutan ini kerana segalanya bergantung kepada Allah. Allah maha berkuasa sebab kalau kita singkap kisah saiyidina umar al-khattab, beliau merupakan golongan yang ketiga namun dengan hidayah dan kasih sayang Allah beliau akhirnya memeluk islam dan menjadi antara pejuang yang mempertahankan islam.

Antara sarana2 dakwah:
-Bila bertemu, berilah salam (bukan beri salam kpd yang kita kenal je)
-Jika tidak kelihatan, maka carilah orang tersebut dan ambil tahu apa yang berlaku pada dia
-Jika dia sakit, maka jenguklah
-Jika dia bersin dan mengucap hamdallah, maka jawablah dengan yarhamukallah (lelaki) atau yarhamukillah (perempuan)
-Jika dia mengundang kamu, maka penuhilah
-Jika dia meninggal dunia, makan hantarkanla ke tempat kuburan

Selain itu, seorang daie harus cerdas akalnya dan bersih hatinya. Dalam al-quran juga ada menyebut "Serulah manusia itu ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan tunjuk ajar yang baik dan bantahlah (berdebat) mereka dengan cara yang baik..." (An-Nahl:125).
Mungkin kalau sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku ini di kedai2 buku berhampiran. Memnag banyak lagi yang menarik dalam buku ni.

First time baca buku nih, si semut dalam komuter on the way nak balik ke UM. Memang khusyuk membaca. Dekat2 nak sampai KL Sentral, akak yang duduk sebelah si semut tegur si semut. Dia kata "Dik, akak nak tanya mana adik dapat buku ni?".. sebab terkejut n tak expect, si semut pun bagi tahu buku ni milik adik si semut. "Saya ambil buku ni kat rumah. Ni adik saya punya. Kalau akak nak, mungkin boleh cari kat kedai2 buku. Tajuk dia Bagaimana Menyentuh Hati by Abbas As-Siisiy".. Ikut hati memang si semut nak bagi hadiah kat akak tu tapi mengenangkan bahawa buku ni si semut ambil kat rak buku adik si semut dengan izin dia, then tengok nama pada cover buku pun bukan adik si semut punya. Tak jadilah nak hadiahkan kat akak tu sebab bukan milik peribadi.
"Akak minta maaf la dik sebab curi2 baca masa adik tegah baca tadi". Si semut jawab "takpe kak". Dalam hati memang rasa terkilan sebab tak dapat nak hadiahkan buku ni pada akak tu. Walaupun akak tu tak menutup aurat sempurna, tak sangka buku ni mampu menarik minat dia membaca sekali. Betul la salah satu cara nak attract mad'uu macam cara abbas as-siisiy ceritakan. Moral of the story, bila naik public transport jangan lupa bawa buku lebih.
Nantikan update seterusnya berkenaan buku "Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus". May be boleh pakat dengan hajar n kak asiyah untuk ulas buku ni.

Thursday, February 11, 2010

Test Test Test.. Lagi2 Test

Alhamdulillah, si semut masih lagi dapat menghirup udara dan berada dalam nikmat iman dan islam. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Hmm, hampir seminggu tak mencoret apa-apa di blog ni.

Minggu ni sarat dengan test. Isnin ada test optik, Selasa pula test Bumi dan Manusia. Baru tadi (rabu) habis menjawab test Foundation Mathematic. Esok berjuang tuk statistic.. Belum pun habis test minggu ni, minggu lepas cuti raya cina ada lagi 2 test menyusul. Kenapa la lecturer2 semester ni rajin buat test?

Jom kita fikir dari aspek positif...
1) Patut berterima kasih dengan lecturer yang buat test sebab secara sengaja kita kita study. Bila study sebenarnya kita dah cover sebahagian topik bagi subjek tu.
2) Supaya kita sentiasa keep in touch dengan pelajaran.
3) Test ni medan kita nak kumpul penilaian berterusan dpd setiap lecturer. Lagi pun test takkan cover semua topik secara serentak. Itu dah cukup bagus, bagi kita kredit sebab dah maklum dengan topik yang akan masuk dalam test. Bayangkan kalau exam kena cover semua chapter. Belum lagi kira berapa subjek yang kita ambik utk semester ini.
4) Last but not least, test diadakan supaya kita sentiasa ingat yang dah menjadi tugas kita untuk belajar. Nama pun test, jadi ini boleh dijadikan kayu ukur kemampuan kita. Kalau result test tak berapa baik, kita kena struggle lagi supaya dapat perform dalam final exam.

Macam mana nak perform baik agaknya?
1)Belajar secara berterusan. Boleh kaitkan apa yang kita belajar dalam kehidupan harian sebab cara ni lagi mudah nak memahami sesuatu pelajaran.
2)Hormat guru/ lecturer. Biarpun dia mengajar x berapa bes atau x paham sangat, kita still kena hormat guru kita. Sudah2la mengutuk belakang2. Apa salahnya kita pergi jumpa dia dan tanya apa yang kita tak paham. InsyaAllah dia boleh bagi tunjuk ajar.
3)Mohon parents kita sentiasa doakan kita. Kalau boleh, biasakan telefon dan bercakap dengan kedua ibu bapa kita. Kalau ibu bapa redho dan senang dengan kita, insyaAllah Allah akan redho juga dengan kita
4)Yang paling penting kena jaga hubungan kita dengan Allah. Solat jangan tinggal sebab dalam al-quran dah menjanjikan bahawa Ciri2 Mukmin yang berjaya ialah khusyuk dalam solat [surah al-mu'minun ayat 1-2]. Banyak point dapat diambil dari surah al-mu'minun.

Ok lah, nak sambung study balik. Doakan si semut dapat jawab test statistik esok.

Saturday, February 6, 2010

Corat - Coret

Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Dapat nukilkan beberapa coretan..
1st of all nak ucap terima kasih banyak2 dgn ILY coz dia tolong si semut dapatkan phone baru. Tak terniat pun nak beli tapi memikirkan ia suatu keperluan tuk si semut contact dengan ramai orang.. She was very exited since si semut memilih phone touch skrin. Multi function and cheap. Nice to see but quite difficult to handle it. Maklumla 1st time...


Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah coz dis week dapat jumpa my usrah member (k ummu). For long time i did'nt see her. Miss her too much. Berkesempatan ajak dia iftar sekali. Then kami berusrah. Si semut kena cover balik bahagian2 awal bersama k ummu sebab banyak yang tertinggal. Biarpun usrah berdua, dah jadi tanggungjawab untuk santuni n keep in touch with her. Kak Ummu thanx a lot for the air kotak dat you bring along for our iftar.

Hari ni (6/2/2010) memang hari yang menggembirakan. Di sebalik kegembiraan terpalit rasa nak bermuhasabah. Mana taknya, bila on da way nak ke 'port' usrah, terpaksa mengharungi hujan lebat. Sampai port, stokin memang boleh perah. Yang paling bes bila kena air masa lalu tepi jalan. Sebab kereta laju sangat, lopak air tepi laluan pejalan kaki terperecik habis kena si semut. Punya bersungguh2 nak jaga baju supaya x lencun, akhirnya memang boleh di perah baju tu. Mungkin as pembalasan yang Allah nak bagi atas kesalahan n dosa yang telah si semut lakukan sebelum sebelum ni..


Ada berita gembira bilamana anak usrah si semut pandai wat coklat. Memang sedap, kalah coklat cadbury. Home made punya choc. Pas ni satu usrah boleh blajar wat chocolate.


