Friday, October 22, 2010

Buatmu Temanku

Saat jari menaip post edisi kali ini, kepala ligat berfikir idea... Teringat kepada seorang kawan coursemate yang baru kehilangan ibu. Dalam situasi yang hampir menjelang peperiksaan lebih kurang sebulan lagi, dia kehilangan orang yang amat disayanginya. Setelah bertarung beberapa tahun dengan serangan cancer, akhirnya ibunya diambil oleh Allah untuk selama2nya. Agak berat ujian yang diterima lantaran ayahnya juga baru keluar IJN akibat penyakit jantung.

Alhamdulillah, sempat melawat arwah ibunya ketika terlantar dihospital Ampang Puteri. Dalam keadaan lumpuh sebahagian badan akibat tumor yang menyerang di otak, saya sempat mengucup ibunya. ketika itu ibunya masih boleh memberikan reaksi dengan hanya menggenggam tangan2 yang memegang tangannya.

Berita sedih diterima tatkala si anak berada di kelas biofizik.. Kebanyakkan kawan-kawan coursemate meluangkan masa menziarahi jenazah yang dibawa balik ke rawang..

Buat Noorkhallaf,
Aku tahu, engkau pasti merindui saat2 bersama ibumu. Dalam keadaan ayahmu yang masih sakit, kau perlu kuat. Kuat supaya adik2mu tidak meratapi pemergian ibumu.. Tidak salah menangis kerana sedih atas ujian yang menimpa tetapi jangan ujian ini menyebabkan engkau berasa lemah. Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Jagalah ayahmu sebaik mungkin kerana yang pergi tidak akan kembali lagi..

Dan ingatlah apabila mati anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara:
1. Sedakah jariah yang pernah dilakukan
2. Ilmu bermanfaat yang pernah dia tinggalkan
3. Doa anak yang soleh.

Mudah2an mampu bagi kita untuk mencapai tahap anak yang soleh kerana itulah satu2 hadiah yang boleh kita beri kepada ibubapa kita ketika dia sudah tiada. Dan ingatlah, doa anak yang soleh mampu untuk menyelamatkan ibu bapanya dari siksaan diakhirat kelak.. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia mampu untuk menghadapi ujian itu.. Aku yakin bahawa engkau mampu untuk menghadapi ujian ini InsyaAllah..

Pantai permai, KL
6.59 p.m
22/1o/2o1o

1 comment: