Saturday, March 27, 2010

Jaulah ke negeri Cik Siti Wan Kembang

Alhamdulillah, hujung minggu lepas si semut berpeluang menyertai Jaulah ke Kelantan. Ikut rasa hati memang berat pada mulanya nak bejaulah.. Maklumlah, exam pun dah tak lama. Minggu depannya pula ada dua test, subjek optik dan statistik. Nak harap skor masa exam, belum tentu dapat baik. Masa ni lah nak perbiki continuous assesment.. Tiba2 teringat kat anak usrah. Kalau dia boleh pergi kenapa pula aku tak boleh pergi?? Akhirnya Allah permudahkan urusan dan jumaat malam si semut n beberapa orang peserta jaulah bertolak dari UM.

Kali ni memang ramai kenalan baru.. Ada dari Cenfos PJ, UiTM Shah Alam, Taylor's College dan tak ketinggalan adik2 lepasan SPM yang masih menunggu tempat ke institut pengajian. Sampai tempat penginapan, hati si semut tiba2 rasa macam duduk kat kampung (rumah nenek) bertambah2 lagi bila dengar ayam berkokok.. Maklumlah, duduk kat tengah2 bandar Kuala Lumpur, memang tiada peluang nak dengar ayam berkokok... Jaulah kali ni memang tak sempat nak curi masa ziarah nenek sebab program yang diatur cukup padat..

Lepas sarapan pagi, kami semua ke Kota Bharu.. Main explore race.. Tak de ape yang diexplore.. Pendek cerita most of peserta menyelesaikan soalan explore race dengan cara mudah iaitu search kat internet.. Sempat la si semut n da geng masuk dalam muzium di raja untuk meyelesaikan soalan wlaupun sudah pasti dalam muzium tiada jawapan yang berkenaan.. Seumur hidup berulang alik ke kota bharu bila balik kampung, ni lah kali pertama si semut jejak kaki ke dalam muzium di kota bharu.. Betul2 dapat penglaman baru. Selepas menyelesaikan soalan, kami semua ke pasar siti khadijah. si semut tak de lah membeli sangat cuma meronda je.. But one thing yag si semut nak cari ialah "etok".. Lama dah tak makan etok nih. si semut beli 2 ringgit then dalam bas bagi pada yang tak pernah tengok rasa untuk cuba etok..My friends: kak ja, kak ary n hajar rasa dengan bersungguh2.. katanya sedap. Lupa pula nak kongsi, etok tu seakan2 kerang n lala, but of course bukan kerang..hihi.. Hasil permainan explore race, kami dapat kenal tokoh2 pejuang di Kelantan. Tok Janggut n tok Kenali mesti semua dah biasa dengar tapi majoriti daipada peserta, first time dengar kisah tok Slehong n Tok Pulai Condong.. Ni lah antara tokoh2 yang memperjuangkan nasib bangsa dan mempertahankan agama di kelantan suatu masa dulu.. Nak tahu lebih lanjut maybe boleh search kot.

Petang tu berpeluang menziarahi ust Mat di Tumpat.. Alhamdulillah, disajikan degan makan tengah hari yang simple tapi enak.. Terngiang2 tazkirah ust Mat tentang jaulah. Kenapa agaknya kita berjaulah?? Semestinya kerana Allah. Bila kita berjaulah, sebenarnya kita dapat menghilangkan stress. selain itu, membina ukhuwah apabila kita berkenalan dengan orang baru di tempat baru.. Ust kaitkan dengan imam syafie dan kisah abbas assisiy.. dimana apabila mereka bermusafir, pasi mereka akan berkanalan dengan orang baru dan menjalankan tanggungjawab dakwah itu.. But satu yang terkesan dan si semut tak teringat sebelum bermusafir, ust mat mengingatkan bahawa doa orang yang bermusafir mudah dimakbulkan Allah. Lepastu semua pakat baca doa masing2..

Dikesempatan jaulah ni juga kami berpeluang ke Pengkalan Kubor. Dapat tengok Thailand depan mata.. Rupa2nya, sungai golok yang memisahkan kelantan dengan negara thai tak delah lebar sngat..lebih kurang mcam sungai klang. Dekat pengkalan kubor ni, masing2 dah penat.. so pusing beberapa kedai sambil cuci mata.

Malam tu kami semua dijamu di rumah cgu zul+kak chah.. Lepas makan ada sesi perkongsian dengan thullab kelantan.. Banyak yang mereka share kan dengan kami..Perkongsian2 menarik daripada kakak2 di sana menyedarkan si semut sebenarnya tugas sebagai daie sememangnya mencabar.. nak thabat dan nak tarik orang untuk berprogram bukannya boleh buat ikut suka. Apa yang penting perancangan supaya gerak kerja lebih tersusun.

Sbelum pulang, sempat kami bersolat subah di masjid berimamkan tok guru nik aziz.. Bila tngok tok guru yang semakin uzur, mula terbayang orang2 muda di luar sana. berapa ramai yang mengunjungi masjid terutamanya waktu subuh. si semut takdelah fanatik dengan tok guru tapi banyak perkara yang boleh dicontohi terutamanya sifat humble yang ada pada tok guru.. Teringat masa arwah pak cik sisemut meninggal 6 thn lepas, tok guru ada datang ziarah keluarga kami. Dari situ sebenarnya si smut dah dapat nilai bagaimana ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Siap kemas2 barang lepas solat subuh, kami menuju ke pantai cahaya bulan (PCB).. Sarapan pergh, sume dpt rasa penangan nasi kerabu + ayam bakar dekat PCB.. selesai sarapan, peserta yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan sejak awal lagi mula bersedia untuk memulakan sesi debat ala parlimen.. Tup2 si semut n delegasi2 karisma um semua masuk debat tapi kami 4 orang semua berlainan kumpulan.. Alih si semut berlawan dengn anak usrah sendiri ketika berdebat..Tajuknya boleh tahan jugak susah.. "budaya internet menghakis pemikiran kritis". Tak ku sangka anak usrah ku hebat berdebat.. terdiam si semut tengok dia berhujah. Alhamdulillh, walaupun tak lancar dan tersasul2, kumpulan si semut menang dan bertanding untuk sesi kedua.. mungkin rezeki kumpuln si semut yang memegang status pembangkang, tajuk kedua yang lagi mencabar pun kami menang dengan tipis.. lagi mencbar kena berdebat dalam bas..Tajuknya "daya cipta dipupuk, bukan semulajadi".. juri hakim kata barisan kerajaan dan pembangkang tidak memahami tajuk debat dengan baik menyebabkan ada sedikit sukar mencari pemenang.. Apapun kami dah menang.. Memang rezeki pertandingan debat jatuh kepada tangan pembangkang..

Apapun itulah sedikit perkonsian daripada jaulah si semut ke kelantan. banyak suka duka ketika jaulah yang dihdapi si semut bersama ahli kumpulan yang mana 100% adalah sahabat yang si semut baru kenal. Moga pertemuan dan perpisahan kita adalah semata2 kerana Allah.

si semut kepilkan gambar2 sepanjang jaulah khas untuk yang tak dapat berjaulah bersama






No comments:

Post a Comment