Planning akan datang, insyaAllah akan g riadhah bersama team usrah.. Ada rezeki kami sume akan gi rehlah kat tempat yang sesuai. Tunggu masa je ni. Sume dah excited nak g rehlah.
Terlajak bercerita, mesti ada yang tertanya2 apa ke bendanya la usrah ni ye? Usrah stand for keluarga n merupakan perkataan arab. Boleh juga kalau nak bagi nama study circle o smart circle. Actually usrah bukan tertumpu kepada halaqoh (duduk berkumpulan) untuk membincangkan hal2 keagamaan sahaja malahan lebih dari itu. Kita boleh pergi main bersama, gi picnic bersama n masalah2 yang ada pun boleh dikongsi bersama.One more thing, klu nak study sama2 pun boleh. Dats why boleh bagi study circle.... Kalau rasa berminat nak cuba usrah, boleh hubungi si semut..

Tuesday, February 2, 2010

TeNsi ModE

Alhamdulillah wa syukurillah...
Allah masih bagi peluang utk si semut berceloteh.
Minggu ni agak tenat sebab banyak kerja yang tak siap lagi. Tensi, tensi sebab tuto tak siap lagi. Studi pun bercampur baur. Otak fikir lain, tangan buat lain hati asyik menyusun waktu membuat pertimbangan mana yang perlu disiapkan dulu.

Memang minggu ni kena berhempas pulas untuk 5 test yang bakal menyusul mulai esok.. Bersediakah aku?? Tuk kaedah berangka & komputeran (KBK), lecture x nak upload nota dlm adec. Mula2 janji nak upload, then kata mid sem test x yah nota pun x pe. How come jadi macam ni? Mmg si semut kena g00gle cari nota sendiri about fortran90 (latest programming about formula translation)

Nex week saje ada 4 test...Aaaah, memang tekanan.. Ni kena kawal emosi dan tingkatkan prestasi. Basic math, Earth & Human, Statistic, Optic.. 4 subject ni tgh queue tunggu turn untuk di study kan. Tu la, suruh belajar elok2 tak nak dengar.

Azam si semut tuk hadapi tekanan ni:
1) prepare jadual waktu belajar yang realistik, bukan ideal sampai x mampu nak ikut.
2) Doa banyak2 kat Allah, mudah2an Allah permudahkan.
3) Muhasabah balik kenapa sampai jadi macam ni.. Kena setting niat balik, mungkin niat belajar tak betul.
4) Abaikan perkara2 yang tak perlu diambil berat so tak payah sibuk menyibuk dengan benda yang tak patut disibukkan diri kedalamnya.
5) Kena tingkatkan tarbiyah dzatiah ni..

Jadi buat kawan2 si semut yang disayangi, harap dapat doakan yang terbaik untuk si semut. Mudah2an Allah permudahkan n buka jalan untuk si semut jawab test dengan baik. For the last harap maaf kalau ada kesalahan yang si semut buat pada sahabat2 n smua kenalan. Tengah mode tensi, kadang2 x ambil pusing dengan perkara yang sedang terjadi...
Buat kawan2 si semut yang di sayangi, jangan jadikan masalah as penghalang tapi jadikan sebagai cabaran yang bakal mematangkan kita...

time2 macam ni kalau dapat dengar suara n nasihat umi n abah memang akan mengembalikan semangat. Bila la si semut dapat balik rumah?? [tekanan lama tak balik]

Kehidupan yang kau lalui tiada berarti
Namun kau masih tak menyadari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau 'kan berakhir

Tidakkah kau tahu Dia yang Maha Kuasa
( Allahu Akbar )
Masihkah tak mengerti tiada hidup tanpaNya
( Subhanallah )

Lalu kau pun tunduk membisu sejuta ketakutan
Bayangkan dosamu bagai lautan
Haraplah diberi peluang umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Sadarlah kau dari kesilapanmu

Lalu kau pun sujud mengaku hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah diberi peluang beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyadari jangka waktu yang diberi
( Allahu Akbar )
Kau telah pun sadari cintaNya yang abadi

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Cintai Ilahi cinta yang hakiki

Subhanallah...
( Subhanallah )

Kembali
Album : Puji-Pujian
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

p/s-sory, x dpt upload nasyid ni..