Friday, April 2, 2010

ada apa dengan darah jenis B

Tadi jalan2 di Dewan Tunku Canselor UM (DTC).. Ada ekspo penyelidikan yang mana kebanyakkan pameran dalam DTC berkenaan penyelidikan yang dijalankan oleh lecturer2 di UM.. Tak ketinggalan dari Physic Department. Si semut n Ily (my frenz) pusing dalam DTC, nak cari booth dpd fizik angkasa jabatan fizik.. Puas pusing dalam DTC tak jumpa tapi tiba2 ktorang jumpa booth dpd solid state jbtn fizik punya researcher.. Borak la sikit2 dengan kakak2 RA.

Sebab tak puas hati ktorg pusing lagi. Jumpa pula booth yang ada wat treatment bekam menggunakan lintah. Memang rezeki sebab tiba2 jumpa pula dengan maisarah azha yang tengah wat treatment. Teruja tengok but si semut malas nak queue tunggu buat treatment tu.. jalan lagi.. Tiba2 nampak tempat blood donation. Terus pandang Ily n said "ily, aku rasa nak derma darah la...". sebab tak ramai orang, si semut terus isi borang. Alhamdulillah, kali ini kesihatan badan mengizinkan untuk si semut menderma. Tercapai hajat sebab bulan februari haritu tak leh derma darah. Nurse said that hemoglobin dalam darah tak cukup.. Tak pernah2 berlaku sebelum nih. Patutlah dalam kelas susah nak bagi perhatian. Fokus hilang sampai kadang2 orang cakap dengan si semut pun tak leh nak pay attention. One of reason maybe sebab penat sangat. Jadual n time management tidak diurus dengan baik.

Alhamdulillah, Allah permudahkan.. Kesan ujian darah kat hujung jari telunjuk masih terasa sakit tapi kat perlipatan siku, tempat jarum besar dicucuk tak rasa sakit lagi stakat ni. Cuma dah mula biru, tanda membengkak. Apa pun tak menghalang dari nak wat kerja.. Meh sini si semut bagi satu tips. Kalau nak derma darah, elok cucuk jarum dekat tangan yang kita tak banyak gerak tuk wat kerja contoh tangan kiri untuk yang tak kidal. Effect sementara after menderma darah ialah kita akan rasa pening2 sikit tapi bergantung kepada orang. Sebab mungkin tekanan darah dalam badan kurang stabil tapi jangan risau, hanya sementara sahaja. Sape2 yang masih belum pernah menderma darah, boleh cuba. Jarum memang tak dinafikan agak besar tapi tak sakit pun.. Kalau takut, tak payah pandang jarum tu masa kena cocok.

Blog walking tadi tiba2 terjumpa info nih,
Darah Jenis B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Makanan paling baik untuk darah jenis B

Kambing
Kibasy
Arnab
Ikan kodsalmon
Ikan kerisi
Sardine
Mackerel
Minyak zaitun
Susu kambing
Keju
Dadih
Kacang buah pinggang
Soya merah
Kueh beras
Nasi
Krispi beras
Oat
Tepung beras
Kobis
Anggur
Nenas
Betik
Cranberi
Brokoli
Cili
Carrot
Cauliflower
Kulat
Parsley
Keladi, keledek
Lada
Pisang, anggur, betik, nenas, cranberi, semua plum
Epal, cheri, kiwi, longan, limau,prun
Mangga,strawberi, jambu, apricot,pears
Figs, blackberi, blueberi, kismis, kurma
Ginseng, halia, likoris, peppermint, rose hips, daun rasberi, sage
Teh hijau
Serbuk kari
Halia
Horseradish
Parsley cayenne pepper

Menggemukkan badan
Jagung, lentils, kacang tanah, biji lenga, gandum, buckwheat

Menguruskan badan
Sayur hijau, daging, telur, susu rendah lemak, hati-mencekapkan metabolisma
Teh licorice

Jadi ni lah hasil search untuk orang yang berdarah B..Bergantung kepada anda untuk menilai sama ada mahu mempercayai atau tidak.

1 comment:

  1. owhh.. yeke.. akak darah jenis B... hmm.. boleh la trima sikit2 tp x lah percaya sgt...hehe

    ReplyDelete